"SELAMAT pengantin baru , bro."
Kevin yang sedang berbual dengan rakan perniagaannya berpaling memandang sumber suara. Wajah berubah ketat.
"Kahwin jugak sepupu tak normal aku. Ingatkan , nak mengunyit sampai mampos !"
Bisikkan itu buatkan tubuh Kevin menegang."Oh awak pun tahu ? Maaflah. Kalau perangai suami saya dulu agak membimbangkan. Tapi , jangan risau. Dia memang normal dari dulu. Eh , dari mana awak tahu yang dia macam tu ? Awak stalk dia ya ?"
Syada mencelah di antara mereka. Dada bidang Kevin ditepuk dengan senyuman melebar."Tak ada masa aku nak stalk suami bengkok kau ni !"
Syada menjungkitkan keningnya mendengar kata-kata kasar dari lelaki dihadapannya itu."Siapa dia ni ? Muncul lepastu nak marah-marah ? Dislike , dislike."
Kevin mengemam bibir sendiri. Menahan diri dari menghamburkan ketawa."Kau—"
"Hah , apa dia ? Kenapa ?"
Ilman yang muncul entah dari mana memandang lelaki dihadapannya itu atas bawah."Macam mana kau boleh terlepas dari kandang ?"
"Kau ingat aku kambing ?"
"Nampak macam tulah sebab muka kau pun memang ada iras kambing. Keturunan ke ?"Lelaki itu memandang Kevin dan Ilman tajam. Wajah Syada turut dipandang. Pakaiannya dibetulkan dengan wajah sombong.
"Rafiqi. Sepupu Kevin."
Syada memandang huluran tangan Rafiqi dengan wajah jengkel.
"Siapa tanya ?"Suara ketawa kuat menyentakkan mereka dan juga seisi dewan itu. Kyle sudah terbongkok-bongkok sambil memegang perutnya.
Entah dari mana lawaknya , mereka sendiri tak pasti.
"Padu , Syada. Padu. Aku suka ! Tengoklah muka dia tu. Memang dah macam muka kambing terberak !"
Rafiqi mengetap bibir. Dengan hati yang panas , dia beredar dari situ. Lama-lama nanti boleh jadi , mereka bergelut dihadapan orang ramai.Syada memandang Kyle yang masih ketawa tak ingat dunia itu.
"Dia ni betullah. Dah teruk sangat ni. Kena bawak pergi hospital."
Syada menggeleng sendiri. Dulu zaman sekolah tak ada pun macam ni.Makin gila pulak tengok.
ILMAN hanya memantau dari jauh sahaja tetamu yang keluar masuk. Tetapi matanya masih tajam memerhati seseorang yang dari tadi menarik perhatiannya. Senyuman sinis terjungkit di bibirnya.
Perlahan , kakinya melangkah kearah gadis yang dari tadi sibuk memerhati sekeliling dengan wajah resah. Atas sebab apa ? Dia sendiri tidak pasti.
"Hai. Seorang je ke ?"
Gadis bertudung itu tersentak. Tidak berkedip memandang Ilman.
"Err...t-tak. Dengan orang. Eh , dengan ayah saya."Ilman tersenyum nipis.
"Macam tak selesa je. Kenapa ?"
Gadis itu hanya tersenyum kelat.
"Saya memang tak selesa. Orang ramai. Macam sesak ?"
Ilman mengangguk faham."Nama I , Ilman Qayyim. Nama you apa ? Mesti nama cantik macam tuan punya badan jugakkan ?"
Gadis itu terkebil-kebil. Huluran tangan Ilman hanya dipandang sepi dan tersenyum kekok."Errr...panggil saja saya Moon."
Ilman menyunggingkan senyuman.
"Eh , nama you macam jodoh I lah ! Ke , you memang jodoh I ? Wow ! What a sweet couple are we !"
Moon terkebil-kebil. Pelik betul lelaki di hadapannya sekarang."Moon ,"
Moon mengangkat wajahnya. Memandang lelaki berusia yang menegur mereka."Inspektor Ilman ,"
Ilman tersentak. Wajah Moon dan lelaki berpakaian kemas itu dipandang silih berganti.
YOU ARE READING
DIA MILIK AKU
Romance[SYADA SUHAIRA × KHALEESH AARYAN] 'Cause I'm the imperfect one.' STATUS : COMPLETE.