BAB 24

914 58 0
                                    

TEKUN Eleena mengukur kain yang berada dihadapannya. Entah kenapa hari ini sibuk sangat dia dengan kerja. Kiri kanan pun tak toleh langsung !

"Miss Eve ,"

Eleena tersentak. Wajah pembantunya dipandang dengan senyuman nipis.
"Kenapa ?"
Danin menunjuk kearah luar bilik itu dengan wajah gusar.
"Lelaki hari tu. Dia kata nak jumpa miss jugak hari ni."
Eleena mengetap bibirnya sendiri.

Tidak menunggu , terus dia melangkah keluar. Sampai sahaja di hadapan Zidan , dia berpeluk tubuh.

"Ada apa ?"
Zidan berpaling. Memandang Eleena dengan senyuman semanis gula. Tetapi , tanpa riak Eleena membalas. Lebih kepada malas mahu melayan.

"I nak jumpa you."
Eleena buat muka.
"Kalau you nak apply apa-apa , bukan I orangnya. Ini butik. Bukannya pejabat kebajikan masyarakat."
Kelat terus wajah Zidan mendengar kata-kata yang keluar dari bibir mungil Eleena.

"You—"
Zidan ketap bibir sendiri. Tak terkeluar langsung ayat yang mahu dilontarkan. Separuh hati , kecewa. Separuh hati lagi , menguatkan diri sendiri.
Semuanya bercampur baur.

Sengaja dia tidak menunjukkan reaksi kecewa dia. Dia mendekat dengan Eleena. Anak rambut Eleena yang terurai sedikit terus diselitkan di belakang telinga gadis itu.

"Apa ni ?"
Terus Eleena menginjak ke belakang. Gila ke apa ? Sentuh-sentuh orang pulak.
"Oh. Sorry."
Sedar dengan kesilapan sendiri , Zidan melangkah satu tapak ke belakang.

"Cepatlah. You nak apa ni ? I ada banyak kerja nak buat dari melayan you sekarang."
Kalau ikutkan , mahu saja dia tinggalkan lelaki itu di situ. Tapi memikirkan sekarang berada di depan pelanggan , tak elok pula.

"I cuma nak tengok keadaan you. I cuma nak pastikan you baik-baik saja."
Eleena tergelak kecil. Tetapi kedengaran sinis di deria pendengaran Zidan.
"Baru sekarang you nak buat macam ni ? What are you ?"
Zidan diam. Tidak menjawab lontaran sinis dari Eleena.

"Macam ni lah. Daripada you membazirkan masa you datang ke sini , nak tengok keadaan I. Tak payah. I okay. Macam I cakap , ianya jauh lebih baik berbanding dulu. Kenapa ? You fikir I tak mampu hidup tanpa you ke ?"
Diam lagi. Zidan tidak bersuara. Hanya mendengar segala perlian dari Eleena.

"Baliklah , Zidan. You fikir dengan you muncul depan I sekarang , I akan terhegeh-hegeh dekat you balik ke ? Apa yang you kena tahu , Eva Eleena yang dulu dah mati. Eva Eleena yang you tinggalkan terkontang-kanting seorang diri dulu , dah mati , Zidan. Dah mati !"
Walaupun dalam keadaan bisik , Eleena menegaskan nadanya.

Dia tidak main-main. Zidan yang tinggalkan dia tanpa kata tapi kini kembali menagih semula ? Oh tidak. Dia tidak akan termakan dengan kata-kata Zidan lagi.

"I nak kejar impian I , Eleena. I nak ada pekerjaan yang boleh buat orang sekeliling I bangga. I nak berdiri di sebelah you dan I nak you berbangga ada lelaki hebat di samping you."
Eleena diam. Tangan dikepal kuat sehingga kuku menjadi putih.

"And you shouldn't leaving me just like that ! You tahu keadaan I waktu tu , Zidan. You tahu macam mana tertekannya I dulu. Tapi you tinggalkan I tanpa kata. You tinggalkan I di saat I perlukan seseorang di sisi I. Adil ke untuk I ?"

Eleena menggeleng dan tergelak kecil.
"You dah dapat impian you , Zidan. Well , congratulations !"
Eleena menepuk tangannya perlahan.

"Eleena..."
Eleena tersenyum nipis.
"I takkan kembali pada you , Zidan. No and never !"

Zidan berpeluk tubuh. Senyuman sinis terukir. Eleena fikir , dia akan lepaskan Eleena begitu sahaja ? Selepas dia berhempas pulas berjuang untuk Eleena juga ?

Mungkin , sesetengah orang akan cakap dia ni selfish. Tapi , apa dia kisah ?

Eva Eleena milik Ariq Zidan.

"Eva Eleena."
"For sure , I will make you mine again."
"Sweetie."

Zidan tersenyum sinis pada Eleena yang sudah kaku itu. Tetapi Eleena segera mengawal riak wajahnya. Eleena , kenapa sombong sangat ni , sayang ?

"Tak malu ke kutip balik orang yang you dah buang ni ?"
"Sick. And stop calling me that."
"I rasa...geli."
Eleena tidak kalah juga. Dia turut melemparkan senyuman sinis pada Zidan.

"You cabar I ?"
Eleena mengangkat bahu.
"Kenapa you fikir macam tu ? Oh , you mesti ingat I nak you pikat I balik. Dan I sengaja jual mahal ? You're wrong , darling. Dengar nama you sekarang pun I rasa macam disaster !"
Mengecil mata Zidan memandang Eleena. Tidak puas hati dengan Eleena.

Kenapa Eleena boleh berubah sampai macam ni ?!

"Pintu keluar dah terbuka luas untuk you keluar. Dipersilakan. Atau , you nak I bentang karpet merah ?"
Zidan ketap bibir lagi. Kemana perginya Eleena yang lembut bila berbicara ? Kemana perginya Eleena yang manja dahulu ?

Zidan sudah berpaling. Bersedia untuk pergi.
Seketika , langkahnya kaku mendengar ayat Eleena yang langsung tiada nada bergurau.

"Ingat , Zidan. I tak main-main. I takkan kembali pada you. You cuma kisah silam yang I nak lupakan. Ariq Zidan dah lama mati dalam hidup I. Dan tolong , matikan juga Eva Eleena dalam hidup you. You takkan nampak Eva Eleena yang dulu lagi."

Zidan kaku. Tidak bergerak dia buat seketika mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh Eleena.




ELEENA menolak semua barang-barang di dalam biliknya sehingga semuanya bergelimpangan jatuh.

"Allah , Leen ! Kenapa ni ?"
Moon memandang keadaan bilik Eleena yang berselerak. Kaca pecah juga berselerakkan di lantai. Laju matanya tertacap pada tangan Eleena.

"L-Leen..."
Dia meneguk air liur kelat.
"Le-letak kaca tu , Leen."
Ya Allah , kenapa Eleena berubah seperti ini semula ?
"Kenapa dia datang balik ? Kenapa dia datang balik dalam hidup aku ?! Tak puas ke dia buat aku jadi macam ni ?!"
Teriakkan keras Eleena buatkan hati Moon pedih.

"Mengucap , Eleena... Siapa , Leen ? Siapa yang buat kau macam ni ?"
"Aku benci dia , Moon ! Aku benci !"
Menitik air mata Moon jatuh melihat Eleena yang bersikap tidak waras itu.

Siapa yang jahat sangat buat sepupu dia macam ni ? Tidak tahukah selama ini Eleena terlalu banyak makan hati dan terseksa ?

Darah pekat muka mengalir dari celah genggaman tangan Eleena. Seperti tiada kesakitan yang dirasakan bila kaca itu menikam tangannya.

"Jangan macam ni , Leen. Jangan macam ni... Lepaskan kaca tu , Leen... Aku merayu..."
Eleena yang selama ini dia lihat begitu kuat dihadapan orang kini rapuh di hadapannya. Hatinya sakit.

"Aku benci dia , Moon... Tapi aku masih cintakan dia... Bodohkan aku ?"
Eleena jatuh terduduk. Di saat itu juga Moon terus menerpa kearah Eleena. Memeluk tubuh lemah itu erat. Kaca yang berada di tangan Eleena terus dicampak ke tepi.

"Aku tak layak ke Moon ? Kenapa bila aku bahagia , ianya cuma sementara ? Aku nak bahagia , Moon... Macam orang lain. Aku penat..."
Moon menepuk tubuh Eleena lagak seperti Eleena itu kanak-kanak.

"Kau berhak bahagia , Leen... Insyaallah , satu hari nanti kau akan bahagia macam mana yang kau nak..."
"Ak-aku penat..."

Tangan Eleena jatuh ke sisi.

"Ya Allah , Leen !"


















Saya tak tahulah kenapa idea ni tiba-tiba datang HAHAHAHAHAH rasa macam tak jadi nak buat kisah Ilman dengan Zidan ni dekat cerita lain. Habiskan kat sini je boleh ? HAHAHAHAHA gurau gurau. Banyak lagi journey Ilman dengan Zidan ni HAHAHAHAHAHAHAH

DIA MILIK AKUWhere stories live. Discover now