SEJUK yang menyentuh kulitnya itu membuatkan dia membuka mata perlahan.
"Already woke up , baby ?"
Dia cuba mengingat kembali apa yang jadi. Tersedar , dia cuba memandang lelaki dihadapannya itu tajam.
"Kau nak apa ?!"
Lelaki dihadapannya itu mengoyakkan senyuman senget. Penutup hidung dibuka begitu juga topi di kepalanya."Kan I dah cakap. I nak you. You tak faham bahasa ke ?"
Berkerut dahi Syada mendengar.
Apa benda lelaki dihadapannya ini merepek ? Keadaan gelap itu menyukarkan dia untuk melihat jelas wajah dihadapannya kini."Aku dah bertunang lah ! Kau gila ke apa ?!"
Ah , bantai sahaja lah walaupun dia dah terlanjur cakap dengan Kevin yang dia nak putus.
Dia guna nama Kevin nak selamatkan diri. Tak salahkan ?
Suara orang ketawa itu benar-benar buat Syada panas hati."Aik ? Bukan nak putus ke ?"
Syada terkedu. Serentak itu juga bilik itu mulai bercahaya. Syada tercengang. Bibir diketap melihat lelaki itu tersenyum sinis.
"Kata nak putus... Eh , ingat lagi ada tunang ya ?"
Syada diam. Menahan rasa.
Eh , dia rasa macam nak bunuh orang je sekarang !"Tuan ni gila ke apa ?!"
Turun naik nafasnya kini. Memandang Kevin tajam. Elok bersilang kaki dihadapannya.
"Setuju untuk cepatkan perkahwinan kita , I lepaskan you."
Syada merengus.
"Tuan ni kenapa ? Kan saya dah cakap. Selagi masalah tak selesai , selagi tu lah saya tak setuju untuk cepatkan perkahwinan kita ! Tak faham bahasa ke ? Tak payahlah sampai nak culik saya macam ni ! Nak saya report polis ke hah ?!"
Berkali-kali dia cuba melepaskan diri dari ikatan itu. Tapi tetap tak boleh. Hanya keperitan tergores dengan tali itu sahaja dia dapat."Jangan banyak bergerak. You nak cedera ke ?"
"Biar ! Biar semua orang tahu saya cedera sebab tuan ! Tuan culik saya ! Kalau saya tahu tuan macam ni , tak nak saya selamatkan tuan dari gigolo tu !"
Kevin bangun dari duduknya. Merenung Syada tajam."You tak payah nak kaitkan dia dalam hal ni. Dia tak ada kena mengena." Tegas nada Kevin lontarkan. Membuatkan Syada tersenyum sinis.
"Jadi betullah ? Tuan nak kahwin dengan saya sebab tuan masih berhubungan dengan dia kan ?" Mata Syada mula berair. Tak sepatutnya dia mempercayai Kevin terlalu cepat !"You rasa ?"
Syada tergamam.
"Tuan tak guna tahu tak ?! Saya percayakan tuan ! Macam ni tuan buat pada saya ?! Lepaskan saya lah ! Saya tak sangka tuan buat saya macam ni ! Semata-mata nak tutup kesalahan tuan ! Saya menyesal terima lamaran tuan !"
Kevin meraup wajahnya kasar."Baby... You dah settlekan perempuan tu ke belum ?"
Mereka sama-sama memandang kearah pintu yang sudah terbuka.
"Sekejap , sayang. Ada benda I nak cakap lagi dengan dia."
Pedih rasanya bila Kevin membalas soalan lelaki songsang itu."Saya benci tuan. Sumpah , tuan. Saya benci tuan. Tuan nak kurung saya dekat sini sampai saya mati sekalipun , saya tak kisah. Saya tak nak tanggung dosa sama-sama dengan tuan."
Lirih dia bersuara. Sakit. Sangat sakit. Tergamak Kevin menipunya begini ? Menyesal. Itu yang dia rasa kini.Kevin mengetap bibir. Matanya mengerling Ilman yang masih bersandar di muka pintu. Dia kembali memandang Syada yang sudah tertunduk.
"Esok I tahu you bagi jawapan , Syada. Or not..."
"Apa ? Tuan nak buat apa bunuh saya ? Silakan... Ambil nyawa saya. Saya tak kisah ! Saya takkan hidup dengan lelaki kotor macam tuan !PPRAK !
Oh. Itu bukan bunyi kaca pecah melainkan hati dia yang retak. Terguris mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Syada.
"Keluar. Saya tak nak tengok muka tuan."
"Saya."
"Benci."
Syada memandang Kevin tajam.
"Tuan."Terus dia mengalihkan pandangannya.
Hatinya sangat sakit tika ini.
Melihat wajah Kevin , lagi bertambah bengkak di hati !Kevin menarik nafas dalam. Dia terus melangkah kearah Ilman yang sudah tersenyum-senyum itu. Ilman memeluk pinggang Kevin dari tepi. Kepala di rehatkan di dada bidang Kevin.
Syada memandang mereka berdua tidak beriak. Hujung bibir terjungkit.
"Panas betul. Oh ya lah. Ahli neraka dekat sini. Maklumlah , orang-orang yang bakal dilaknat oleh Allah kelak."
Ilman memandang Syada tajam."Jaga mulut tu ! You macam yakin sangat masuk syurga kan ? Terpaling suci !"
Syada tergelak. Penuh sinis.
"Aku tak cakap pun aku ni terpaling suci. Dan , aku tak cakap pun aku ni confirm masuk syurga. Tapi , janji Allah itu pasti. Oh ya , tuan. Apa agaknya reaksi aunty ya kalau tahu yang...tuan tipu dia lagi ? Tuan ingat , kali ni saya akan berdiam diri dan side tuan lagi ? Jangan harap."
Kevin tergamam sendiri. Tangan Ilman yang berada di pinggangnya terus ditolak."Jom , I hantar you balik."
Wajah Ilman berubah.
"And what ? You're staying here with her ? I tak nak !"
Kevin melepaskan keluhan berat."I terus balik rumah I , Ilya."
Jijik Syada mendengar sehingga dia membuatkan meluat. Geli !
"Janji ?"
"Ya. I janji sayang.""Keluarlah ! Menyemak buat maksiat kat sini pulak. Geli !" Tempikkan kasar Syada menyentakkan mereka. Kevin menutup pintu dan terus menarik Ilman keluar.
PINTU yang terbuka menganggu lena Syada. Terpisat-pisat dia memandang gerangan yang berada di hadapannya.
"Kau okay , Syada ?"
"Kyle !"Kyle tersenyum kelat. Tali yang mengikat kaki dan tangan Syada dilepaskan membuatkan gadis itu menarik nafas lega.
"Jom , kita pergi. Sebelum abang aku sampai."
Lengan Syada ditarik. Bersedia membawa gadis itu keluar.Selamat masuk ke dalam kereta , terus sahaja Kyle memandu pergi. Masing-masing menarik nafas lega.
"Apa jadi ni , Kyle ? Aku tak faham."
Kyle mengangkat bahu.
"Aku tahu , Syada. Aku ikut Kevin. Bila aku dah pastikan dia betul-betul tak ada , itu saja peluang yang aku ada untuk selamatkan kau."
Syada mengetap bibirnya.
"Kau tahu tentang hal dia dengan Ilman ? Kau kata mereka dah tak berhubung !"
Kyle diam.
"Sumpah , Syada. Aku sendiri blank. Aku ingatkan dia dah berubah betul , Syada. Aku tak nak mama tahu hal ni." Syada melepaskan keluhan. Sakit kepala fikir !"Dia tipu aku , Kyle. Kau rasa macam mana aku nak adapt semua ni ? Aku menyesal kau tahu tak ?" Kyle menggeleng. Dia sendiri bingung. Apa dia boleh buat sekarang ?
"Aku percaya dia , Kyle. Ini ? Ini yang dia balas pada aku ? Gambar tu , dia sendiri upah orang edit. Supaya rancangan dia untuk kahwin dengan aku cepat , berjaya. Mulanya aku tak nak buruk sangka. Tapi bila malam tadi—" Kata-kata Syada terhenti. Nafas ditarik dalam. Entah reaksi apa yang harus dia berikan. Kosong. Semuanya terasa kosong !"Malam tadi dah terbukti , memang dia yang sengaja. Dia nak kahwin dengan aku supaya apa yang dia buat takkan terbongkar. Tergamaknya dia buat aku macam ni !"
Laju air mata mengalir turun ke pipi. Dia sakit hati. Sakit hati dengan apa yang Kevin lakukan padanya.Kyle pula sekadar mendengar dan leka memandu. Keluhan juga beberapa kali terbit di celah bibir. Dia sendiri kesal. Apatah lagi Syada ?
"Kau tahukan aku akan sentiasa ada dengan kau , Syada ? Aku takkan tinggalkan kau. Walaupun aku dah kahwin dengan adik kau nanti." Tajam mata Syada merenung sisi wajah Kyle buatkan Kyle menelan air liur kesat. Salah timing pulak nak cucuk jarum.
"Kau jangan merepek pada waktu macam ni boleh tak , Khaiser Adriaan !"
Kyle tersengih.Syada terus mengalihkan pandangannya ke luar tingkap.
'Sampai hati tuan...'
YOU ARE READING
DIA MILIK AKU
Romance[SYADA SUHAIRA × KHALEESH AARYAN] 'Cause I'm the imperfect one.' STATUS : COMPLETE.