PEREMPUAN asing yang berdiri di sebelah Red itu buatkan Kevin terkedu. Berpakaian hitam dari atas hingga bawah. Bagaimana dia tahu itu perempuan ? Kerana perempuan itu bertudung. Mask hidung elok terletak di wajah. Menampakkan kedua bebola matanya sahaja bergerak.
Inikah assassin yang Kyle katakan hari itu ?
"Kevin ! Kita bertemu semula !"
Disebalik mask yang di pakai , perempuan itu tersenyum sinis. Pedang berwarna hitam keemasan itu elok sahaja dia pegang di bahu.
"Ini. Aku bawa seseorang yang khas untuk isteri kau saja ! Mana isteri kau ?"
Kevin merengus. Sudah lelah dia berlawan tadi. Tapi akhirnya dia tewas juga. Lawan dengan perempuan pun selelah ini. Dia bukannya jenis naik tangan pada perempuan. Ditambah lagi dengan serangan 3 lelaki. Orang suruhan Red juga."Sorokkan isteri ke ?"
Red melangkah melintasi Kevin yang sudah dikepung itu. Sekeliling rumah itu dipandang demgan senyuman sinis.
"Pandai betul sorok isteri ya ?"Kevin mengetap bibir menahan geram.
"Lemahnya ajak orang lain jadi kuli kau !"
Teguran kuat itu menyentakkan mereka. Kyle , Ilman dan Zidan berdiri di muka pintu dengan senyuman sinis."Maksud kau ?"
"Ya lah. Nampak sangat pengecut sampaikan kau kena guna orang lain untuk jatuh Kevin. Kenapa tak boleh buat sendiri ?"
Zidan berpeluk tubuh. Penat belum hilang kerana dia baru sahaja pulang dari pangkalan. Tapi , apakan daya. Kawan baiknya lebih memerlukan bantuan dari dia yang kacak ini.Kyle menyiku Zidan yang tersengih-sengih. Macam orang tak betul pulak tersengih seorang diri.
Zidan berdehem lalu memandang Red tajam semula.
"Yang cari bini orang buat apa ? Pergilah cari bini sendiri. Oh ya lah ! Tak ada sesiapa nak dekat kau yang perangai macam setan ni kan ?"
Zidan menekup mulutnya laju. Dibuat seakan terlepas cakap."Sengaja."
Red mengetap bibirnya. Perempuan yang berada di tepinya dikerling lalu memberi isyarat. Seperti angin lalu , kini perempuan itu berada tepat dihadapan Zidan. Meletakkan pedangnya tepat di leher Zidan.Zidan meneguk air liur kesat. Manakala Red sudah tersenyum sinis.
"Macam mana ? Kau masih lagi berani bercakap ?"
"Eh bangsat ! Kau tuhan ke nak cabut-cabut nyawa orang ?! Bodoh ! Otak tak ada. Ala , bodohnya. Aku ni polis tau. Ada dua orang polis dekat sini. Otak kau bebal sangat ni kenapa ?"Dengan tangkas , Zidan mematahkan serangan dari perempuan tersebut. Tidak mahu kalah , perempuan itu turut menepis serangan Zidan.
"Aku nak kau bunuh dia , D !"
Perempuan bernama D itu melorekkan senyuman lebar di sebalik mask yang di pakai. Pedangnya diangkat tinggi. Bersedia mahu menghunuskan mata pedang itu ke Zidan.
"ARGHH !"
Kyle bertindak menolak D jatuh ke lantai. Tidak terlalu kuat. Nafas cuba diatur tenang. Sabar , sabar...
"Kau ni pun sama lembablah , D ! Sia-sia saja aku upah kau ! Sekarang , aku nak kau pergi cari isteri jantan tak guna ni dan bawa dia kepada aku !"
D memandang kesemua mereka tajam.Tidak membuang masa , tangga di daki dengan berbakul makian dia beri pada Red. Suka-suka sahaja mengarahkan orang. Tak guna !
Telefon pintar di dalam kocek seluarnya dikeluarkan. Nombor seseorang di dail sambil dia membuka penutup hidung yang menutupi separuh wajah cantiknya. Senyuman sinis terukir.
"Proceed to our next plan."
Panggilan terus di matikan.
"Syada ? Mari lah sini. Aku pun nak tengok juga muka cantik kau tu !"
YOU ARE READING
DIA MILIK AKU
Romansa[SYADA SUHAIRA × KHALEESH AARYAN] 'Cause I'm the imperfect one.' STATUS : COMPLETE.