BAB 08

1K 75 2
                                    

SYADA tergesa-gesa keluar dari perut kereta. Tidak menunggu lama , dia terus masuk ke dalam rumah kayu itu.

"Kalau korang datang sini nak buat masalah dekat cucu aku , balik ! Aku tak nak tengok muka korang !"
Syada mendapatkan Syama yang  terisak-isak di dalam pelukkan Engku Hasnah.

"Adik..."
"Akak... Adik memang tak gunakan ? Adik anak haram. Adik tak layak dekat sini..."
Syada menggeleng. Pipi Syama ditekup.
"Kau adik aku , Syama. Kau kena kuat macam mana mama kuat. Adik aku kuat."

Syama mengesat air matanya. Bahu masih terhinjut-hinjut.
"Kau ni bodoh ya , Syada ? Anak haram ni jugak kau pertahankan ! Aku ni ! Suami aku hilang entah kemana sebab mak tak guna kau tu ! Hah eloklah. Mak tak guna , anak pun sama tak guna ! Dua-dua perampas !"

Syada memandang Puan Azie tajam.
"Itu sebab perangai suami kau yang macam binatang ! Kalau dia tak salah , kenapa dia lari ?! Kau tu yang benak sampai tak boleh fikir mana baik mana buruk ! Eh , mama aku tu , adik kau tau tak ?! Yang kau tak habis-habis nak burukkan keluarga kau sendiri kenapa ?!"

"Syada !"
Engku Hasnah mengusap belakang Syada lembut. Menenangkan gadis itu. Syada terlalu bawa emosi.

"Kau hina adik kau , sama kau hina mak kau , maklang. Otak kau ni dekat mana ? Kepala lutut ya ?"
Masih kasar tetapi tidaklah menengking seperti tadi.

"Ini ! Syama ni kira anak kau jugak tau tak ?! Ini anak laki kau yang rogol mama aku !"
Turun naik nafasnya mengungkapkan kebenaran yang selama ini tersimpan rapi.

"Azie..."
Puan Azie mengetap bibir.
"Kalau mama kau tak goda dia , tak adanya laki aku nak buat macam tu !"
Syada tersenyum sinis.
"Kau masih nak lindung suami kau  , maklang ?"
Telefon pintar dari dalam beg dicampak ke arah Puan Azie.

"Itu. Semua bukti suami kesayangan kau rogol mama aku , ada dalam tu. Mana aku dapat ? Aku sangat bersyukur masa tu pakngah rakam perbuatan laki kesayangan kau tu !"

Kini , matanya memandang Encik Nazri , pakngahnya.

Sekurang-kurangnya , Encik Nazri sudah menjalankan tugasnya sebagai seorang abang kerana sudah menyimpan bukti kebenaran. Dan Encik Nazri juga yang menyelamatkan mamanya. Puas mereka meyakinkan suami Puan Azie lah punca segalanya tapi wanita itu tetap membela suami tak gunanya.

Puan Azie jatuh terduduk.

"Syama..."
Suara lembut itu menyentakkan mereka semua.
"Mama !"
Laju Syama lari mendapatkan Puan Surya yang baru tiba itu. Tubuh anak bongsu itu didakap erat.

"Aku tak sangka aku ada keluarga macam korang ni. Pandai tuduh je."

Syaqir memandang satu-persatu ahli keluarganya tajam. Kecuali Tuan Suhaimi , Engku Hasnah dan Encik Nazri.

"KESIAN anak mama..."

Tepi bibir Syama yang sudah kering darahnya itu diusap lembut.
"Mama minta maaf ya ? Mama lambat."
Puan Surya mengusap kepala Syama lembut.

"Sakit , ma... Sakit sangat..."
Dadanya ditepuk berkali-kali.

Di bawah pokok sedikit jauh dari mereka , Syada melepaskan keluhan sambil berpeluk tubuh.
"Nah ,"
Air mineral yang dibawa tadi dihulur pada Syada. Syada tersenyum nipis.

"Terima kasih , tuan."
Kevin mengangkat bahunya sedikit.
"Tuan tak nak balik ? Dah pukul berapa ni ? Esokkan tuan kerja."
Kevin diam.

"I tak balik. I dah check in homestay dekat-dekat sini tadi. Kalau nak duduk sini , macam tak manis pula."
Syada mengangguk faham.
"I tahu. Adik you kuat macam you. Cuma sekarang , dia masih lagi tak boleh terima apa yang jadi."
Syada mengangguk. Mengiyakan kata-kata Kevin.

DIA MILIK AKUWhere stories live. Discover now