ELEENA memandang pemandangan dihadapannya itu dengan senyuman. Mata yang memanas diendahkan. Melihat senyuman yang menghiasi wajah Moon itu sudah cukup buat dia bahagia. Dia kembali mendapat Moon nya semula. Itu sudah cukup.
"Hai."
Eleena tersentak. Riak wajahnya dikawal. Senyuman tipis dihadiahkan buat lelaki itu. Huluran lelaki itu disambut.
"Buat apa dekat sini ? Sorang pulak tu."
Zidan bersuara memecahkan kesunyian diantara mereka."Saja. Duduk sorang ni tenang sikit."
Zidan diam. Memandang tepi wajah Eleena dengan senyuman. Kalaulah...
"Zidan !"Serentak , kedua mereka menoleh ke sumber suara itu. Eleena sudah bangun dari duduknya.
"Girlfriend you dah sampai. I gerak dulu. Thank you , for the drink."
Tidak sempat Zidan mahu membalas , Eleena sudah pergi terlebih dahulu."Kenapa tu ?"
Zidan menjeling Katrina sekilas. Dia boleh tanya ?
"Aku cari Karina. Kau nampak dia ? Aku dah nak balik."
Kepala masih terjenguk-jenguk mencari kelibat sang adik. Tapi entah di mana."Kau ingat aku bodyguard adik kau ?"
Soalan sarkastik dari Zidan itu menyentakkan Katrina. Eh-eh. Orang tanya je pun."Emo betul."
Belakang Zidan yang sudah berlalu pergi itu dipandang dengan wajah tidak berpuas hati. Misinya kembali disambung.Mencari Karina Asytari.
ZIDAN menahan Eleena dengan sebelah tangannya buat gadis itu tersentak. Laju kepala mendongak memandang Zidan.
"You ada masa ? I nak ajak you lunch."
Eleena memandang sekeliling butiknya. Macam ada sesuatu tak kena saja.
"You datang seorang ke ?"
Berkerut dahi Zidan mendengar. Dia mengangguk sebagai jawapan."You beritahu girlfriend you tak yang you keluar dengan I ? I tak nak—"
"Leen. Dia bukan teman wanita I. Dia sepupu I , Leen. Katrina Asyfia. Kakak Karina semalam."
Langkah Eleena terhenti. Dia menoleh memandang Zidan dan tersenyum nipis."Oh. Okay."
Singkat jawapan dari Eleena buat Zidan tidak berpuas hati. Laju sahaja dia memotong langkah Eleena dan menghalang gadis itu sekali lagi."You tak cemburu ?"
Berkerut dahi Eleena mendengar. Cemburu ?
"Untuk ?"
"Leen , you masih—"
"Zidan , bukan I dah beritahu you ? I takkan kembali pada you. Kalau you rasa I dah okay dengan you sekarang , sebab I fikirkan kita masih boleh berkawan. Semuanya kerana Kevin , Syada , Ilman dan Moon."Zidan meraup wajahnya kasar.
"I tak boleh berkawan dengan you , Leen. We more than that !"
Eleena tersenyum kelat.
"Pada you. Bukan pada I. I minta maaf kalau you rasa apa yang I buat pada you seakan memberi harapan. Tapi tidak , Zidan. Di mata I , you tak lebih daripada seorang kawan."Zidan menarik nafas dalam. Cara bagaimana lagi dia harus luluhkan hati seorang Eva Eleena ?
"Kalau macam tu ,"
Eleena kembali membalikkan tubuhnya menghadap Zidan. Menunggu kata-kata dari Zidan.
"Kita bukan kawan dan kita memang tak boleh berkawan. Mungkin okay untuk you tapi bukan pada I."Lelah.
Dia sudah berputus asa untuk memikat Eleena semula. Sudah banyak cara yang dia lakukan tetapi satu pun Eleena tidak menghargai.Ya , salah dia dahulu kerana terburu-buru meninggalkan Eleena. Tapi itu semua demi kebaikkan Eleena. Tidak pula dia sangka , dia juga dipermainkan.
"Sampai sini sahaja hubungan kita. Kan ?"
Eleena memandang Zidan dengan senyuman. Jujur dia katakan , hatinya memang sudah kosong. Tiada ada rasa lagi yang tinggal untuk Zidan. Entah kerana perasaannya sahaja atau iamya benar-benar sudah mati rasa.
YOU ARE READING
DIA MILIK AKU
Romance[SYADA SUHAIRA × KHALEESH AARYAN] 'Cause I'm the imperfect one.' STATUS : COMPLETE.