BAB 29

821 56 1
                                    

KELAM kabut Kevin berlari ke arah kaunter hospital itu dengan wajah serabai. Mana tidaknya , Ilman telefonnya pukul 3 pagi tentang keberadaan Syada di hospital. Mahu tak kalut ? Hospital ! Pasti ada apa-apa yang terjadi pada isterinya.

"Kevin—"
"Kau !"

BBUK !

Rafiqi memegang perutnya yang senak ditumbuj oleh Kevin. Ilman pula segera menghalang Kevin dari bertindak lebih jauh.

"Woi ! Hospital ni !"
"Kalau dia jaga Syada betul-betul , tak adanya sampai masuk hospital !"
Zidan menepuk dahi.
"Kau ni. Tak tahu bersyukur ya ? Eloklah Rafiqi ni bawak ke hospital. Kalau tempat lain ? Tak menangis berlagu kau ?!"
Kevin menjeling Zidan sekilas. Mulut tu , aku cabaikan nanti !

Kevin meraup wajahnya kasar.
"Red ke mana ?"
"Lepas dia tembak Syada , dia blah."
Mulut mata Kevin ternganga luas.

"Tembak ?!"

PPAK !

Kyle yang baru tiba itu selamba sahaja menepuk kepala abangnya kuat. Bebal. Sangat bebal !
"Hospital , bebal ! Perlahankan suara you."
Kevin diam membisu.

"Ahli keluarga cik Syada ?"
"Saya suami dia !"

Laju Kevin ke hadapan.
"Err...Puan Syada dah stabil. Kami dah keluarkan peluru. Dalam 2 minggu ni , kami tahan Puan Syada dulu. Takut-takut jahitan terbuka atau jangkitan kuman."
Doktor itu meminta diri. Tak semena-mena tonton drama percuma.

Kuat jugak dia nampak Kyle pukul belakang kepala Kevin tadi.

"Sekarang macam mana ?"

Masing-masing mendiamkan diri. Entah apa yang ada di dalam fikiran masing-masing.
"Aku tak boleh join korang tangkap si bangsat tu. Kalau sempat , aku ikut."
Mereka memandang Zidan.
"Kau nak ke mana ? Alam barzakh ?"
Mati terus senyuman Zidan. Dia memandang Kyle tajam.

"Aku ada operasi nak kena uruskan. Ada lanun dah pecah masuk sempadan perairan kita."
"Malam ni aku kena gerak."

Ilman menepuk bahu Zidan.
"Hotnya abe Zidan kita ni. Tapi , kenapa kena reject juga ya ?"
Zidan mengetap bibir. Tangan Ilman yang berada di atas bahunya terus di tepis kasar.

"Sekurang-kurangnya , aku laku jugak. Kau ? Ada apa ? Habuk ?"
Ilman menggerakkan rahangnya tanda geram.

"Bangganya tayang dosa !"
Kyle menepuk-nepuk tangan sambil matanya memandang Ilman dan Zidan silih berganti.
"Diamlah budak !"

Serentak , lelaki-lelaki itu menjerkah. Menyakitkan hati saja !



















SYADA yang berselera makan itu dipandang dengan senyuman. Tepat 5 hari tidak sedarkan diri , pulang sahaja dia dari pejabat tadi , masuk sahaja dalam wad Syada sudah duduk elok atas katil. Ingatkan nak tanya dia sihat ke tak selepas berbulan tak berjumpa , rupanya makanan yang di cari.

"Isteri I pandai menembak ke ?"
"Uhuk !"

Kalut Kevin menghulur minuman pada Syada yang tiba-tiba tersedak itu.
"Hah ?"
"Isteri I pandai menembak ke ? Selalunya , kalau you tak biasa menembak , tangan you akan melecet sebab posisi masa pegang pistol tak betul."
Diam. Syada tersenyum kelat.

"Saya pakai bantai je masa pegang tu. Tembak pun tak kena. Ra-Rafiqi yang tolong saya."
Tidak curiga dengan alasan Syada , Kevin mengangguk faham. Ada logiknya juga.

"I nak kena masuk office esok. You boleh tinggal sini seorang ?"
Syada mengangguk dengan senyuman.
"Saya okay je lah. Lagipun , ini kan hospital."
"Dia masih bebas dekat luar sana , Syada. I risau."

Wajah Syada yang masih pucat dia pandang penuh kasih. Rindu sungguh pada pemilik wajah manis ini !

"Jangan risau okay ? Pandailah saya jaga diri. Atau nanti , saya jerit kuat-kuat !"
Kevin tergelak kecil. Alahai isteri...
"Okay , okay."
Kepala Syada diusap dengan senyuman.

"Oh , kawan you ada tunggu dekat luar. Muka dia macam familliar."
Syada diam dan senyum.
"Oh , mungkin awak ada nampak dekat mana-mana. Awak dah lambat kan ? Pergi lah. Saya nak berbual dengan kawan saya."
Wajah Kevin berubah masam.

"You halau I ?"
"Mana ada !"
Syada tergelak. Tubuh tegap Kevin ditolak supaya lelaki itu bergerak.

"Bye , abang !! Jumpa petang nanti !!"
Kevin dilambai dengan senyuman.

Selepas beberapa minit Kevin beredar , pintu wadnya kembali terbuka. Senyuman yang tadi elok terbentuk terus mati.

"Masuk."







KYLE memandang Kevin yang tampak serabut itu. Bini hilang macam budak-budak. Ini , bini dah sedar , serabut pulak ?

"Apa yang you tak puas hati lagi , Kevin ? Syada dah sedar. Apa lagi ?"
Kevin menoleh. Memandang Kyle.
"I rasa tak sedap hati. I tak main-main."
Kyle menarik nafas dalam.

"Banyakkan mengucap , Kevin. Insyaallah , tak ada apa. Perasaan you saja."
Tangannya kembali membelek majalah Forbes yang memaparkan berita terkini di dalam dunia perniagaan.

Tiada apa yang menarik.

"Malam tadi..."
Kyle mengangkat wajahnya. Memandang Kevin semula
"Hah , malam tadi ?"
Kini , fokusnya seratus peratus pada wajah serabut si abang.
"I mimpi..."

Kyle mengangguk faham.
"I mimpi kambing masuk kacau I dengan Syada."
Suasana menjadi sunyi. Hanya bunyi penghawa dingin yang kedengaran.

"Bebal kau ni tahap mana ya , Kevin ?"

Suara itu menyentakkan mereka berdua. Kyle bangun dan merengus geram.
"Kalau I tahu macam ni , I takkan layan you. Takkan layan you !"
Terus sahaja dia mengangkat kaki dan keluar dari pejabat Kevin.

Kevin melemparkan senyuman kelat pada Ilman.
"Zidan sempat bagitau aku tadi."
"Dia dah balik ke ?"
Ilman menggeleng. Kakinya melangkah kearah sofa yang tersedia di dalam pejabat Kevin.
"Belum lagi. Dia naik darat sekejap je tadi."
Kevin mengangguk faham.

"Apa dia cakap dekat kau ?"
"Penyangak yang masuk dalam perairan Malaysia ada kena mengena dengan si bodoh tu."
Kevin tersentak.
"Kenapa dia berani sangat ?" Ilman mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Dia sendiri pun terkejut sebenarnya. Berani betul si Red tahi kucing tu.
"Macam mana sekarang ?"

"Pasukan Zidan masih pantau bagi langkah berjaga-jaga. Kemungkinan besar untuk diorang lepas tu pun boleh jadi. Red pun aku rasa dah tak senang duduk. Orang-orang dia tak lepas lagi nak masuk ke sini."
Kevin merengus kasar. Perangai siapa yang dia ikut sampai syaitan sangat ? Mak teh dengan pak teh dia okay je.

"Hah , kau mimpi apa ?"
Kevin tersengih.
"Mainan tidur je."
Ilman menjeling Kevin sekilas.
"Aku tak bodoh macam Kyle , Kevin. Kau nak tipu aku ? Go on..."
Kevin berdehem. Lain macam lah Ilman sejak-sejak masuk line nak pikat Moon. Serius memanjang !

"Aku mimpi aku meninggal. Tinggalkan Syada dan....anak kami ?"
Mata Ilman tepat memandang ke dalam anak mata Kevin.
"Syada mengandung ?"

"Tak rasanya. Belum lagi."
Ilman hanya diam. Tidak menjawab.
"Kau tak ada kerja ke lepak sini ?"
"Tengah kerja lah ni."
Berkerut dahi Kevin. Ilman di pandang atas dan bawah.

"Lamanya I tak jumpa you , Kevin !"
Tubuh Kevin tiba-tiba di dakap erat buatkan Kevin mengeras di tempatnya. Dah kenapa lah si gila ni ? Buat hal lagi ke ?

"Astaghfirullahalazim , Yan !"
Serentak itu tubuh Ilman terus ditolak kasar buatkan Ilman terus jatub terduduk. Gelak tawa Ilman memenuhi ruangan pejabat itu. Manakala Datin Kira menggeleng.

"Kau memang babi lah , babi !"

DIA MILIK AKUWhere stories live. Discover now