BAB 05

1.3K 80 2
                                    

SEPANJANG perjalanan , wajah masam sahaja yang Syama tayangkan.

Dia memang tak puas hati.
Langsung tak puas hati !
"Perempuan tak elok marah lama-lama tau. Nanti cepat t-nampak awet muda ! Hah !"

Kyle mengurut dadanya sendiri.
Ya Allah. Kakak dengan adik sama je.
Menyeramkan !

Macam mana nak buat bini ni ? Aduh...

"Boleh bawak kereta cepat sikit ? Yang bawak slow sangat ni kenapa ?"
Kyle tersengih. Pedal ditekan sedikit membuatkan kereta mulai bergerak laju.

"You dah lama jadi adik Syada ? Eh , maksud I , errr..."

Ah , sudah. Kenapa soalan tak masuk akal jugak yang keluar ?



SYADA merenganggkan badannya selepas keluar dari kereta Kevin.

"Nenek !!!!"
Bergegar suara Syama di sekitar kawasan rumah Engku Hasnah. Syada sudah menggeleng.

"Selamat kembali ke kampung , cik muda !"

Syada mengangguk dan tersenyum kekok. Inilah salah satu sebab dia jarang pulang ke kampung. Tahulah nenek tu keturunan diraja. Tapi , tak payahlah sampai macam ni. Dia pulak segan !

"Kayanya nenek kau, Syada."
Syada diam.
"Engku Hasnah. My grandmother."

Kevin dan Kyle sama-sama terkaku. Berpandangan sesama sendiri.

"A-and you ?"
"Me ?"

Kedua beradik itu mengangguk serentak.

"Tak. Nenek je. Atok kami orang biasa. Kalau ikut adat , nenek pun dari Kelantan so , papa kitorang guna Nik untuk menandakan dari keturunan yang sama."

Syada terus sahaja melangkah kearah Engku Hasnah dengan senyuman.
"Aih , lama tak muncul ya."
"Sibuklah , nek. Lagipun , nenekkan ada banyak ayam dengan itik temankan. Hah tu , bodyguard nenek pun ramai. Boleh buat cucu ikan lagi."

Tangan tua Engku Hasnah laju menghinggap di bahu Syada.
"Dengar dok atok mung , mampus aku , Ara oii !"
Mengekek Syada disebelah wanita itu.

"Ya Allah , nek ! Sedapnya gulai nenek ! Lamanya tak makan !"
Syada sudah menepuk dahinya.
Ya Allah , adik siapa tu ?

"NEK ?"

Syada melabuhkan duduk bersebelahan Engku Hasnah di atas pangkin itu.

"Nenek tengok , elok je bos mung tu. Mung pasti dia memang bengkok ?"
Syada mengangguk laju.
"Dia sendiri kenalkan lelaki tu sebagai teman wanita dia , nek."
Engku Hasnah diam.
"Apa nama dia tadi ?"
"Kevin."
"Dok ehhh. Nama betul dia."

Syada senyum.
"Khaleesh Aaryan."
"Khaleesh..."
Engku Hasnah menggumam sendiri.
"Anak Kila ke ?"
Syada terus mengangkat wajahnya. Memandang Engku Hasnah.
"Ma-mana nenek tahu ?"

Engku Hasnah tersenyum.

"Assalammualaikum !"
Terpacul 3 lelaki yang baru pulang dari masjid itu. Engku Hasnah dan Syada masing-masing bangun dari duduk mereka. Merapati mereka bertiga.

"Mana Aila ? Tadi dia mintak atok belikan putu piring ni."
Syada senyum. Huluran Tuan Suhaimi disambut.
"Aila tidur dah , tok. Yang atok ikut cakap dia kenapa ? Diakan memang macam tu."

Tuan Suhaimi senyum. Kepala Syada diusap penuh sayang.

"Lama kamu berdua tak balik ke sini. Nak tunggu sunyi dulu rumah aku ni baru muncul. Marah lagi ya ?"
Syada berdehem.

"Tak adalah , tok. Sibuk sikit."
Senyuman kekok ditayangkan.
"Toksoh ingatlah apa yang diorang cakap dulu , Ara. Orang tua macam dia tu , memang gitu. Kalau aku tahu perangai dia seteruk ni , masa dia baru lahir aku dah bunuh."

DIA MILIK AKUWhere stories live. Discover now