SYADA menyunggingkan senyuman tatkala melangkah masuk ke dalam syarikat itu.
Senyuman tidak lekang di bibir. Seminggu tak masuk kerja , pasti mereka yang lain tertanya-tanya.
"Syada , Syada !"
Tak panas lagi punggung duduk , dah ada orang datang bergosip.
"Kenapa , kak Emma ?"
Emma sengih. Dia memandang Syada.
"Berserinya muka."
Syada hanya tersenyum.
"Ada apa akak ni ? Macam ada berita panas je."
Tersedar niatnya yang sebenar datang ke tempat Syada , Emma terus menepuk-nepuk tangan."Syada dah tahu Tuan bertunang ? Syada kenal tak siapa tunang dia ?"
Berkerut dahi Syada.
"Manalah saya kenal , kak. Saya pun terkejut dengan tuan dah bertunang. Dia ada bagitau saya cuma saya tak tahu siapa tunang dia."Fuh , Syada.
Dosa kering kau buat di pagi-pagi yang indah ni !"Aduh , ingatkan Syada kenal ! Pandai tuan tu. Dia tutup muka tunang dia. Dengan muka dia sekali dia tutup."
Pecah tawa Syada mendengar."Ehem !"
Tubuh masing-masing mengeras. Emma menoleh. Memandang Kevin yang berwajah dingin itu.
"Saya minta diri dulu , tuan."
Kevin menggeleng. Ini tak lain tak bukan , hal pertunangan dia lah tu.
Matanya jatuh pada Syada yang buat tidak endah dengan kewujudannya."Kopi I dah siap ?"
Syada mengangkat wajahnya. Memandang Kevin.
"Kejap lagi saya letak."
Syada bangun dari duduknya dan terus berlalu ke pantri.Tunang tak tunang.
Kerja tetap kerja !BERSILANG kaki Syada duduk di tempatnya sambil membelek telefon pintarnya. Waktu rehat macam ni lah dia dapat menenangkan diri.
Ala kadar sahaja dia scroll aplikasi media sosial terkenal itu. Sesekali jarinya menekan beberapa kali. Menekan tanda like. Sedekah like pun dikira amal tak ya ?
"Oi !"
Mengucap panjang Syada bila jerkahan itu mengejutkan dia. Nasib baik lah telefon dia tak tercampak sama.
"Kau ni kenapa ?"
Tajam matanya memandang Kyle. Geram je lah.
"Abang aku mana ?"
"Kau ingat aku babysitter dia ke , sengal ?"
Kyle berpeluk tubuh."Tapi kau tunang dia."
Mata Syada terus memandang sekeliling membuatkan Kyle tersenyum sinis.
"Takut ke tu ?"
Syada merengus.
"Kau ni tak ada kerja ke ? Alih-alih muka kau jugak aku kena hadap."
Kyle membongkokkan badannya. Bertongkat dagu memandang Syada."Kakak ipar , aku patah hati."
Syada memandang Kyle tajam.
"Apa benda kau merepek ni ?"
Kyle menarik nafas dalam.
"Walaupun dah 2-3 hari benda tu berlaku , aku masih patah hati."
Berkerut dahi Syada mendengar. Kyle ni bukannya boleh dilayan , karang datanglah gila dia tu."Nabila Razali kahwin dia tak ajak aku , Syada. Dia tak tahu ke aku patah hati ? Aku patah hati !"
Syada memejam mata. Menahan rasa.
Dah cakap kan ? Ini lah jadi kalau dia layan.
"Ajak kau buat apa ? Merosakkan majlis dia aje."
Masam terus wajah Kyle mendengar. Tetapi segera wajahnya berubah ceria semula."Aku dah jumpa Nabila Razali 2.0. Dia iras sikit-sikit dengan Nabila Razali."
"Hmmm... Siapa ?" Kyle menyunggingkan senyuman. Masih memandang Syada.
"Syama Suhaila. Sedapkan nama dia ?"
"Gamaknya kau lupa kot kepala kau tu pernah kena kole besi aku. Kau nak kena lagi ke ?"Kyle terus menegakkan badannya. Menjauhi Syada yang sudah tersenyum sinis.
"Korang ni kenapa ?"
Serentak , mata mereka berdua jatuh pada Kevin yang baru keluar dari pejabatnya.
"Kau kata kau tak tahu abang aku dekat mana !"
"Siapa suruh kau tak check ?"
YOU ARE READING
DIA MILIK AKU
Romance[SYADA SUHAIRA × KHALEESH AARYAN] 'Cause I'm the imperfect one.' STATUS : COMPLETE.