KEVIN memandu laju Lotus Emira miliknya memintas beberapa buah kereta yang menghalangnya.
Senyuman sinis terukir melihat Toyota Vios edisi terbaru yang elok membelah jalan itu. Dengan sekelip mata , kereta itu dihalang menggunakan keretanya.
Syada yang elok memandu dengan tenang tadi terus sahaja menekan brek mengejut. Ya Allah , mujur sahaja. Dengan wajah tegang , dia keluar dari keretanya. Tidak menghiraukan keadaan sekeliling , dia terus melangkah kearah kereta mewah itu.
Tingkap kereta itu diketuk berkali-kali. Biarlah nak pecah sekalipun. Kalau dia yang hilang nyawa tadi , macam mana ?!
Air liur ditelan kelat memandang pemilik kereta itu.
"Hai. Cik tunang."
Kevin tersenyum sinis. Memandang Syada atas dan bawah. Oh. Hari ini gadis itu tidak bertudung.Bukan dia tidak tahu yang Syada jenis on-off pakai tudung. Cuma , jarang sekali nak tengok Syada ni tak bertudung.
Sangat jarang.
"Pergi sejauh mana yang you nak. You tetap akan kembali pada I."
Syada mengetap bibir mendengar ayat angkuh yang keluar dari mulut Kevin."Tuan ni dah gila ya ? Kalau kemalangan tadi macam mana ?!"
Kevin bersandar pada keretanya dengan wajah selamba. Selepas sahaja dia dapat lokasi di mana Syada berada , terus sahaja dia pecut mahu menemui gadis itu. Mesyuarat penting pun sanggup dia tinggalkan !"I yang patut tanya you segala jenis soalan , Syada. You ke mana ? You nak putus ? Seriously ? Baru 1 bulan kita bertunang , you nak putus ? You ingat I nak setuju ?"
Syada merengus."Dengan sikap dan cara tuan macam ni , tuan ingat saya nak kahwin dengan tuan ? Sekarang , tuan culik saya. Lepas ni ? Lepas kahwin ? Tuan nak bunuh saya pulak ke ?"
Membulat mata Kevin mendengar. Sampai macam tu sekali Syada fikir ?"Saya malaslah nak bertekak dengan tuan. Dosa je saya dapat. Tolong alihkan kereta tuan dan jangan muncul depan saya lagi !"
Kevin merengus. Di biarkan sahaja keretanya dan dia terus mengikut langkah Syada. Biarkan kereta tu. Pandai-pandai dia lah nak suruh sesiapa angkut kereta dia nanti."Hey !"
Terjerit kecil Syada dibuatnya bila Kevin merempuh masuk ke dalam keretanya.
"Tuan ni kenapa ?!"
Kevin masih tidak berganjak sedikit pun walaupun Syada menjerkahnya sedikit kuat."Keluarlah , tuan !"
"Kalau I tak nak ?"
Syada memandang Kevin tajam. Perlahan , senyuman sinisnya ditarik.
"Kita mati sama-sama."Gear kereta dimasukkan dan dia mulai memandu. Kevin tersenyum sinis. Dia tahu. Syada tidak akan berani.
Tetapi wajahnya mulai berubah bila Syada sudah memandu laju. Memotong beberapa kereta dengan tangkas. Air liur ditelan kelat.
"Syada !"
"Tadi nak sangatkan ?!"Kevin mengetap bibirnya. Ya Allah , dia nak hidup lagilah !
"Stop , Syada !"
Tidak menghiraukan jeritan dan pekikkan orang sebelah , Syada masih dengan wajah selambanya. Kelajuan masih sama. Tinggi."Berhenti , Syada ! I tak nak mati lagilah ! Dosa I banyak lagi ! ARGHHHH !!!"
"Jomlah mati sama-sama ! Tak adalah nak tanggung dosa tu dah !"Kevin mengenggam pemegang di atas kepalanya itu kuat. Boleh mati sakit jantung macam ni. Bukan mati kemalangan !
SYADA memandang Kevin yang terduduk lemah itu dengan wajah tidak beriak.
Kisah apa dia ?
Apa yang dia buat , tak setimpal lagi apa yang Kevin buat padanya. Apa yang Kevin buat padanya , jauh lebih teruk !Wajah pucat Kevin ditenung dengan senyuman sinis. Rasakan.
"Sampai hati you , Syada."
Hampir-hampir sahaja kereta yang dinaiki mereka tadi kemalangan. Kalau nyawa tak panjang , memang mati kemalangan lah mereka."Tak sampai hati lagi , tuan. Kalau ikutkan , saya nak buat sampai tuan mati. Senang. Tak adalah mama kena tanggung malu dengan perbuatan tuan."
Kevin menjeling Syada sekilas."I—"
Kata-kata Kevin terhenti bila Syada mengangkat tangan. Memberi tanda untuk dia berhenti."Tuan telefonlah sesiapa untuk ambil tuan dekat sini. Saya nak balik. Oh ya. Saya dah e-mail surat perletakkan jawatan saya pada tuan. Kalau tuan nak suruh saya bayar pampasan , hantar saja surat. Saya boleh bayar. Dan lagi satu , keputusan saya tetap sama. Kita putus."
Beg tangan dicapai. Dia mula melangkah meninggalkan Kevin disitu.
"Kalau I kata , I buat semua tu dengan sebab , you boleh stay , Syada ?"
Langkah Syada terhenti. Dia memusingkam tubuhnya. Memandang Kevin."Then , give me the reason. I will consider to stay."
Kevin merenung tajam wajah Syada. Buatkan gadis itu sedikit tidak selesa. Dia mendekati itu. Perlahan.Bila Kevin sudah mendekati , Syada sudah menggelabah. Dia juga melangkah kebelakang. Cuba menjauhi lelaki itu.
"Stop there , tuan !"
Kevin tersenyum sinis. Arahan adalah perintah. Dan ya , dia semakin mendekati Syada.
"Kenapa , sayang ? You takut ? Why ? You kata nak tolong ubah I."Syada menahan dada bidang Kevin dengan tangannya. Matanya turut tajam memandang Kevin.
Sudahlah di tempat awam Kevin ni buat hal !
"Tapi tuan sendiri tak nak ubah diri tuan. Kalau saya tolong pun , tetap sama ! Tuan masih berhubungan dengan dia !"
Tegas Syada melawan membuatkan Kevin berdecit."I dah cakap bersebab , Syada. Bersebab ! How many time should I make you to understand me ?"
"Sampai tuan beritahu saya apa sebabnya. Sampai tuan sendiri berubah !"Syada menoleh Kevin menjauh darinya.
"Ya , tuan. Saya dah janji untuk tolong ubah tuan. Dengan apa yang tuan buat pada saya haritu , saya rasa dah tak ada makna untuk saya tolong tuan. Tuan sendiri yang tuduh saya dengan gambar yang sendiri tuan reka ! Dalam gambar tu saya , tuan ! Tuan pijak maruah saya macam tu saja dengan edit gambar saya yang—"
Kata-kata Syada terhenti. Matanya berair."Apa salah saya pada tuan ? Tuan gunakan saya untuk tutup kesalahan tuan. Saya ikhlas dengan tuan tapi ini ke yang saya dapat ?"
"Sampai hati tuan buat saya macam ni... Murah sangat ke saya di mata tuan ?"Kevin terkedu.
"Syada , I—"
"I tak bermaksud macam tu , Syada. I cuma—"
"Cuma apa tuan ? Jangan jadikan alasan bodoh untuk tuan lepaskan diri. Tuan nak kata sebab ada orang nak jatuhkan tuan. Sebabtu , tuan terpaksa buat semua ni ? Macam tu ? Then , you should find someone else who can bear all of this. Not me !"Syada menarik nafas dalam.
"Kalau ya pun ada orang nak jatuhkan tuan , bukan ini caranya tuan. Banyak lagi cara lain ! Tapi tuan pilih untuk pijak maruah seorang perempuan yang tuan nak jadikan isteri !"Kevin diam ditempatnya. Mahu sahaja dia memeluk tubuh itu mahu menenangkan gadis itu.
Tapi dengan keadaan yang mereka belum lagi sah , mana mungkin dia lakukan."Bagi saya masa untuk adapt semua ni. Kalau tuan tak boleh tunggu , you may find someone else. We're done."
Terus sahaja dia melangkah meninggalkan Kevin disitu. Kevin meraup wajahnya kasar.Batu-batu kecil disepak dengan rengusan.
"Damn it !"Syada yang semakin menjauh itu dipandangan dengan keluhan.
YOU ARE READING
DIA MILIK AKU
Romance[SYADA SUHAIRA × KHALEESH AARYAN] 'Cause I'm the imperfect one.' STATUS : COMPLETE.