MMM 51

677 30 3
                                    

Mata mereka memandang ke arah sepasang suami isteri yang sedang berjalan menuju ke sebuah kedai pakaian.

"Alamak sayang, abang tertinggal phone la dekat kereta. Sayang tunggu sini abang pergi ambik sekejap ye." Beritahu Haydar kepada Raisya. Beg-beg shopping diberikan kepada Raisya.

"Okay abang." Raisya mengangguk dan melihat suaminya pergi ke tempat parking semula.

Dua orang lelaki bertubuh sasa berjalan perlahan mendekati Raisya yang sedang leka bermain telefon bimbit. Mata mereka ligat memandang sekeliling. Salah seorang daripada mereka menekup wajah Raisya dengan kain yang mengandungi cecair pelali.

Raisya terkejut dan terus tidak menyedarkan diri. Tubuh kecilnya itu diangkat dan dimasukkan ke dalam  kereta.

Haydar yang baru sahaja kembali dari tempat parking melihat beg-beg shopping yang berterabur di atas lantai mall tersebut. Dia mencari kelibat isterinya.

"Sayang ?"

Haydar masuk ke dalam kedai untuk mencari Raisya. Namun isterinya tiada disitu. Sepintas dia melihat telefon isterinya yang terlempar jauh di hujung pintu kedai. Tidak lain tidak bukan, isterinya pasti diculik.

Haydar mengambil semua barang-barang yang diatas lantai itu kemudian bergegas semula ke tempat parking. Dia terus masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin keretanya. Pedal minyak ditekan, keretanya laju keluar dari parking tersebut. Lantas nombor Kyle ditekan melalui speed dail.

"Kyle, Raisya hilang. Arahkan semua untuk berkumpul di markas kita." Beritahu Haydar dengan nada risau dan tegas. Telefonnya terus dimatikan dan dilempar perlahan ke atas seat bersebelahan dengannya.

******

Raisya terjaga dari pengsan. Mulutnya diikat oleh kain dan tangan kakinya diikat ketat.  Mereka sedang di dalam kereta, tidak tau kemana arah tujuannya.

"Boss, perempuan ni kita nak letak mana ?" Soal lelaki itu di dalam panggilannya.

"Nanti aku share location kau bawak dia pergi sana, kau kurung dia." Panggilan telefon itu dimatikan dengan serta merta.

"Abang, tolong Raisya abang..." Raisya mampu berkata-kata di dalam hati. Mulutnya diikat ketat dan terasa sakit di bahagian hujung bibirnya.

"Ya Allah, kau lindungilah aku... Aku berserah hidup dan matiku kepadamu ya Allah.." Doa Raisya dalam hati. Dia memejamkan matanya kerana kepalanya terasa sakit kesan  daripada ubat pelali itu.

Setelah 7 jam perjalanan, mereka sampai ke tempat yang dituju. Raisya dikejut dengan kasar dan dia dipaksa keluar dengan cepat dari kereta.

Mereka sampai di sebuah rumah yang usang jauh dalam hutan. Hanya bertemankan bunyi cengkerik dan katak. Seorang lelaki tua duduk di bangku luar rumah.

"Sawadeekhap" Sapa salah seorang dari lelaki bertubuh sasa kepada lelaki tua itu. Dia menghulurkan berapa kepingan duit kepada lelaki tua tersebut.

Raisya dipaksa duduk di atas kerusi dan tubuhnya diikat ketat sehinggakan dia merasa sakit di bahagian perutnya. Dia hanya mampu menahan rasa sakit itu sahaja. Ikatan kain dimulutnya dibuka.

"Korang siapa ha ? Korang nak apa ?" Soal Raisya

"Kitaorang siapa ? Kau pernah kenal kot kitaorang ni siapa." Jawab salah seroang dari mereka.

"Boss kitaorang yang suruh ambik kau, tak tau la sebab apa. Kitaorang ikut je, asalkan kitaorang kena bayar." Jawabnya lagi.

"Lepaskanlah aku !" Jerit Raisya. Dia ditampar kuat.

MY MR. MAFIA Where stories live. Discover now