MMM 10

8.5K 405 11
                                    

******

Raisya terus menyauk tudung sarung dan bergegas ke bilik Kylie. Tanpa dia mengetuk pintu dia terus masuk. Terkejut Kylie dibuatnya.

"Fuh semangat. Ingatkan siapalah tadi."

"Sorry saya masuk tak ketuk dulu" kata Raisya.

"Ada apa ni? Nampak macam urgent je kenapa ?" Soal Kylie.

"Saya anak orang kaya ? Betul ke ? " Soal Raisya. Kylie sudah diam. Bagaimana hendak dia menjelaskan kepada Raisya.

"Errrr..... Ermmm..."

"Kylie betul ke ?"

"Minta maaf bukan saya yang patut jawab soalan tu. Awak kena tanya Haydar sendiri. " Kata Kylie sebelum dia keluar meninggalkan Raisya seorang diri.

******

Kedengaran suara Kylie agak kerisauan melalui panggilan telefon.

"Indra macam mana ni ? Aku rasa dia dengar la waktu Haydar bergaduh tengahari tadi. "

"Kena bagitau Haydar. Tak kira macam mana. Kau kena bagitau Haydar dulu. " Pesan Indra.

"Kau cepatlah balik... Kau pergi Putrajaya buat apa ?"

"Kerja la bodoh" balas Indra.

"Cepat sikit balik "

"On the way la ni lagi setengah jam aku sampai "

Kylie mematikan panggilan. Kakinya melangkah laju ke bilik bacaan Haydar waktu begini dia tahu Haydar selalu ada di bilik bacaan.

"Haydar."

"Hmm" hanya itu sahaja yang dibalas oleh Haydar.

"Raisya dah tau.. "

"Pasal apa ?" Soal Haydar lagi.

"Pasal dia anak Datin Sri Suhaymah..." kata Kylie.

Pandangan Haydar dialihkan pada Kylie.

"Aku tak bagitau apa lagi. Sumpah " Kylie mengangkat tangan kanannya. Kalau Haydar tak percaya ni mati dia.

Haydar mengangguk. Lalu menyuruh Kylie keluar dari bilik bacaannya dan dia ingin menyambung semula membaca.

******

"Dia anak orang kaya ! "

Ayat itu masih lagi tergiang-giang di pemikirannya. Raisya kini berada di luar rumah. Seperti biasa di tepi kolam sambil melihat ke dalam kolam renang tersebut.

"Yahuuu ! "

SPLASH !

Air dari kolam terpercik keluar mengenai Raisya. Dia melihat ke arah Hayden yang sudah berada di dalam kolam.

"Yuhuuu!" Suara Raid dari arah balkoni bilik aras tiga membuatkan mereka melihat ke atas.

Satu papan yang panjang keluar dari bawah balkoni bilik tersebut. Papan itu berwarna biru seperti biasa.

MY MR. MAFIA Where stories live. Discover now