MMM 50

1.9K 93 5
                                    

Salam diberikan sebelum Raisya melangkah masuk ke dalam rumah. Dia melihat adiknya sedang leka bermain permainan video di atas sofa. Dia menggeleng kepala lalu dia tersenyum. Sebagai kakak yang bertanggungjawab dia mengambil keputusan untuk menarik telinga adiknya.

"Aduh..."

"Ha. Main game lagi.. akak masuk pun kau tak sedar." Rayzman melepaskan tangan Raisya dari menarik telinganya.

"Eeee sakit tau tak ? Meh aku tarik telinga kau pulak rasa macam mana."

"Kau ni dik, melekat dengan game je dua puluh empat jam. Kau tak ada kerja lain ke ?"

"Okay la aku main game ni daripada aku game perempuan." kata Rayzman selamba. Raisya menarik mulut Rayzman pulak. Haydar hanya melihat perilaku dua beradik ini. Kalau berjumpa ada je benda yang nak digaduhkan.

"Ni mulut ni kerja nak menjawab je. Dah besar sangat ke, sampai berani menjawab ?"

"Akak. Aku ni bukan budak-budak dah akak. Aku ni dah kerja dah pun, memang boleh la kan aku menjawab."  Raisya menahan marah. Adik dia ni, asal jumpa je mesti ada benda nak dijawab.

"Haydar, Qay dengan yang lain dah tunggu dekat atas."

"Habistu kau tunggu apa lagi dekat sini ? Pergilah naik atas." arah Haydar. Rayzman bangun dari duduk dan menuju ke lift. Haydar yang baru ingin membuka langkah ditahan oleh Raisya.

"Abang... Duduklah dengan kita dekat sini..." pujuk Raisya. Tangan Haydar naik mengusap kepala isterinya yang berlapik dengan tudung.

"Alah manjanya isteri abang ni. Abang ada kerja sayang..."

"Takkan nak tinggal kita dekat sini sorang-sorang ?"

"Sayang nak manja manja.. Tunggu abang dalam bilik, nanti kita manja puas-puas. Now jom, abang hantar sayang pergi bilik." tangan Raisya ditarik lembut. Raisya pun bangun dari duduknya dan mengikut Haydar dari belakang. Mereka menaiki lift sama-sama.

Sampai sahaja di hadapan pintu bilik, Haydar memberikan kucupan di dahi isterinya.

"Kamu rehat dulu dekat dalam.. Nanti dah habis kerja, i'll give you full attention okay." Raisya mengangguk kecil. Lalu dia berjalan masuk ke dalam bilik.

Haydar menghela nafas lega. Kebelakangan ini dia sangat sibuk sehingga tiada masa untuk isterinya. Akan tetapi ini juga untuk kebaikan isterinya. Dia harus merancang segalanya agar nyawa isterinya tidak terikut terancam.

Musuh pertama adalah Qarisha dan Dayyan. Mereka perlu bersiap sedia. Fizikal dan mental. Qarisha boleh bertindak bila-bila masa sahaja. Musuh kedua mereka adalah keluarga
Geuro. Sejak dari dulu keluarga Haydar dan keluarga ini bermusuhan.

******

Qarisha duduk di meja paling hujung di sebuah restoran makanan laut. Dia ditemani dengan anaknya. Mereka akan berjumpa dengan Dayyan pada hari ini. 

Dari jauh Qarisha sudah dapat melihat Dayyan. Dayyan menuju ke arah mereka.

"Hi, Qaisara..." pipi bayi berusia tujuh bulan itu dicubit.

"Qarisha how ?"

"How what ?" soal Qarisha tidak faham.

"Pasal kita ? Awak faham kan apa yang saya nak cakap ? Qarisha, kita boleh hidup bahagia together." Kata Dayyan. Tangan Qarisha digenggam. Mata mereka saling bertemu.

"Please trust me. Saya akan jaga awak, jaga Qaisara macam mana Dallen jaga awak dulu. " Qarisha tergamam mendengar kata-kata Dayyan. Perlukah dia memberi Dayyan peluang. Hatinya berbolak balik masih memikirkan tentang Haydar.

MY MR. MAFIA Where stories live. Discover now