Haydar sedang duduk sambil menunggu doktor keluar untuk mengetahui keadaan isterinya. Dia melihat seorang doktor lelaki keluar dari bilik Raisya. Heysha yang duduk di sebelah abangnya hanya melihat doktor tersebut.
"Haydar... Isteri kau okay. Dia terkena keracunan makanan. Aku dah bagi ubat dekat dia, biar reda sikit muntah tu."
"Terima kasih Adam, ni macam mana ni kau boleh tersesat hospital ni ?"
"Ni hospital daddy aku. Tu yang aku kerja sini. Anak tunggal kan. Nak harapkan siapa lagi kalau bukan aku. "balas Adam.
"Betul juga tu. Okaylah aku nak masuk dalam nak tengok isteri aku. Nanti bila-bila kau free, datanglah rumah aku. Boleh borak panjang sikit." ajak Haydar tanpa segan silu.
"Okay. Aku pun dah nak kena gerak ni."
Permit Adam, lalu dia pergi meninggalkan Haydar dan Heysha. Terus Haydar masuk ke dalam bilik Raisya bersama Heysha.
Raisya sudah menunggu Haydar masuk ke dalam bilik. Akhirnya suaminya masuk bersama Heysha. Senyuman diberikan kepada Haydar dan Heysha.
"Kenapa tak panggil abang ? "
"Sorry lah. Mana saya tau saya nak sakit." balas Raisya.
"Ha menjawab. Cubit mulut tu nanti." ugut Haydar sambil melihat Raisya.
"Hello, Heysha." sapa Raisya.
"Akak ! I really miss you..." kata gadis kecil itu. Terus badan Raisya dipeluk.
"I miss you to sweet heart." Raisya memeluk Heysha dengan erat. Rindu dia pada anak kecil ini walaupun tidak sampai sehari.
"Akak tak apa-apa ?" soal Heysha yang sedang cuba bertanya dalam Bahasa Melayu. Namun masih boleh difahami oleh mereka walaupun sedikit pelat apabila didengari.
"I'm okay." balas Raisya.
Dia gembira apabila mendengar soalan tadi. Bukan apa, dia rasa gembira kerana Heysha mencuba untuk berbahasa Melayu.
Heysha sangat lancar dalam menutur alam bahasa Inggeris namun sedikit lemah dalam berbahasa melayu. Bukan salahnya juga kerana dia sememangnya dari kecil membesar di Itali. Dia sudah biasa dengan penuturan bahasa disini. Jadi tidak hairanlah dia lemah dalam berbahasa Melayu.
"Assalamualaikum." Kyle masuk dengan diikuti oleh yang lain.
"Haydar aku nak cakap dengan kau kejap. Dekat luar."
Haydar menangguk lalu mengikuti Kyle keluar dari bilik Raisya.
Kylie bersama Indra duduk bersebelahan Raisya.
"Hello,Heysha. " sapa Indra kepada Heysha yang sedang melihat ke arah mereka semua.
"Hello." balas Heysha dengan ceria. Sekali kepala Heysha diusap oleh Indra. Heysha tersenyum suka apabila dilayan manja sebegitu.
"So, Raisya. Berapa bulan ?" soal Kylie tiba-tiba kepada Raisya.
"Berapa bulan apa ?" soalan Kylie tadi dibalas dengan soalan semula. Raisya sempat mengerutkan dahinya.
"Pregnant." kata Kylie selamba tanpa kisah kaum lelaki yang berada di belakang.
"Ha ? Sejak bila saya pregnant ?" soal Raisya hairan. Dia pregnant ? Tapi doktor cakap dia keracunan makanan.
"Muntah-muntah tu." kata Kylie lagi dengan teruja.
"Keracunan makanan je. Tak adanya nak pregnant bagai." beritahu Haydar. Kylie dan Indra mula patah harapan.
"Alaah baru ingat nak teka boy ke girl." Indra pula bersuara apabila sejak dari tadi dia diam mendengar jawapan.
"Man mana ?" soal Raisya mencari adiknya. Dia sangat rindu akan adiknya. Sudah lama dia tidak bergurau dengan adiknya. Sudah lama juga dia tidak berbual seperti selalu.
"Rayzman... Dia..." Karl bersuara.
"Dia apa ? Mana adik ?" tanya Raisya sekali lagi.
"Dia... Ermm..."
"Apa? Jangan lah memain !" Raisya mulai cemas.
"Akak...." satu suara datang dari arah pintu membuatkan mereka semua pandang ke arah sana. Rayzman datang sambil membawa sejambak bunga coklat di tangan. Raisya terkedu. Apa yang adik dia buat ni ?
Rayzman berjalan ke arah Raisya lalu tangan kakaknya dicium. Dia sempat memeluk Raisya.
"Nah bunga untuk akak. Get well soon."
Bunga itu berpindah tangan. Raisya mengambil lalu mengambil bau dari bunga tersebut. Segar ! Senyuman kepada adiknya diberikan sebagai tanda kasih.
"Terima kasih, adik. " Sempat Raisya menghidu bauan bunga tulip yang mekar lagi segar itu. Pandai adiknya memilih bunga.
Haydar yang melihat sedikit berasa cemburu apabila melihat adik iparnya rapat dengan isterinya. Terasa mereka pula yang seperti suami isteri. Keluhan kecil dilepaskan.
" Jelous ker tuu ?" perli Hayden.
"Mana ada." balas Haydar selamba bagi menutup perasaan cemburunya. Padahal di dalam hatinya sudah cemburu. Cemburu tu kan tanda sayang.
"Kau nak bagi, bagi benda lain. Jangan bagi coklat jangan bagi bunga." beritahu Raid.
"Pastu kau nak suruh aku bagi apa ?"
"Ala kau bagi la dia anak. Kata haritu sperm kau kuat. Mana hasilnya?"
"Babi." carut Haydar.
Raisya terkedu. Dia juga terkejut dengan soalan Raid. Lalu dia menunduk tanda malu. Bagaimanalah mereka ni boleh bersembang hal ini seperti sembang hal-hal yang biasa.
"Kau nak suruh orang buat anak. Kau tu bila nak kahwin. Buat la anak sendiri suruh orang. Sperm kau kan banyak. Kau tu dah umur dua puluh tujuh, tiga tahun lagi kau dah maduk umur tiga puluh. Mana awek kau yang kata kau nak kahwin dengan dia tu ? Tak ada... Semuanya dah jadi ex." Hayden mula menyampuk. Karl dan Kyle sudah gelak terbahak-bahak di belakang. Terkenang mereka dengan kisah percintaan antara Raid dan ex-nya. Semua tak menjadi.
"Pasal ex ni jangan la main."
Raid mula sebak. Dia juga terkenang memori yang terindah apabila dia bersama bekas teman wanitanya.
"Aku tak expect yang dia nak tinggalkan aku. Kalau boleh aku tak nak break tau."
"Dah sudah. Ni hospital bukan pentas teater." Zayn mematikan suasana. Kacau line la Zayn ni. Baru nak feeling macam dalam drama.
******
YOU ARE READING
MY MR. MAFIA
Action[ First book ] [ Pembaharuan sedang dijalankan ] Cerita ini datang dari imaginasi. Warning ⚠️ Raisya Husna seorang gadis kampung yang selalu dipukul oleh bapanya kerana duit. Begitu juga dengan adiknya Rayzman. Hidup mereka bagaikan di dalam neraka...