Perjalanan mereka berhenti di sebuah gerai. Mereka mahu mengisi perut yang kosong. Tambahan pula, Rayzman yang suruh mereka berhenti.
"Ye dik nak apa?"
"Milo ais tiga." balas Rayzman.
"Milo ais tiga !" mereka bertiga terkejut mendengar jeritan makcik ini. Mau kena heart attack dibuatnya. Makcik itu tersenyum kepada mereka seperti tiada apa yang berlaku.
"Adik bertiga ni orang luar ke ? Muka tak pernah nampak." soal makcik yang mengambil order mereka tadi.
"Haah kami dari KL nak mencari orang yang bernama Aisyah Rania." balas Rayzman.
"Oh Aisyah. Makcik kenal sangat budak tu. Dia baik orangnya."
"Makcik tau rumah dia dekat mana ?" soal Kyle.
"Adik jalan terus rumah dia paling hujung." beritahu makcik itu dengan bersungguh-sungguh.
Seusai makan, mereka ke rumah yang disebutkan oleh makcik itu tadi. Mereka bertiga turun dari kereta serentak.
"Ni ke rumahnya ?"soal Rayzman.
"Yang ni la kot. Kata makcik tu rumah paling hujung." soalan Rayzman dijawab oleh Kyle.
"Assalamualaikum."
Seorang gadis berusia dalam lingkungan 20an keluar untuk melihat siapakah yang datang.
Dia terkaku dan terpaku. Dia melihat tiga orang jejaka kacak sedang berada di luar rumahnya.
"Aisyah siapa yang datang ?"
Satu lagi suara gadis menyapa mereka.
"Hai, sayang."
Dia turut terpaku dan terkaku. Mampus lu. Dia melihat Haydar tersenyum manis di muka pintu.
******
Raisya berjalan ke hulu ke hilir. Macam mana Haydar boleh tau dia ada dekat sini. Setelah lama berdiam akhirnya dia membuka mulutnya.
"Awak buat apa dekat sini ?" soal Raisya.
"Nak kejar cinta yang hilang." balas Haydar selamba.
"Cinta taik lembu awak."
Haydar bangun lalu merapati tubuh isterinya. Dia memandang Raisya dengan pandangan sayunya.
"Look." dia menarik dagu Raisya untuk memandangnya.
"I'm sorry with what I've done to you. Abang tak berniat nak tipu sayang. Please forgive me."
Raisya mengalihkan pandangannya. Susah untuk dia bertentangan mata dengan Haydar.
"Its hard. Kerja tu bahaya. Berdosa tau tak?" marah Raisya.
"Sayang, tolong ikut abang balik. Dua hari sayang tinggalkan abang. Abang rasa dah macam dua tahun tau." Haydar mencapai tangan Raisya.
"Siapa suruh tipu saya."
Aisyah terdengar perbualan mereka berdua. Haih kau ego, Raisya, ego !
"Raisya abang tak bermaksud nak tipu kau. Tolonglah ikut aku balik." pujuk Haydar. Macam mana pun dia tetap akan bawa Raisya pulang.
"Kalau saya tak nak ?"
"Abang angkat masuk dalam kereta."
"Awak angkat saya, saya gigit awak."
"Boleh. Kalau nak gigit, gigit dekat sini." jari Haydar menunjukkan bibirnya.
"Herh tak kuasa." Raisya membalas sambil memutarkan bola matanya. Raisya memusingkan badan. Tangan dinaikkan ke dadanya.
"Tak kuasa la sangat. Malam tu kemain melayan." Haydar tersenyum nakal.Raisya berdecit kegeraman.
"Jangan nak ubah topik. Eee awak balik la, Qarisha perlukan awak dekat rumah tu."
"Raisya. You're my only one wife and I'm here is not to talk about Qarisha. Ikut aku balik." beritahu Haydar.
"Kan saya dah cakap. Saya tak nak balik." Raisya tetap berkeras tidak ingin mengikut Haydar pulang.
Haydar berjalan ke arah Raisya dan mendokongnya.
"Eeee lepaslah !"
Irfan yang melalui kawasan itu pada ketika itu segera berhenti dan membunyikan hon motosikalnya.
Dia turun dari motor terus ke arah Haydar untuk menyerangnya.
"Eh kau buat apa ni ha ? Lepaskan dia sekarang !" Marah Irfan.
"Siapa pulak mamat kering ni ?" Haydar melepaskan Raisya dan berjalan ke arah Irfan.
"Yang kau sibuk kenapa ?" soal Haydar kepada lelaki itu.
"Kau jangan sesekali kacau awek aku. Kalau tak.." Mata Irfan sesekali memandang lengan Haydar yang dua kali ganda besar dari lengannya.
Mata Raisya sudah terbuntang apabila mendengar ayat itu. Apa mamat ni merepek ?
"Kalau tak.. ?" Haydar menjongketkan keningnya.
"Kalau tak tapak tangan aku sampai dekat muka kau."
Haydar melirik ke arah Raisya.
"Sumpah saya tak tau apa yang mamat ni merepek." kata Raisya.
"Ohh... awek.." Haydar berjalan ke arah Raisya pula. Tangannya naik mengelus wajah Raisya.
"Awek ye sayang.." Haydar memeluk tubuh Raisya.
"Irfan aku rasa baik kau balik, sebab ni bukan urusan kau. Lagipun kau jangan berangan la nak try takle kawan aku ni sebab sebelah dia tu suami dia." Sampuk Aisyah. Irfan tercengang.
"Bini orang ke ? Baru nak try beb." kata Irfan dalam hati. Tanpa buang masa dia pergi dengan rasa malu.
"So sayang jom balik ?" tanya Haydar.
"Taknok.. saya nak duduk ngan Aisyah." Raisya memeluk lengan Aisyah yang disebelahnya.
"Okay kalau macam tu.. Kyle aku nak kau cari homestay dekat sini. Kita duduk sini dalam beberapa hari."
"Okay boss."
"Ish awak pergi la balik.. saya nak tenangkan fikiran saya. saya janji saya tak pergi mana. say.." Tak sempat habiskan ayatnya Haydar terus memotong.
"Ah tak ada, tak ada. Ingat awak sorang nak tenangkan fikiran. Saya pun nak jugak."
Raisya mendecit geram.
"Aipp.. tak baik decit.. dosa." kata Haydar lalu mengenyitkan matanya.
******
YOU ARE READING
MY MR. MAFIA
Action[ First book ] [ Pembaharuan sedang dijalankan ] Cerita ini datang dari imaginasi. Warning ⚠️ Raisya Husna seorang gadis kampung yang selalu dipukul oleh bapanya kerana duit. Begitu juga dengan adiknya Rayzman. Hidup mereka bagaikan di dalam neraka...