Dia duduk bersebelahan isterinya. Dia tidak tahu apa yang hendak dilakukan sekarang. Tiba-tiba satu tangan memegang bahu Haydar. Haydar mengangkat wajahnya.
"Happy birthday, bro."kata lelaki itu.
Satu lagi suara keluar dari celahan pokok.
"Happy birthday to you..."
"Happy birthday to you..."
Dia melihat ramai yang disitu. Ada Puan Khadijah, Encik Abdullah, Puan Suhaymah berjalan keluar dari celahan pokok tersebut sambil membawa sebiji kek yang mempunyai lilin di atasnya.
Haydar dipakaikan selempang yang bertuliskan 'Birthday King' di atasnya.
"Happy birthday Haydar Ashrell..."
"Happy birthday to you..."
Haydar terpinga. Dia memandang ke arah Raisya yang sedang terbuka luas matanya. Tangan Raisya naik memegang muka Haydar.
"Happy birthday, abang."
Raisya tersenyum manis. Haydar memeluknya dengan kuat.
"Ya Allah, Raisya. Abang ingat Raisya betul-betul tinggalkan abang." kata Haydar.
"Nope. Its just a prank." balas Raisya.
Haydar mengelap air matanya. Sia-sia je air mata dia tadi. Raisya bangun dari tidur. Kebas habis tangannya. Mana taknya dia terkaku je dari tadi.Haydar bangun lalu berjalan ke arah Puan Suhaymah yang membawa kek ke arahnya. Dia berharap di dalam hati agar dia boleh hidup bersama dengan Raisya sehingga akhir hayat.
Sempat Haydar mengerling Raisya yang sedang ketawa mengekek di belakangnya lalu dia meniup lilin tersebut.
"Merajuk satu bulan !"
"Ala awak tengok hadiah saya nanti mesti awak cancel merajuk tu."
"Happy birthday menantu ibu. Dah tua dah, another three years your gonna join our team." Haydar ketawa. Ya dia sudah tua, lagi tiga tahun dia akan masuk umur yang ke tiga puluh. Tapi tiga puluh masih lagi muda buatnya.
"Fuyoo ! Raisya boek ah lakonan kau tadi. Boleh jadi pelakon kau ni. Tak bergerak langsung." puji Aisyah yang melihat gambar-gambar yang berjaya ditangkapnya.
"Haa boek duh. Jatuh air mata jantan aku bila dengar luahan hati cik suami kau." Karl mencelah. Tidak semena-menanya kepala Karl ditunjal oleh Haydar.
"Banyaklah kau. Habis, siapa yang bawak parang tadi ?"
"Aduh ! Sakitnya kepala aku..." Raid menjerit kesakitan. Dia sedang sibuk meletakkan ais di kepalanya yang bengkak. Pedih oii ! Raisya dan Haydar pandang ke arah jeritan tersebut.
"Padan muka kau. Siapa suruh join bini aku buat semua ni ?" Raisya memeluk Haydar. Dia buat seperti tiada apa yang berlaku.
"Bro! Happy birthday !" Haydar berpaling. Dia melihat ke arah Darwish serta keluarganya. Dia memeluk tubuh sahabatnya.
"Kemain kau erk. Sayang... Bangun..."
Darwish meniru semula ayat Haydar. Seronok menyakat waktu sebegini. Amalia dan Raisya ketawa."Seronok kau ajuk aku. Jadi dekat kau baru tahu rasa takut kehilangan tu macam mana ?"
"Iyalah. Iyalah. So bro good luck menempuh cabaran yang seterusnya." ujar Darwish.
"Thank you bro." Haydar mencium pipi Darwish dengan sepantas kilat.
"Hey you kiss my husband." Marah Amalia isteri kepada Darwish.
"Entah kau. Ni pergi cium isteri kau daripada kau cium aku, kau dapat apa. Okaylah aku dah lapar. Makan kejap."
YOU ARE READING
MY MR. MAFIA
Action[ First book ] [ Pembaharuan sedang dijalankan ] Cerita ini datang dari imaginasi. Warning ⚠️ Raisya Husna seorang gadis kampung yang selalu dipukul oleh bapanya kerana duit. Begitu juga dengan adiknya Rayzman. Hidup mereka bagaikan di dalam neraka...