MMM 52

787 37 5
                                    

Haydar masih lagi menunggu jawapan dari Kyle dan juga Zayn. Dia berjalan kehulu dan kehilir, dia risaukan isterinya.

"Kalau Qarisha ada dekat rumah dia, siapa yang plan untuk culik Raisya ?" Kylie mula bersuara. Mereka masih lagi tidak boleh mengesan kedudukan Raisya buat masa sekarang.

"Maybe Guero ?" Kata Indra.

"Tapi tadi aku dengan Zayn dah pergi tempat Guero tapi tak ada apa-apa yang suspicious." Balas Rayzman. Mereka diam sejenak, hanya ada satu nama yang terpancar di mindanya.

"Dayyan adik Dallen ?"

Tanpa menunggu Kyle menaip dengan laju. Segala data dari dalam sistem komputernya dikeluarkan.

"Dulu, aku pernah lekat cip penjejak dekat bawah kereta dia. I don't know whether its still there or not. Bagi aku check kejap." Kata Kyle.

Kyle menekan klik pada butang 'location'. Dia tersenyum lebar.

"Haa dah jumpa !"

Jeritan Kyle membuatkan Haydar dan yang lain terkejut. Haydar segera melihat paparan di skrin komputer tersebut. Lokasi kereta Dayyan berada pada titik yang tidak diketahui.

"Esok petang kita ke sana." Ujar Haydar. Yang lain mengangguk faham. Mereka semua keluar dari bilik rahsia mereka.

Dayyan mengheret kerusi untuk duduk di hadapan Raisya.

"Apa yang aku kena buat dengan kau eh ?"

"Kau nak apa sebenarnya Dayyan ? Aku tak kacau kau pun. Kenapa kau kena kacau hidup aku ?" Soal Raisya tidak puas hati. Dayyan tersenyum sinis.

"Kau nak tau sebab apa ?"

"Sebab... Dendam aku untuk Haydar masih belum terbalas. Kalau kau nak tau, suami kau tu dah bunuh abang aku lah !"

"Jadi... Aku rasa aku kena buat benda yang sama dekat kau supaya dia rasa apa iti erti kehilangan orang yang tersayang" Sambungnya lagi. Lalu dia ketawa besar.

"Kau pengecut Dayyan ! Sebab itu kau bawak lari aku kan. Sebab kau tau Haydar tu bukan saingan kau. Dia lebih dua kali ganda hebat dari kau." Beritahu Raisya. Dayyan yang mendengar hanya ketawa besar.

"Pengecut ? Kau tengok, pengecut ni lah sekarang yang ada dekat atas. Mana suami kau yang kau sanjung ?"

"Dan... Sebab Haydar dah sakitkan hati Qarisha. Im doing all this for her. Dia terlalu sakit dan terseksa because of Haydar." Riak wajah Dayyan semakin berubah. Marah di dalam dirinya semakin membara.

"Hey. Aku nak korang berdua buat lah benda apa yang korang nak buat dengan perempuan ni. Aku nak tengok dia terseksa."

"Boss, aku tengok dia ni macam sedap je kalau jadi lauk malam ni." Kata salah seorang dari anak buah Dayyan.

"Korang nak rasa ? Pergi lah, sila."

Raisya yang mendengar sudah ketakutan. Dia memahami semua ucapan yang didengarinya. Dua orang lelaki itu datang mendekati Raisya.

"Kau nak buat apa ha ?"

"Dayyan !"

Melihat Dayyan yang keluar dari bilik tersebut membuatkan Raisya buntu. Dua lelaki tersebut membuka ikatan yang ada pada badan Raisya. Sebelum dia dijadikan lauk, baik dia bertindak.

Seraya ikatan dibuka, Raisya menghentakkan sikunya pada kepala salah seorang lelaki itu.

"Kurang ajar."

Lelaki itu mengangkat dan menghumban Raisya dengan kasar ke atas lantai papan kayu tersebut. Raisya mengerang sakit. Dia memeluk perutnya yang kesakitan.

Matanya sembat mengerling pada botol-botol arak serta pisau yang ada di atas meja. Dia mengumpulkan semula kekuatan untuk berdiri. Botol kaca arak yang ada di atas meja itu dicapai dan dihayun kuat ke arah kepala lelaki itu.

"Hiarghhh !"

PRAK !

Botol kaca tersebut pecah dek dihempuk. Kepala lelaki itu mengeluarkan cecair merah iaitu darah. Raisya mengacukan pisau pada bahagian perut lelaki itu dan menikamnya dengan kuat.

Lelaki yang disikunya tadi berlari ke arah Raisya. Dia menarik pistol yang ada di dalam kocek belakang lelaki itu. Dia menghalakan mulut pistol tersebut pada seorang lagi lelaki. Picu pistol tersebut ditekan tanpa berlengah.

BANG !

Dua dua lelaki yang ada di dalam bilik tersebut telahpun terkulai layu di lantai. Tangan Raisya masih lagi berlumuran dengan darah. Dia menyelitkan pistol di tepi pinganggnya.

Raisya melihat tingkap yang ada di dalam bilik tersebut. Dia membuka tingkap tersebut dan melompat turun ke luar. Dia berlari dengan laju menerjah masuk ke dalam hutan.

"Raisya !"

Jeritan Dayyan yang kuat itu langsung tidak dihiraukannya. Tanpa menoleh kebelakang dia berlari dengan sepantas yang boleh.

Haydar duduk di balkoni biliknya sambil memikirkan keadaan isterinya.

"Sayang... Sayang okay tak dekat sana ?"

"Abang risaukan sayang..."

"Abang rindu sayang..."

Haydar berdialog sendiri, lalu dia tertunduk. Air matanya mengalir perlahan membasahi pipi.

"Abang..."

Suara isterinya tergiang-giang di minda. Haydar menangis teresak.
Dugaan apakah lagi yang bakal menimpa diri.

Dia menggenggam kuat tangannya. Dia pasti Dayyan akan mendapatkan balasan yang setimpal sepertimana abangnya dahulu.

Air mata yang jatuh tadi diseka. Hatinya penuh dengan perasaan marah. Dia akan balas perbuatan Dayyan.

Kakinya laju berlari tanpa henti. Akhirnya dia terpaksa berhenti pada satu titik. Dadanya turun naik dengan cepat. Dia mengatur semula nafasnya yang deras dan tercungap-cungap itu.

Raisya bersembunyi di belakang pohon besar berharap agar musuh tidak dapat melihatnya. Sekilas dia memandang langit yang semakin gelap.

Suasana di dalam hutan itupun semakin dingin. Raisya hanya mampu memeluk dirinya sendiri sambil itu dia mengusap perutnya. Tangannya naik menyanggul rambutnya yang panjang. Dia menarik nafas dan menghembusnya perlahan.

"Anak ibu... Kena kuat tau dalam perut ibu... Kita kena survive dalam ni." Kata Raisya sendiri. Air matanya turun ke pipi. Perasaan sedih dan takut memenuhi diri.

Malam juga semakin gelap. Raisya hanya mampu berdiam diri sahaja. Dia perlu sentiasa berwaspada. Bunyi alam semesta semakin menguasai hutan.

Dayyan mencekak pinganggnya.

"Aku tak kira ! Aku nak korang semua cari perempuan tu sampai jumpa !"

"Tapi boss, baru-baru ni orang nampak harimau dalam hutan belakang ni."Balas seorang dari orang upahan Dayyan.

"Aku peduli apa ? Aku nak korang cari dia sampai dapat !" Marah lagi. Putung rokok yang tergantung di mulut dibuang dan dipijak. Lalu Dayyan menaiki kereta dan beredar keluar dari kawasan rumah usang itu.

Haydar memasukkan baju-baju ke dalam beg yang hendak dibawa pagi esok. Dia menghela nafas berat. Selesai memasukkan pakaian ke dalam beg, dia naik ke atas katil.

Hatinya masih lagi tidak tenang mengenangkan isterinya. Gambar perkahwinan yang ada pada meja lampu itu diambil dan ditatap.

"Sayang... Abang akan cari sayang. Sayang bertahan tau."

Haydar berdialog sendiri. Gambar itu diletakkan semula pada tempat asal. Lampu ditutup, mata juga mulai dipejam perlahan. Esok akan bermula perjalanan menyelamatkan isterinya.

MY MR. MAFIA Where stories live. Discover now