******
"Macam mana, Darwish?" Soal Haydar tentang Raisya.
Darwish ialah doktor peribadi Haydar merangkap kawan baik kepada Haydar ketika sekolah dahulu. Sekarang ini Darwish sedang bekerja di kliniknya sendiri yang baru dibuka beberapa bulan dahulu.
"Dia okay. Cuma jangan bagi di fikir banyak" Pesan Darwish.
"Eh sorry tak dapat datang tadi. Kau kena tau la kerja doktor ni macam mana. Kerja tak menentu. " Sambungnya lagi.
"Eh tak apa,aku faham. Terima kasih " kata Haydar.
"Kalau gitu aku minta diri dulu. Dah lewat ni, nanti bini aku bebel dekat rumah "
"Ha,yelah. Jom aku hantar kau "
Sejurus itu mereka berdua keluar daripada bilik. Pintu ditutup rapat, Haydar ingin memberikan ruang kepada Raisya untuk berehat. Dia tahu gadis itu tidak mampu menerima kenyataan. Tetapi ini adalah untuk sementara.
Darwish sudah balik ke rumah. Mata Haydar tertumpu kepada Kyle yang sedang duduk di sofa. Kakinya melangkah ke arah sana lalu dia melabuhkan punggung di sebelah Kyle.
"Perempuan mengandung tu kau nak buat apa? " Soal Kyle.
"Aku nak seksa dia. Terdesak sangat nak kahwin dengan aku. "
"Raisya ?"
"Sayang dia macam dia sayangkan aku. Itu pun kalau dia sayang aku. Kalau dia tak sayang aku pun aku still sayang dia.."
Kyle mengangguk. Dia faham maksud kesemua ayat Haydar.
"Lepas Qarisha bersalin. Aku nak buat DNA Test. Aku nak tunjuk dekat semua orang yang Qarisha salah. Nak kahwin dengan aku semata mata harta. Ceh. Maaflah aku tak bodoh nak bagi harta dekat dia."
"Pandai kawan aku, ingatkan bodoh "
Haydar telah banyak rancangan untuk menyakiti hati Qarisha. Dia ingin membuatkan Qarisha rasa menyesal.
Puan Khadijah yang baru sahaja turun melihat Haydar masih lagi sedang berbual bersama Kyle.
"Rell. Kamu buat apa dekat sini? Isteri kamu tu tinggal macam tu je?"
"Haydar tak rasa nak tidur lagi umi. Lagipun Raisya tak sihat tu."
"Raisya tak apa umi jaga. Tu isteri kamu yang tengah mengandung tu. Pergi tengok dia, umi tengok dari tadi berkurung dalam bilik " Puan Khadijah sudah bercekak pinggang.
"Ala umi biarlah dia."
"Haydar Ashrell. Kamu tu ada dua isteri. Ingat tanggungjawab kamu sebagai suami. Berpoligami tak boleh lebih siapa dan kurangkan siapa."
Haydar sudah mula buat muka pemalasnya.
"Rell dengar cakap umi kamu tu " suara Encik Abdullah membuatkan Haydar bangun dari duduk.
Kakinya melangkah ke bilik Qarisha. Dia sengaja letakkan Qarisha di tingkat yang sama. Supaya mudah untuk perempuan itu bergerak.
Haydar kini berdiri dihadapan pintu bilik mereka. Haydar tersenyum sinis apabila satu idea muncul di pemikirannya.
"Selamat datang ke neraka, Puteri Qarisha Adlina. Neraka ni, neraka yang diciptakan oleh aku sendiri "
Haydar bercakap di dalam hati sebelum tombol pintu dipulas dan dia melihat Qarisha sedang sibuk menyikat rambutnya yang berwarna keperangan itu.
"Abang... Sayang rindu dekat abang" Qarisha ke arah lelaki itu lalu memeluknya. Haydar segera menolak Qarisha. Dia berasa jijik bila dipeluk sebegitu.
YOU ARE READING
MY MR. MAFIA
Action[ First book ] [ Pembaharuan sedang dijalankan ] Cerita ini datang dari imaginasi. Warning ⚠️ Raisya Husna seorang gadis kampung yang selalu dipukul oleh bapanya kerana duit. Begitu juga dengan adiknya Rayzman. Hidup mereka bagaikan di dalam neraka...