MMM 8

7.9K 394 14
                                    

******

"Ada apa kau nak jumpa aku ?" Soal Kyle sambil melangkah ke kerusi yang dihadapan Haydar.

Kerusi Haydar masih lagi berpaling ke arah tingkap kaca yang memaparkan seluruh kawasan Kuala Lumpur. Menara berkembar Petronas dapat dilihat jelas dari pejabatnya.

Haydar memusingkan kerusinya. Matanya melihat terus ke arah Kyle.

"Aku nak kau cari maklumat pasal dua adik beradik tu ? "

"Siapa ?" Soal Kyle yang tidak dapat memahami arah Haydar. Jika nak dikatakan adik beradik, dia dan adiknya juga adik beradik.

"Aku nak cakap kau pandai sebab kau dah belajar sampai degree dalam IT tapi tu la still bodoh dalam pemahaman. " Kata Haydar.

"Aku nak kau cari maklumat pasal perempuan tu dengan adik dia. Aku nak kau lebihkan maklumat adik dia sebab adik dia macam ada sembunyikan something daripada kita " sambungnya lagi.

"Seem like you want to know more about your future brother in law, bro "

"We already have it isn't Hay ?" Soal Kyle.

"Really ? I can't remember it." Haydar mengangkat keningnya.

"Yah. You don't remember ? Oh my... You should remember it. You ask me to search all about Rashdan don't you ? "

"Okay. If we already have it. Why not you bring it to me "

"Sure. Just wait a few minute " balas Kyle.

Kyle keluar dari bilik Haydar dan ke bilik yang tersembunyi di sebalik dinding bilik pejabat Kyle sendiri. Disitulah dokumen rahsia tentang pekerjaan kedua mereka disorokkan. Kesemua maklumat tentang musuh mereka ataupun orang yang dikehendaki oleh mereka semua boleh ditemui disitu. Itulah sebabnya mengapa bilik pejabat Kyle sahaja yang mempunyai imbasan muka dan cap jari. Manakala bilik Haydar hanya mempunyai imbasan tapak tangan.

Pintu itu direka khas oleh Kyle sendiri. Pintu itu diperbuat daripada kayu yang cukup mahal dan dari pokok yang susah untuk ditemui. Hanya ada 40% sahaja di dunia.

Amazing !

Dan fail berkaitan Rashdan dikeluarkan olehnya. Sejurus itu kakinya laju melangkah ke bilik Haydar. Fail tadi yang di bawa dibaling ke arah Haydar dari muka pintu bilik Haydar. Haydar menyambut tepat fail tersebut.

Haydar membuka dan membelek helaian kertas-kertas yang di dalam fail tersebut. Helaian yang bercetak dengan biodata dan maklumat Raisya dilihat.

Nama Raisya Husna binti Mohd Rashdan. Berumur 20 tahun. Tinggi 150 cm berat 53 kg. SPM 7A 1B termasuk subjek tambahannya seni. Tidak menyambung pelajaran kerana masalah kewangan dan keluarga. Mempunyai seorang adik lelaki.

Kemudian diselak lagi helaian kertas tersebut dan kini maklumat tentang Rayzman pula dibaca.

Nama Mohd Rayzman bin Mohd Rashdan. Berumur 18 tahun. Mendapat 7A dalam SPM. Tinggi 167 cm berat 58kg.

Kemudian diselak lagi muka surat yang seterusnya. Biodata seseorang yang amat disayangi oleh Raisya dan Rayzman. Mungkin dialah orang yang memberikan kecantikan dan kepandaian kepada anaknya.

Nama Suhaymah Lamees . Isteri kepada Rashdan. Dilahirkan di negara timur tengah iaitu di Istanbul, Turkey.Lahir pada tahun 1984 dan meninggal pada tahun 2012 akibat kemalangan.

Fail tadi ditutup rapat. Dia meletakkan fail tersebut di atas meja.

"Aku nak kau cari maklumat lagi pasal adik dia. " Arah Haydar. Kyle mengangguk dan terus merapati komputer riba yang sudah dia ambil sejak tadi. Jari jemarinya lincah menekan papan kekunci yang ada di komputer riba tersebut.

MY MR. MAFIA Where stories live. Discover now