******
Kakinya berhenti di hadapan pintu. Nafas ditarik dan dihembus. Dia beristighfar seketika bagi meredakan hatinya yang kian resah.
Tombol pintu dipulas, dia melihat Haydar sedang duduk di atas katil dengan kaki yang menyilang. Raisya menapak sedikit demi sedikit ke arah katil. Dia duduk dengan berhati-hati takut menganggu Haydar yang sibuk menghadap komputernya.
Dia melihat wajah Haydar. Jejaka itu memakai kaca mata. Wajahnya sangat berbeza.
"Kau nak sambung belajar ?"
Tanya Haydar secara tiba-tiba.
"Saya ? Sambung belajar ? Saya tak pandai Encik." balas Raisya.
"Tak pandai ? SPM 7A kau kata tak pandai ? Kalau kau nak aku boleh uruskan. Kau duduk rumah bukan buat apa pun. Indra dengan Kylie pun jarang ada dekat rumah. Yang ada makhluk halus lima ekor tu je."
"Tak apa la encik. Lagipun cita-cita saya tak ada dekat sini ."
Raisya bukan tiada niat untuk sambung belajar tetapi dia cuma mahu selesaikan dahulu apa yang patut.
"Kau nak jadi apa sampai cita-cita kau tak ada dekat sini ?"
"Cita-cita saya nak jadi isteri yang solehah di dunia dan di akhirat."
Haydar diam sejenak. Hatinya sedikit tersentuh dengan kata-kata Raisya tadi. Raisya teringat dengan pesanan mesej yang dihantar oleh Puan Suhaymah tadi.
"Encik."
Haydar berpaling ke arah Raisya yang di sebelahnya.
"Esok lepas balik dari klinik saya nak keluar dengan ibu,boleh ?"
Pinta Raisya. Matanya masih lagi tertumpu ke wajah Haydar. Sejak kebelakang ini rajin sahaja matanya melihat Haydar.
"Pergi mana ?"
"Adalah. Ala.. Dengan ibu je."
"Tengoklah dulu macam mana."
Raisya mengangguk. Dia ingin tidur awal malam ni. Tangannya menepuk bantal sebelum dia berbaring.Haydar menjeling tingkah laku Raisya yang di sebelahnya.
"Tudung tu bukak la. Takkan tidur pun nak pakai tudung."
Raisya terdiam. Sebenarnya dia segan untuk membuka tudung tetapi Haydar sudah menegurnya. Jadi dia hanya ikutkan sahaja.
Dia membuka tudungnya. Tanpa dia sedari,Haydar masih lagi melihat ke arahnya. Tangan Raisya membuka sanggul yang diikat dengan getah rambut. Rambut hitam itu semakin lama semakin menurun dan terbuka dari ikatan. Rambut itu jatuh menutup hampir keseluruhan bahagian belakang Raisya.
Haydar menggelengkan kepala. Kalau beginilah gayanya boleh terkeluar biji matanya. Perlahan-lahan mata Raisya semakin tertutup. Raisya tidur dengan mukanya menghadap ke arah pintu bilik.
******
Raisya terjaga apabila mendengar seruan azan subuh yang berkumandang. Dia terasa seperti ada sesuatu yang berat di atas perutnya.
Satu tangan yang melingkar di bahagian perutnya. Dia tahu itu tangan Haydar. Lelaki itu sedang tidur dengan keadaan meniarap.
Baru sahaja dia ingin bergerak turun dari katil.
"Duduk diam. " suara Haydar yang kedengaran serak sedikit. Dia sudha terjaga namun masih lagi dengan mata yang tertutup. Raisya teragak-agak untuk bergerak.
YOU ARE READING
MY MR. MAFIA
Action[ First book ] [ Pembaharuan sedang dijalankan ] Cerita ini datang dari imaginasi. Warning ⚠️ Raisya Husna seorang gadis kampung yang selalu dipukul oleh bapanya kerana duit. Begitu juga dengan adiknya Rayzman. Hidup mereka bagaikan di dalam neraka...