Pada malam itu, mereka semua berkumpul di bilik rahsia yang ada di bilik bacaan. Mereka akan keluar menjalankan tugas mereka selepas lama tidak beroperasi.
Barangan yang dipesan telah pun sampai kepada tuannya. Hayden memberikan beg bimbit kepada semua yang ada di situ.
Orang yang pertama membuka beg tersebut adalah Karl si gegeh.Matanya membulat apabila melihat pistol idamannya. Ianya pistol jenis Walther 99 yang berwarna emas. Tangannya mengusap lembut badan pistol itu.
"Aku punya ke ?" soal Karl kepada Hayden.
"Kau dah sentuh tadi, takkan orang lain punya." balas Hayden. Karl menjerit suka. Tidak sangka dia dapat memiliki pistol itu.
"Boleh lah aku pakai pistol ni lepas ni. Pistol lama aku tu kesian dia, body dah calar." ujar Karl. Dia membelek pistol yang baru sahaja dia dapat itu.
"Barang baru untuk misi baru. Kita kena waspada. Musuh kita makin ramai. Jangan sampai identiti kita semua bocor. Qarisha, Dayyan, Guero musuh utama kita. Yang lain tak penting. " kata Haydar.
"Aku still tak faham. Kenapa si mamat potato tu nak sangat dekat Raisya. Dia tak faham ke istilah 'tak ada jodoh' ? Raid mula mempersoalkan apa yang dia fikirkan selama ini.
"Melayu bang, apa yang dia nak, itulah yang dia nak." Kyle pula mencelah.
"Itulah tu macam lagu Ariana Grande tu 'I want it I get it'." Karl mula menyanyi lagu penyanyi yang tersohor itu. Suka betul dia dengan lagu-lagu yang dikeluarkan oleh gadis itu. Terus kepalanya ditunjal kuat oleh Rayzman.
Karl terdiam. Matanya terkedip-kedip. Otaknya mula memainkan peranan. Baru dia sedar yang dia kena tunjal dengan Rayzman.
"Kau nak menyanyi, menyanyi tempat lain. Bising kau tau tak? Semak." marah Rayzman sejurus sahaja menunjal kepala lelaki itu.
Karl terus diam tidak bersuara. Rayzman hanya menjeling, sikit-sikit merajuk. Macam perempuan.
"Nak cakap dia melayu kita pun melayu. Reti je faham peribahasa orang dulu-dulu." Hayden pula bersuara setelah lama menunggu mereka-mereka yang berbual untuk habis berbual.
"Dah la borak pasal dia. Sekarang ni aku nak pergi cari kijang. Siapa nak ikut jom." ajak Haydar.
Mereka semua keluar dari bilik bacaan serentak. Haydar ke arah biliknya lalu pintu dibuka sedikit untuk melihat keadaan isterinya. Raisya masih lagi nyenyak tidur.
Dia menutup semula pintu tersebut lalu dia turun ke bawah mengikuti mereka semua. Berat hati dia sebenarnya untuk meninggalkan Raisya seorang diri.
Mereka semua keluar dari rumah dan bergerak ke kereta masing-masing. Haydar menaiki kereta jenis Porche 918 Spyder berwarna perak. Satu demi satu kereta keluar dari perkarangan rumah.
Sampai di lampu isyarat, mereka semua bermain dengan ekzos kereta sendiri. Sudah lama mereka tidak keluar pada waktu begini.
"Lumba jom ! Siapa last basuh pinggan seminggu." Kyle mengajak mereka semua untuk berlumba.
"Bereh."
Semua bersetuju dengan syarat Kyle. Tiba masa lampu isyarat bertukar menjadi hijau. Haydar dahulu menekan pedal minyak sehingga meniggalkan mereka semua di belakang.
Karl memotong kereta yang dipandu Raid,Rayzman dan Zayn. Dia terus mengejar Hayden dan Kyle.
Sampai di selekoh tajam Haydar memutarkan sterengnya dengan pantas. Bunyi gesekan tayar antara jalan berlaku. Tak sayang nyawa betul.
Haydar masih lagi di tempat pertama, manakala Karl sudah mendahului Hayden. Dua pesaing lagi perlu dia tewaskan. Kakinya menekan lagi pedal minyak untuk melajukan kenderaan.
YOU ARE READING
MY MR. MAFIA
Action[ First book ] [ Pembaharuan sedang dijalankan ] Cerita ini datang dari imaginasi. Warning ⚠️ Raisya Husna seorang gadis kampung yang selalu dipukul oleh bapanya kerana duit. Begitu juga dengan adiknya Rayzman. Hidup mereka bagaikan di dalam neraka...