Cahaya sudah mulai terpancar di wajah. Raisya terjaga dari tidurnya. Hari ini dia perlu meneruskan perjuangannya. Dia bangun dan memperbetulkan tulang badannya.
"Morning anak ibu... Harini ibu akan start jalan tau, anak ibu jangan meragam ye." Kata Raisya kepada anak yang dalam kandungannya. Raisya mula berjalan untuk mencari jalan keluar dari hutan tersebut.
"Ya Allah, kau permudahkanlah urusan aku untuk keluar dari sini. Kepadamu aku memohon perlindungan dan pertolongan."
Raisya berjalan dengan penuh berhati hati. Takut jika ada ular yang keluar dari semak-samun atau dari atas pokok. Raisya guna semula ilmu yang dia telah pelajari sewaktu mempelajari silat dahulu. Dengan segala ilmu yang ada di dada, dia akan memastikan dirinya dapat keluar dari hutan ini.
"Bila kita masuk hutan ataupun kita sesat dalam hutan. Pertama sekali yang kita kena cari punca air. Contoh pertama macam anak sungai. " Kata Tok Guru Rahim.
"Kenapa anak sungai tok ?" Soal Raisya.
"Sebab manusia boleh hidup tanpa makanan tetapi bukan dengan air." Balas Tok Guru tersebut. Raisya mengangguk faham.
"Karl cepatlah !" Jerit Raid dari muka pintu rumah tersebut. Karl turun dengan tergopoh-gapah berlari anak keluar dari rumah.
"Jumpa dekat location. Kyle dengan Kylie akan update dari semasa ke semasa."
"Memang sah ke Dayyan ada dekat sempadan ?" Soal Zayn untuk kepastian.
"Tadi aku dah check, memang location dekat tempat yang sama kita tengok semalam." Balas Kylie kepada Zayn. Zayn mengangguk tanda faham. Kyle memasukkan semua senjata mereka di bahagian belakang kereta dan tersorok.
"Okay, jom kita gerak. Jumpa dekat sana." Kata Haydar. Keretanya bergerak keluar dahulu dari perkarangan rumah diikuti kereta yang lain.
Haydar melihat jam di tangannya. Sudah menunjukkan jam 10 pagi. Dia menghela nafas.
"Sayang... Tunggu abang..."
Sudah jauh kakinya melangkah dari tadi. Anak sungai yang dicari masih lagi tidak ditemui. Raisya berteduh dahulu untuk mendapatkan tenaga semula.
Peluh yang menitik pada wajahnya diseka. Dadanya yang berombak menandakan dia begitu penat berjalan. Tidak sengaja matanya tertoleh pada burung yang ada di atas pokok tinggi sedang menikmati buah ceri.
"Kalau kita sesat, makanan tak ada. Kita nampak buah dekat atas pokok. Kita tengok burung atau monyet makan tak buah tu. Kalau burung atau monyet tu makan, maknanya buah tu selamat untuk kita makan."
"Kalau warna buah tu terang atau buah tu berbau busuk, jangan makan. Berkemungkinan buah tu beracun."
Tanpa diduga, beberapa tangkai buah tersebut jatuh ke bumi. Raisya mengambil buah tersebut dan menyapu sedikit kotoran yang ada pada buah tersebut. Dengan bacaan bismillah, buah-buah itu dimasukkan ke dalam mulutnya.
"Alhamdulillah ya Allah. Manisnya buah ni." Kata Raisya. Cukuplah buah ini mampu mengalas perutnya. Dia berdiri semula dari tempat duduknya dan menyambung perjalanan sebelum menjelang senja.
Pelbagai rintangan yang telah dilaluinya. Hati hanya mengharapkan dia menjumpai anak sungai. Anak tekaknya sudah mulai kering, badannya juga sudah kehabisan tenaga.
Selang beberapa langkah, telinga mendengar bunyi tapak yang sedang berlari laju. Raisya menyorok di belakang pokok.
Kehadiran dua ekor kuda liar sedang bermain di dalam hutan ini membuatkan Raisya tidak dapat meneruskan perjalannya lagi. Dia harus menunggu kuda-kuda itu berlalu pergi.
Selepas beberapa jam perjalanan, mereka sampai ke rumah tumpangan yang sedia ada. Haydar meletakkan begnya ke dalam bilik yang disediakan.
"Malam ni kita mulakan apa yang kita rancang." Kata Haydar. Kyle melihat Haydar keluar dari rumah dan masuk ke dalam keretanya semula.
"Tu dia nak pergi mana ?" Soal Hayden kepada Kyle. Kyle hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Ada la tu..." Sampuk Raid. Dia berlari anak ke atas katil dan menghempaskan tubuhnya di atas tilam yang empuk itu.
"Lembutnya..." Ujar Raid.
"Kau ni kot ye pun, mandi la dulu. Ni dengan busuknya duduk atas tilam." Kata Rayz.
"Entah. Nanti bau kepam." Sampuk Karl. Semua yang mendengar ketawa dengan kata-kata Karl. Lawak.
Raisya berjalan lagi selepas kuda liar yang dijumpainya pergi. Telinganya mendengar suara air di depan. Raisya tersenyum gembira.
Langkahnya semakin laju, suara air juga semakin kuat didengari. Dia berhenti, matanya masih tidak percaya dia telah menjumpai anak sungai.
"Anak sungai..."
Tanah sedikit cerun untuk turun sampai ke anak sungai itu. Raisya duduk dan turun menggelongsor perlahan-lahan. Tangannya memaut pada pokok yang ada.
Akibat badannya terlalu rendah, kakinya tidak dapat sampai pada permukaan tanah. Wajah Raisya berubah gelisah. Tiba-tiba, pokok yang dipautnya itu patah.
PRAK !
"Arghh !" Jerit Raisya. Dia jatuh ke bawah dan kakinya terseliuh.
"Aduh..." Dia mengadu kesakitan. Kaki kanannya lebam dan ada kesan goresan di kedua belah kakinya. Raisya tiada pilihan selain dari bangun. Raisya berjalan perlahan menahan kesakitan dan dia duduk di atas batu tepi anak sungai.
Raisya mengoyak bajunya yang telah koyak. Lalu, bahagian koyak itu diikat pada kakinya bagi meredakan rasa sakit dan pedih.
Air yang jernih mengalir itu ditadah menggunakan tangan. Sudah dua hari semalam dia tidak meneguk setitik air. Tekak yang kering juga mula basah dengan air sungai yang segar, bersih dan jernih.
Raisya duduk sejenak. Hatinya terasa sebak. Perasaan sunyi, takut dan rindu menguasai dirinya.
"Abang... Raisya nak abang..." Kata Raisya dalam hati.
"Cepat angkat barang." Dayyan sedang sibuk mengarahkan anak buahnya mengangkat barang haram mereka. Sepasang mata coklat cair sedang memerhatikannya dari jauh.
"Oh dekat sini rupanya lubuk kau." Kata Haydar lalu dia tersenyum sinis. Kaca mata hitam dipakai semula. Tingkap kereta dinaikkan semula.
Malam ini mereka akan menyerang markas Dayyan. Dia tahu Dayyan yang merancang semuanya.
"Tunggu kau Dayyan."
Raisya memotong dan menyusun daun pokok yang besar untuk dijadikan bumbung. Dia membuat rangka rumah menggunakan ranting pokok yang telah patah.
Dia mengambil beberapa batu sungai dan ranting kayu yang kecil untuk membuat unggun api. Dapatlah dia bertahan untuk malam itu.
Raisya sempat membuat perangkap ikan dan ianya telah diletakkan ke dalam sungai. Harapnya ada ikan untuk dimakan esok.
Raisya memeluk erat perutnya. Syukur tidak ada apa-apa yang berlaku pada kandungannya.
Raisya mengeluh berat, dia sangat keletihan. Malam semakin menjelma. Raisya membaringkan dirinya dengan beralaskan daun-daun besar itu. Dapat juga dia baring setelah seharian berjalan.
Semoga esok ada sinar buatnya
YOU ARE READING
MY MR. MAFIA
Action[ First book ] [ Pembaharuan sedang dijalankan ] Cerita ini datang dari imaginasi. Warning ⚠️ Raisya Husna seorang gadis kampung yang selalu dipukul oleh bapanya kerana duit. Begitu juga dengan adiknya Rayzman. Hidup mereka bagaikan di dalam neraka...