MMM 12

7.3K 372 11
                                    

*****

Kaki melangkah laju mengikut orang yang dihadapannya. Naik lenguh otot kakinya berjalan dari tadi. Sedang kaki ini laju mengejar orang yang dihadapan.

BUK !

Badannya dilanggar oleh seseorang. Badan Raisya jatuh menyembah bumi. Kesemua mata yang ada dalam mall itu jatuh kepada mereka.

"Sorry" kata orang yang melanggar Raisya itu sebelum dia mengsuakan sepucuk surat.

Sepucuk surat diberikan kepada Raisya. Raisya memandang hairan sepucuk surat itu. Terus orang yang melanggarnya tadi berlari.

Raisya bangun dan melihat ke kiri dan kanan,depan dan belakang untuk mencari sosok orang yang meninggalkannya di belakang. Tapi masih tidak dijumpai.

Raisya terus berjalan sebelum dia berjumpa dengan satu bangku. Tiada orang yang duduk disitu. Jadi kakinya melangkah ke arah bangku itu.

"Tolong rahsiakan " tulisan yang di atas surat itu dibaca. Sebelum surat itu dimasukkan ke dalam beg.

Dia duduk dan mula berfikir apa yang perlu dilakukan olehnya.

Dia berhenti daripada berjalan apabila perasan bahawa gadis yang bersamanya tadi tiada di belakangnya.

"Raisya ?" Panggilnya.

"Raisya?" Panggilnya lagi.

Dia terus mengeluarkan iphonenya. Sebelum nombor Kyle dan Karl di dail. Dua ekor tu ikut juga tetapi mereka duduk di dalam kereta.

Terus dia berlari ke arah laluan yang dia sudah jalan tadi mana tahu Raisya masih disitu.

******

Dua orang lelaki berjalan memasuki ke dalam mall dengan gaya kacak masing-masing. Kaca mata hitam yang tersangkut elok pada batang hidung masing-masing dibuka dan digantungkan pada bahagia tengah kolar baju.

"Mamat tu handsome !"  Mereka dapat mendengar suara yang sedang memuji diri mereka. Bila dipuji lagilah nak mengembang. Makin dipuji makin menjadi-jadi perangai mereka berdua.

"Apalah Hay ni, perempuan sorang pun tak reti jaga. " Rungut Karl.

"Dia tu penting diri sendiri macam mana nak jaga bini kalau selfish macam tu" kata Kyle.

Sempat lagi mereka mengutuk Haydar. Sebelum Karl melihat sosok perempuan yang sangat di kenali.

"Bukan Qarisha ke tu ?"

"Nampak macam dia. Dia buat apa dekat sini ?"

"Entah. Shopping kot. Dia kan kaki shopping"

Terus mereka berjalan sehingga Kyle menemui Raisya yang sedang duduk menunggu.

"Raisya tu jom " ajak Kyle. Terus kaki berjalan ke arah Raisya.

"Eh Kyle kenapa ni ?" Soal Raisya.

"Awak buat apa dekat sini ? Mana Haydar ?" Soal Karl.

"Saya tak tahu. Encik awak tu jalan laju sangat sampai saya tertinggal dekat belakang. Lepastu saya terjatuh "

"Terjatuh ?" Dua orang lelaki itu bercakap serentak.

MY MR. MAFIA Where stories live. Discover now