In this part, I need you to focus to feel this part. Use your your heart when you reading this chapter. Hope you enjoy!
******
Hari demi hari, cinta dan sayang mereka semakin bertambah dan erat. Perkara yang sudah lepas, biarlah berlalu. Itulah prinsip mereka berdua.
Haydar dan Raisya akan keluar untuk meluangkan masa bersama memandangkan yang lain telah keluar. Hari ini adalah hari istimewa buat Haydar.
Raisya mengajak Haydar untuk ke pantai. Haydar hanya ikutkan kehendak isterinya memadankan pantai juga tempat kegemarannya.
"Cepatlah abang. Tak sabar nak tengok sun set ni." Raisya dengan tidak sabar-sabar menarik tangan Haydar supaya cepat.
"Iya sayang iya."
Seseorang memerhati gelagat mereka dari jauh. Dia tersenyum gembira. Kamera masih lagi setia berada di tangan. Tidak sabar ingin menangkap gambar mereka berdua.
Haydar dan Raisya berjalan di sepanjang pantai. Raisya melihat burung-burung yang berterbangan. Tanpa disedari tangan Raisya memegang tangan Haydar.
"Tenang kan duduk dekat sini ?" soal Raisya kepada suaminya.
"Kalau sayang nak tahu, inilah tempat favorite abang." beritahu Haydar sambil tersenyum. Tidak sia-sia dia datang ke sini.
Dia melihat ke arah Haydar dan Raisya yang sedang leka berbual bersama. Kamera yang ditangan mula menangkap segalanya. Mesti boss dia suka.
"Abang suka pantai sebab apa ? Kalau saya, sebab suasana pantai ni."
"Abang suka pantai sebab ini !" Haydar merenjis air masin ke arah Raisya lalu dia berlari meninggalkan Raisya. Raisya menutup matanya. Bibirnya turut dapat rasakan masin air laut.
"Haydar Ashrell ! Masin tahu tak air ni ?"
"Abang tak cakap air ni tak masin."
Mendengar balasan daripada Haydar, Raisya mengetap bibirnya. Habis bajunya basah dek terkena air.
Dia berjaya menangkap kesemua gelagat suami isteri itu. Ini semua akan digantikan dengan duit yang berpatutan. Dia gelak di dalam hati. Puas hatinya. Banyak foto yang dia berjaya tangkap.
Setelah Haydar dan Raisya bersiar-siar, mereka duduk dibawah pohon yang renek sambil menyaksikan matahari yang akan terbenam tidak lama lagi.
Raisya menyandarkan kepalanya keatas bahu Haydar. Haydar sedikit terserentak dengan telatah Raisya namun dibiarkan sahaja.
"Dah puas tengok sun set ?"
"Dah. Thank you abang. Lepasni kita keluar dinner sayang belanja abang bayar. Yeay !"
Mereka pulang ke rumah. Mereka sempat menunaikan solat maghrib bersama di sebuah masjid yang berdekatan dengan pantai tadi.
Pada malam itu, Haydar mengenakan suit berwarna hitam dan Raisya pula mengenakan gaun berwarna emas berkilauan di atasnya. Dia mengenakan shawl satin berwarna hitam.
"Dah siap ?" soal Raisya kepada Haydar.
"Dah. Cuma tali leher.. Sayang tolong ikat kan ?" Pinta Haydar. Raisya mengangguk.
Selepas dia mengikat tali leher untuk suaminya, dia turun ke dapur untuk meneguk air.Baru sahaja ingin meneguk air, tiba-tiba sahaja seluruh kawasan dan ruangan rumahnya gelap.
Haydar yang masih diatas turun ke bawah untuk mencari Raisya. Dia terpaksa turun dengan tangga kerana lift tidak berfungsi.
PRANG !
YOU ARE READING
MY MR. MAFIA
Action[ First book ] [ Pembaharuan sedang dijalankan ] Cerita ini datang dari imaginasi. Warning ⚠️ Raisya Husna seorang gadis kampung yang selalu dipukul oleh bapanya kerana duit. Begitu juga dengan adiknya Rayzman. Hidup mereka bagaikan di dalam neraka...