Keesokannya, mereka akan berangkat pulang ke tanah air mereka. Haydar ke bilik untuk melihat keadaan isterinya.
"Raisya." panggilnya namun tiada sahutan. Dia berjalan ke arah bilik air tapi kosong. Dia membuka almari dan melihat kesemua baju Raisya sudah tiada.
Matanya tertumpu kepada sebuah kertas yang berada di atas meja menulis. Kakinya berjalan ke arah meja tersebut.
Haydar,
Saya minta maaf atas segala kesilapan yang saya pernah buat. Izinkan saya pergi untuk mencari ketenangan dan keredhaan diri. Jaga diri awak, isteri dan anak awak baik-baik. Halalkan segala makan,pakai,tidur saya. Saya minta diri dulu.Jika takdir yang menentukan kita, kita pasti akan bersama.
-Raisya-
Telefon dan cincin perkahwinan turut ditinggalkan oleh Raisya.
"Raisya." Haydar terduduk. Dia tidak dapat menghalang air matanya dari mengalir.
"Raisya." kertas itu digenggam kemas oleh Haydar.
"Haydar kau.." Rayzman yang mencari Haydar dari tadi terdiam apabila melihat Haydar duduk di atas lantai sambil memegang sekeping kertas.
"Haydar. Kakak aku mana ?" soal Rayzman kepada lelaki itu.
Haydar tidak banyak cakap hanya kertas yang ditangannya diberikan kepada Rayzman. Rayzman membaca apa yang terkandung di dalam kertas itu.
Sebentuk cincin berlian biru ditunjukkan kepada adik iparnya.
******
Dia terpaksa pergi, dia ditipu lagi sekali oleh seorang lelaki. Lelaki itu bergelar suami. Ini membuatkan dirinya bertambah sedih.
"Minta maaf, Haydar."
Mata dipejamkan perlahan. Cukup susah untuk dia lupakan hal yang berlaku semalam.
Dia mengeluh kecil. Ni kalau ibu tahu mesti dah kena bebel. Tapi Raisya tahu apa yang terbaik untuknya. Dia cuma perlukan masa. Bukan senang dirinya hendak menerima kenyataan seperti ini.
Suaminya seorang pembunuh. Pekerjaan yang mungkin dilarang oleh Allah kerana membunuh.
Dia mengahwini seorang pemegang syarikat tersohor tapi pada masa yang sama dia mengahwini seorang pembunuh.
******
"Semua dah ada ? Kita kena gerak sekarang ni." jerit Raid yang sudah menunggu di bawah.
Terlihat Haydar dan Rayzman turun dari tangga. Haydar membawa sekeping kertas bersamanya.
Mata dan hidungnya merah menyala. Membuatkan semua tertanya-tanya apa yang sedang berlaku.
"Raisya. Dah pergi." kata Haydar dengan nada mendatar.
Kylie terus merampas kertas yang ada di dalam tangan Haydar. Dia macam tidak percaya.
"Are you kidding me ?"
"No, I'm not."
"Okay now kita dah tak ada masa, kita kena balik Malaysia dulu. Then, baru kita pikir pasal ni." kata Raid.
YOU ARE READING
MY MR. MAFIA
Action[ First book ] [ Pembaharuan sedang dijalankan ] Cerita ini datang dari imaginasi. Warning ⚠️ Raisya Husna seorang gadis kampung yang selalu dipukul oleh bapanya kerana duit. Begitu juga dengan adiknya Rayzman. Hidup mereka bagaikan di dalam neraka...