MMM 22

8.7K 515 23
                                    

******

Kesemua ketujuh mereka berkumpul di bilik bacaan milik Haydar.

"Haritu aku jumpa, Qalisha." Beritahu Rayzman. Mereka yang disitu memandang serentak ke arah Rayzman.

"Kau buat apa ?" soal Zayn.

"Ada apa nak jumpa aku ?" soal Rayzman kepada Qarisha.

"Terima kasih sudi jumpa saya." senyuman diberikan Rayzman.

"Sama-sama"

"Sebenarnya saya nak jumpa awak sebab Qarisha. "

"Qarisha ? "

"Saya tau dia dah buat masalah dekat majlis nikah Raisya. Sebenarnya hari Haydar dengan Raisya nikah, daddy dah dapat tau yang Qarisha mengandung anak luar nikah. Daddy halau dia keluar dari rumah. Saya nak tolong tapi saya tak mampu."

"Adik kau dah banyak buat masalah dengan kitaorang. "

"Ya saya tahu. Itu sebabnya saya nak ambik dia bawak balik."

"Kau ? Nak bawak balik dia ? Dah terlambat, Qalisha. Adik awak dah sah jadi isteri kedua Haydar. "

"Tolonglah saya nak letak dia dekat pusat pemulihan." rayu Qalisha.

"Buat apa ? Untuk bagi dia berubah semula ? Qalisha, kalau hati dah kotor, cuci lah banyak mana pun tetap tak akan bersih."

"Pintu taubat masih terbuka. " kata Qalisha.

"Aku tau semua tu. Tapi kalau hati dia tak ada sifat ingin bertaubat, takkan ke mana."  Rayzman bangun dari duduk. Terus dia beredar meninggalkan Qalisha.

"Aku tak akan serahkan dia. "

"Kenapa Haydar ? Kalau kau lepaskan Qarisha, kau boleh hidup bahagia dengan kak Raisya." soal Hayden.

"Kalau dia ulang balik apa yang pernah dia buat, kau nak tanggung ? Hati orang kita tak tahu, samada dah menyesal ke belum dengan perbuatan dia sebelum ni. "

"Kita perhati dia dari jauh." cadang Zayn.

******

Selepas sehari, Raisya dibenarkan pulang ke rumah. Kepulangan Raisya disambut oleh Indra dan Kylie. Kylie menghantar Raisya ke biliknya di tingkat empat. Indra pula sibuk melayan Puan Suhaymah di ruang tamu.

"Sunyi je rumah ni. Pergi mana semua ?" soal Raisya. Selalunya waktu sebegini rumah akan bising dengan suara-suara tetapi harini sunyi sahaja.

"Keluar . Diorang tak ada kerja la tu. "

Kylie duduk di sebelah Raisya.

"Ouh. Kylie, dah lama ke Haydar dengan Qarisha kenal ?

"Kenapa awak tanya macam tu?" soal Kylie semula. Dahinya berkerut, hairan dengan soalan Raisya tadi.

"Saja." jawapan itu sahaja yang diberikan kepada Kylie. Kylie menarik nafas lalu dia menghembus nafasnya semula.

"Dah lama diorang kenal. Kenal since sekolah menengah. Tambahan daddy diorang share partner, tapi diorang tak la rapat mana. " beritahu Kylie.

"Dulu, family Qarisha kaya sangat.. Dengan kekayaan semua tu diorang leka. Leka sampailah diisytihar muflis." Sambungnya lagi.

"Eh dah lah. Saya nak layan Puan dekat bawah. Awak rehat la dulu." Permit Kylie. Baru Raisya ingin menarik tangan gadis itu untuk duduk kembali namun gadis itu lebih cepat keluar dari bilik Raisya.

MY MR. MAFIA Where stories live. Discover now