MMM 2

10.8K 560 19
                                    

Vote vote vote. Jangan lupa vote. Baru boleh continue baca. Enjoy !

******

"Assalammualaikum" suara seorang lelaki di luar rumah membuatkan Husna menyarung tudung dengan laju. Bimbang juga Walid masuk ke rumah. Salam yang diberikan dijawab di dalam hati.

Seorang lelaki masuk ke rumah dengan riak biasa. Terkejut Husna dibuatnya. Dilindung cepat mukanya yang lebam itu.

"Waalaikummussalam" suara umi membuatkan Husna bangun dan menuju ke bilik.

"Hus. Tolong buatkan air"

"Kejap umi. Hus nak tukar baju" kata Husna. Cepat-cepat dia masuk ke bilik untuk menukar baju yang lebih sopan.

Dulang dibawa dengan berhati-hati. Terdengar bunyi ketawa dari arah ruang tamu.

Jag yang beriisikan air teh o ais dituang ke dalam gelas kaca.  Semasa menuang air, Husna tunduk dengan setunduknya. Dia merasa malu kerana mukanya masih lebam. Adiknya masih lagi tidur di dalam bilik.

"Tak payah tunduk. Umi dengan Walid dah cerita pasal tu" kata lelaki tersebut. Husna masih diam.

Baru sahaja ingin ke dapur semula. Suara Umi memberhentikan dia untuk melangkah.

"Husna duduk dulu" arah Puan Khadijah.

"Tak apa la umi, Hus nak sambung buat kerja dekat dapur" Husna cuba mengelat.

"Husna duduk dulu " arah Walid.

Arahan walid tidak berani dia untuk mengingkar. Jadi diikutkan sahaja arahan itu.

"Husna ni la anak angkat yang walid cakap semalam" Husna masih tertunduk. Matanya melihat ke arah kaki jejaka yang digelar anak angkat juga seperti dirinya itu.

"Kenalkan ni Rell "

Baru sahaja Encik Abdullah ingin memulakan sesi kenalan, suara seorang yang sangat dia kenali mengejutkan mereka semua.

"Husna! Man! Keluar kau!"

Husna sudah ketakutan. Man keluar dari bilik apabila mendengar kekecohan dari luar. Husna terus mendapatkan tubuh adiknya.

Lelaki itu keluar dari rumah. Terus Encik Rashdan diam. Terkelu dia dibuatnya apabila melihat seseorang yang amat digeruni semua orang dalam dunia gelap.

"Tuan Hay" kata Encik Rashdan.

Rell memutuskan untuk berbincang berdua bersama Encik Rashdan di bawah pokok pelam. Banyak juga Rashdan berhutang dengannya. Tidak terbayar sudah beberapa bulan.

"Kau nak langsaikan hutang kan? " soal Hay. Memang sangat jelas aura kegelapan melalui suaranya.

"Nak" jawab Encik Rashdan. Semestinya dia mahu melangsaikan hutang.

"Kau boleh langsaikan tapi dengan syarat."

"Apa dia? "

Jelas sangat nada Rashdan terdesak untuk melangsaikan hutangnya.

"Dengan syarat aku tak nak kau kacau benda tu lagi.Kalau kau kacau mampus kau dengan aku . Nyawa kau bila-bila masa sahaja aku boleh angkut. Kau tau kan aku macam mana? "

"Setuju" senyuman di muka Rashdan terukir.

"Aku nak anak kau " kata Haydar.

"Boleh. Lagipun aku memang tak larat nak tanggung diorang. "Hatinya berlonjak gembira. Hutangnya selama ini sudah selesai. Tiada lagi dua orang anak yang selalu membebankan dia. Akhirnya hidupnya bebas.

MY MR. MAFIA Where stories live. Discover now