MMM 48

2.8K 198 31
                                    

Qarisha bersama anaknya berdiri di hadapan pintu rumah agam yang besar. Tangannya mula mengetuk pintu rumah tersebut.

Tujuan dia datang ke sini untuk ajak berdamai dan hidup seperti pasangan yang lain. Dia tahu dalam kehidupan rumah tangga perlu ada tolak ansur antara sesama sendiri tambah-tambah ketika di dalam rumah tangga yang berpoligami.

Selepas beberapa minit menunggu akhirnya pintu itu dibuka oleh Kylie.

"Masuklah." Kylie menjemput Qarisha untuk masuk ke dalam rumah.

"Haydar, bini kau datang ni !" Kylie menjerit dari bawah. Qarisha sudah berjalan ke arah sofa lalu melabuhkan punggungnya disitu.

"Kau tak payah jerit, aku dah turun dah pun."

Haydar turun bersama Raisya.  Qarisha memandang ke arah Raisya lalu senyuman diberikan. 

Raisya melabuhkan punggungnya di sofa yang satu lagi. Dia melihat ke arah bayi yang sedang diriba oleh Qarisha. Bayi itu sangat comel. Dia perasan yang bayi itu tidak seperti melayu tulen.

Mata bayi itu hijau, rambutnya perang dan warna kulitnya kuning langsat. Jika ingin dibandingkan dengan ibunya memang jauh sekali. Tak nampak macam anak dengan mak.

"Ingatkan tak ingat jalan datang sini. Rupanya ingat lagi." riak wajah Haydar sudah mula berubah.

"Haydar, saya datang sebab nak ajak berdamai. Saya rasa kita boleh hidup bertiga dengan bahagia." Qarisha beranikan diri untuk melontarkan kata-kata.

"Apa ? Hidup bahagia ? Bertiga ? Jangan mimpi." nada percakapan lelaki itu seperti memperlekehkan impian Qarisha.

Haydar mendekatkan diri dia dengan Qarisha. Dia memberikan pandangan tajam kepada gadis itu.

"Disebabkan kau dengan Dayyan. Raisya dengan adik aku hampir terbunuh."

"Haydar saya betul-betul nak mulakan hidup baru dengan suami saya, dengan madu saya."

"Suami ? Siapa suami kau ? Aku terpaksa kahwin dengan kau je lah. Tak ada satu pun bahagian untuk kau dalam hati aku."

"Oh ya. Untuk pengetahuan kau, aku dah buat ujian DNA. Antara anak kau dengan aku." kertas yang tertulis keputusan ujian itu dilempar ke atas meja kaca yang dihadapan Qarisha.

"Dan paling malang untuk kau, aku memang tak ada pertalian darah anak kau. Kau tak menyesal ke ? Datang waktu hari nikah aku, kata aku yang mengandungkan kau. Di penghujung, kau tak dapat apa-apa ?"

"Kau hanya fikir pasal kehendak kau seorang. Apa yang kau cakap semua orang ikut, tapi bukan untuk aku. Sebab aku ada pendirian aku sendiri dan aku tak pernah tertipu dengan perempuan macam kau yang hanya nakkan harta semata-mata !" 

PAK !

Satu tamparan hinggap di wajah Haydar. Kepala lelaki itu terteleng ke kanan.

Raisya menekup mulutnya. Terkejut dengan apa yang dilihatnya. Qarisha menampar wajah suaminya.

"Cukup ! Ya saya mengaku saya tamakkan harta. Saya gilakan awak, tapi saya buat semua ni sebab saya cintakan awak. Selama ni saya ada depan mata awak, tapi awak langsung tak pandang saya dan saya buat semua ni sebab Qaisara."

"Kau buat semua ni untuk anak kau dengan cara yang kotor. Macam tu ke pengorbanan yang kau cakap ?" lantang Haydar membalas.

"Aku malas nak cakap panjang. Ada hubungan dengan kau pun dah buat aku separuh gila apatah lagi hidup sebumbung dengan kau. Puteri Qarisha Adlina, aku ceraikan kau dengan talak tiga."

Qarisha tersenyum. Walaupun air mata sudah menitik membasahi wajah dia tetap tersenyum. Raisya memandang wajah Qarisha dengan pandangan sayu.

"Now get out from my house ! Kau carilah kehidupan kau sendiri. Kau lupakan aku, sebab aku akan bahagia dengan isteri aku dan jangan lupa kita selesaikan hal ni dekat mahkamah."

MY MR. MAFIA Where stories live. Discover now