MMM 39

5.7K 306 25
                                    

Pada pagi ini, Haydar masih dalam keadaan yang sama. Sejak semalam dia muntah tanpa berhenti.

Raisya terpaksa memberitahu Kyle bahawa harini Haydar tidak masuk ke pejabat sekali lagi. Dengan keadaan macam ni Haydar nak masuk pejabat ? Memang dia tak akan bagi.

Uwerkk !

Raisya melihat Haydar yang menyandar di dinding bersebelahan mangkuk tandas. Tidak berhenti suaminya muntah.

"Abang. Jom kita balik rumah lama. Nak duduk dekat sini, dengan baju apa semua tak ada lagi."

Raisya menolong Haydar untuk berdiri.  Haydar sudah longlai tidak terkata. Dia duduk di katil sementara menunggu Raisya memakai tudung.

Beg diambil dan kunci kereta digenggam. Dia ke arah Haydar semula. Suis lampu ditutup dan rumah dikunci. Raisya memapah Haydar untuk berjalan sampai ke tempat parking.

Dia meletakkan Haydar di bahagian penumpang. Dia masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin. Kereta yang dipandu berjalan keluar dari perkarangan kondominium tersebut.

Sampai sahaja di rumah, Raisya menyuruh Hayden untuk menolongnya mengangkat Haydar untuk masuk ke dalam.

Mujur Hayden ada di rumah. Nak harapkan girl power-nya ? Sudah habis digunakannya tadi.

"Wey bro. Kau makan apa ni ? Berat sangat ni." kata Hayden sambil memapah abangnya untuk masuk ke dalam rumah. Lalu, badan Haydar dibaringkan di atas sofa.

"Ni kenapa ni, Raisya ?"soal Hayden apabila melihat wajah abangnya yang lesu.

"Tak tahu lah dia dari semalam muntah-muntah."

"Silap makan?"

"Mungkin. Tolong tengokkan dia boleh ? Kalau dia bangun, suruh dia makan ubat. Saya nak naik atas kejap." pinta Raisya. Hayden mengangguk. Raisya menyimpan pregnancy test yang dibelinya semalam di dalam laci almari.

Tiba tiba dia melihat sosok Haydar masuk ke dalam bilik.

"Abang. Kenapa naik atas ni."

"Tidur dekat bawah tak selesa. Panas." kata Haydar. Lalu dia membuka bajunya dan dia menghempaskan tubuh ke atas katil. Nasib tak runtuh katil tu. Raisya menggelengkan kepala.

TOK ! TOK!

Hayden datang bersama seorang lelaki di belakangnya. Doktor Darwish yang di belakang Hayden memberikan senyuman kepada Raisya.

"Masuklah.." katanya sambil membuka pintu memberi ruang kepada mereka berdua. Darwish melangkah ke arah Haydar yang terbaring lemah di atas katil.

Dia mengambil tangan Haydar untuk memeriksa nadi dan memeriksa degupan jantung lelaki itu.

"Kenapa dia lemah sampai macam ni ?" soal Darwish kepada Raisya.

"Dari semalam lagi dia muntah tak tau kenapa. Sampai tengah malam pun ulang alik pergi tandas." balas Raisya jujur.

"Okay takpe saya bagi ubat tahan sakit dengan demam. Kalau muntah muntah lagi terus bawak pergi hospital la eh..." Kata Darwish sambil tangannya mengeluarkan beberapa ubat dari beg bimbitnya.

Setelah selesai memeriksa keadaan Haydar. Darwish kembali ke kliniknya.

******

"Dayyan !"

Tangannya membuka pintu kereta dengan cepat. Dayyan membawa Qarisha masuk ke dalam kereta tersebut. Mereka segera bergegas ke hospital kerana Qarisha sudah merasakan kesakitan yang sangat luar biasa pada bahagian perutnya.

MY MR. MAFIA Where stories live. Discover now