Haydar dan Raisya keluar bersiar untuk menikmati pandangan kota Perancis buat kali yang terakhir. Esok mereka akan pulang ke Malaysia semula. Karl dan Zayn sudah berangkat pulang, disebabkan masa yang tidak mengizinkan mereka terpaksa pulang sehari awal dari yang lain.
Haydar dan Raisya berjalan bersama. Heysha juga turut ikut. Jika pandangan orang lain mungkin sudah melihat mereka bertiga seperti keluarga yang bahagia. Suami isteri yang saling mencintai dan pelengkap cinta adalah zuriat mereka.
"Seronok kan datang sini. Jalan sama-sama, makan sama-sama." kata Haydar.
Raisya tersenyum manis. Betul memang seronok tapi apa yang tak seronok Raisya rasa seperti dirinya diperhatikan. Haydar menyuruh isterinya untuk masuk ke kedai cenderahati.
"Raisya pergilah masuk kedai tu. Tadi kata nak beli ole-ole dekat umi, abah dengan ibu." Kredit kad disuakan kepada Raisya.
"Abang tak nak masuk?" soal Raisya.
"Tak apa, abang dengan Heysha tunggu dekat luar je."
"Ouh, okay." Raisya mengambil kad yang disua tadi lalu masuk ke sebuah kedai yang menjual pelbagai cenderamata.
Sejurus sahaja Raisya masuk ke dalam. Haydar merendahkan dirinya untuk bercakap dengan Raisya.
"Heysha did daddy already teach you how to protect yourself ?" soal Haydar kepada adiknya.
"Yes, i know how to use gu.." belum sempat Heysha menghabiskan ayatnya mulutnya ditekup oleh Haydar. Raisya yang di dalam kedai itu melihat Haydar sedang bercakap dengan Heysha.
Dia mengeluarkan telefonnya lalu menekan nombor Raid.
"Raid please angkat..."
"Hello?" suara di hujung panggilan muncul.
"Raid tolong datang ambik Raisya dengan adik aku dekat sini. Faster as you can."
"I'll be there." balas Raid.
Raisya keluar dengan bungkusan plastik kedai tersebut. Haydar dan Heysha bersembang seperti tiada apa yang berlaku.
"Dah beli?"soal Haydar.
"Dah. Nah." kad kredit disua kembali kepada suaminya.
"Terima kasih."
Lelaki yang sedang menyandar di dinding itu mengeluarkan pistol dan melepaskan tembakannya ke arah mereka bertiga.
"Tunduk !" arah Haydar. Raisya terkejut dengan jeritan dari suaminya mereka terus menunduk.
BANG !
"Run !" arah Haydar lagi. Raisya dan Heysha berlari bersama. Semasa berlari satu kereta yang laju meluncur ke arah mereka dan berhenti secara mengejut.
Tingkap kereta itu turun dan terserlah wajah si Raid.
"Naik cepat."
"Haydar?" Raisya risau tentang Haydar. Dia melihat Haydar sedang berlawan dengan lelaki tersebut.
"Masuk! Pandailah dia jaga diri."
Raisya dan Heysha segera masuk ke dalam kereta. Kereta itu bergerak laju meninggalkan kawasan tersebut.
"Apa yang dah jadi Raid ?"soal Raisya kepada Raid.
"Kau perlu tanya Haydar sendiri."
Raisya duduk di atas katil. Esok dah nak kena berangkat ke Malaysia.
YOU ARE READING
MY MR. MAFIA
Action[ First book ] [ Pembaharuan sedang dijalankan ] Cerita ini datang dari imaginasi. Warning ⚠️ Raisya Husna seorang gadis kampung yang selalu dipukul oleh bapanya kerana duit. Begitu juga dengan adiknya Rayzman. Hidup mereka bagaikan di dalam neraka...