MMM 24

8.2K 437 47
                                    

Pagi yang sibuk buat mereka semua. Pada pagi ini mereka semua akan berangkat ke Perancis.

Raisya sedang sibuk mengemas barangan mereka berdua. Takut juga dia jika tertinggal barangan yang penting. Haydar juga sibuk mengemas barangannya. Komputer dan segala dokumen penting juga dimasukkan ke dalam begnya.

"Dah kemas semuanya, Sya ?" soal Haydar kepada Raisya.

Raisya menutup permukaan beg roda mereka berdua.

"Dah siap, en..."

Jari Haydar mendarat di bibir Raisya.

"Shh.. No more 'encik' now you have to call me 'abang'. Berapa kali nak pesan, jangan panggil aku encik. Aku ni suami kau bukan orang asing. "

"Dah siap cik abang intan zuhal payung ku..." kata Raisya dengan lembut.

"Ha kan bagus panggil macam tu. Dah jom nanti lambat pulak. "

Raisya mengangguk. Baru sahaja dia ingin menarik beg pakaian mereka.

"Tak payah. Aku bawak. "

Raisya membiarkan beg itu ditarik oleh Haydar. Nanti kalau dia melawan kena paksa jugak.

Raisya mengenakan jumpsuit berwarna coklat pekat. Baju berwarna coklat cair pula dipakai di bahagian dalam jumpsuit. Pakaiannya diserikan lagi dengan arabic shawl yang berwarna hitam.

Pakaian Haydar pula hoodie berwarna coklat cair yang sangat sepadan dengan Raisya. Dia mengenakan jeans berwarna hitam dan tidak lupa juga kasut jenama Gucci.

Mereka berdua turut kebawah.

"Dah siap semuanya ? Kyle kau dah check sistem keselamatan kita ?"

"Dah. Siap upgrade lagi. "

"Okay jom bertolak."

Mereka semua keluar dari rumah. Sementara menunggu Kyle memeriksa sistem keselamatan rumah mereka buat kali terakhir, Raisya memakai kasut sandal hitamnya. Haydar hanya melihat Raisya.

"Tak payah pakai sandal buruk kau tu."

Raisya terkedu. Apa mamat ni kata ? Buruk ? Ini akan mendatangkan marah.

"Kalau saya tak pakai kasut ni, saya nak pakai kasut apa ? Selipar ? "

"Nah"

Satu kotak bersaiz sederhana diberikan kepada Raisya.

"Wuuu... Raisya dapat kasut." suara Kylie yang melihat tingkah dua merpati ini dari tadi.

Raisya membuka kotak tersebut. Dia melihat sepasang kasut Gucci yang sangat cantik. Coraknya sama dengan corak kasut yang dipakai oleh Haydar.

"Tapi... Kasut ni mahal."

"Pakai aku cakap."

Haydar menayangkan muka tegasnya. Raisya menelan air liur. Dia terus memakai kasut yang diberikan oleh Haydar tadi.

Mereka masuk ke dalam kereta masing-masing. Qarisha juga ikut mereka ke sana tetapi dia akan menaiki kereta bersama Kyle, Kylie dan Indra.

Kereta satu demi satu keluar meninggalkan rumah banglo itu. Mereka akan ke lapangan terbang antarabangsa KLIA2.

Kesemua pemeriksaan berjalan dengan lancar. Mereka juga telah masuk ke dalam pesawat dengan selamat. Raisya hanya mengikut kemana mereka semua pergi.

Ini adalah kali pertama dia akan menaiki kapal terbang. Dia tidak ubah seperti 'rusa masuk kampung'.

Kapal terbang yang dinaiki mereka semua akan berlepas tidak lama lagi.

Raisya memejamkan matanya.

MY MR. MAFIA Where stories live. Discover now