MMM 37

4.9K 280 7
                                    

Semua yang di dalam bilik mesyuarat memberikan tumpuan yang sepenuhnya. Tangan mereka juga mencatat sesuatu yang penting.

"Congratulation to all of you, telah berjaya menaikkan lagi nama syarikat ini. Saya harap kalian boleh kekalkan prestasi. Beri tepukan gemuruh kepada diri anda sendiri."

Kesemua mereka memberi tepukan gemuruh kepada diri sendiri. Ada yang tersenyum dan ada yang tertidur.

"Karl Kareef." panggil Haydar.

Tidak bergerak. Semua yang ada di dalam bilik mesyuarat itu melihat ke arah Karl. Nampak gaya lelaki itu nyenyak tidur. Ada yang tergelak melihat wajah Karl. Mana tak nya tidur air liur meleleh.

Tangan naik menepuk meja.

"Karl Kareef !" suara lantang Haydar bergema membuatkan orang yang ketawa tadi tergamam ketakutan.

Karl mencelik mata setelah namanya di panggil dengan kuat.

"Ini tempat kerja bukan rumah." ujar Haydar tegas.

"Ala... Bro tak larat wey."

"Itu saja meeting untuk hari ini. Semua boleh keluar dengan kadar yang segera." beritahu Haydar kepada staff. Orang terakhir yang keluar menutup pintu semula. 

Kini di dalam bilik itu hanya mereka berenam sahaja.Haydar memerhati Karl yang masih lagi mamai. Telinga Karl menjadi sasaran. Tangannya memulas kuat telinga lelaki itu.

Secara automatik lelaki itu mengaduh kesakitan. Raid mengetap bibir apabila melihat wajah Karl yang menahan kesakitan. Rayzman dan Zayn masih lagi dengan muka serius mereka.

Lama juga tangan Haydar memulas telinga Karl. Lalu dia melepaskan pulasan tersebut.

"Kau tau tak apa yang kau buat tu, contoh yang tak baik untuk staff kita ?"

"Ye. Aku tahu. Aku tak larat sangat." kata Karl.

"Kalau kau tak larat... kenapa tak mintak cuti ?" soal Raid.

"Hari ini kan ada meeting. Aku tak nak lah terlepas apa-apa. Lagipun semua dah masuk dalam kepala dah."

"Macam mana dengan projek Dato' Amran ?" soal Haydar.

"Dia setuju dan esok kami pergi tengok tapak."balas Karl. Lalu dia bangun dan ingin keluar dari bilik mesyuarat.

"Nak pergi mana tu ?" soal Haydar.

"Keluar lah."

"Ada aku suruh keluar ?" soal Haydar lagi.

Karl mengeluh besar. Dia memusingkan badannya menghadap Haydar.

"Duduk sekejap." arah Haydar.

Malas berbalah Karl duduk semula di kerusi. Pandangan masih lagi dilekatkan kepada Haydar.

"Apa khabar, bekas tunang isteri aku dekat Perancis ? Nak cari pasal lagi ?"

"Dekat Malaysia, mungkin tak ada tapi dekat rumah bapak kau dah ada." beritahu Zayn selepas beberapa hari dia mendapat berita itu.

"Apa yang dia buat ?"

"Ala perkara kecil je, tunggu dekat luar rumah." balas Zayn.

"Apa motif dia ?"soal Raid yang tidak faham dengan lelaki itu.

"Motif dia nakkan Raisya semula." balas Haydar.

"Eh kau biar betul Hay ?"

"Yup, aku tahu sebab aku sempat korek rahsia dari adik dia." Haydar melihat ke arah Rayzman.

MY MR. MAFIA Where stories live. Discover now