Haydar berjalan ke arah pejabat Kyle. Dia harus meminta bantuan Kyle. Dia masuk ke dalam bilik Kyle dan duduk di sebuah kerusi.
"Nak apa?" soal Kyle.
"Aku nak minta tolong kau."
"Tolong ? Aik. Belum pernah kau minta tolong aku. Selalunya kau arah je.." kata Kyle pelik. Tiada angin tiada ribut tiba-tiba datang minta tolong. Kena sampuk ke apa Haydar ni.
"Aku nak kau carikan Raisya."
Kyle berhenti dari menekan papa kekunci komputer dan melihat ke arah Haydar.
"Boleh tapi aku perlukan maklumat sikit lagi. Macam kawan rapat or family terdekat."
"Rayzman."
Terus Haydar mengambil telefon Kyle yang di atas meja. Nombor Rayzman ditekan.
"Rayz. Datang sini kejap."
Haydar matikan panggilan. Tidak sampai lima minit, Rayzman masuk ke dalam pejabat Kyle dengan berbaju kot hitam. Rayzman telah diambil kerja oleh Haydar.
"Ada apa ? Aku banyak kerja ni."
"Halah-halah kau mengalahkan boss kau pulak." kata Kyle.
"Aku kan hard working person." Rayzman tersenyum senget. Kyle memutarkan bola matanya keatas. Hard working la sangat.
"Ni aku nak cari kakak kau, tapi aku nak kena ada maklumat tambahan."beritahu Haydar kepada Rayzman.
"Nak apa?"
"Kau kenal kawan rapat dia ?" tanya Haydar.
"Tak silap aku dia ada sorang kawan sekolah menengah. Aisyah tak silap nama dia."
Kyle menaip nama Aisyah di kolum cari di dalam komputernya. Secara tak langsung kesemua data dan orang yang di dalam Malaysia bernama Aisyah terpapar di skrin.
"Nah kau cam lah yang mana Aisyah tu. Ada tiga ribu lebih orang nama Aisyah. Kau cari lah." mujur terdapat gambar disebelah data mereka. Bolehlah Rayzman mengecam Aisya yang dikatakan olehnya.
PAP !
Rayzman menepuk meja. Terkejut Kyle dan Haydar. Mujur tak melatah.
"Ni la yang aku maksudkan. Aisyah Rania." Mendengar ayat Rayzman, Haydar cepat-cepat melihat paparan skrin komputer Kyle. Namun kepalanya ditolak oleh Kyle.
"Kau apahal babeng ?" marah Haydar.
"Kau lindung aku la,pig. Macam mana aku nak tengok skrin." balas Kyle.
"Kurang asam betul."carut Haydar.
Kyle sibuk membaca data yang tersedia ada di depan mata. Dia melihat masa depan Haydar yang cerah.
"Rumah budak ni dekat Taman Dahlia." kata Kyle.
Haydar dengan terujanya bangun dan menari gembira. Dia tersenyum lebar.
"Eh eh dia ni, aku ketuk dengan keyboard aku ni baru tau." Kyle menggeleng kepala melihat Haydar yang tidak lepas seperti orang gila.
******
Tangannya lincah memotong bawang merah untuk dibuat tomyam. Tiba-tiba lidah dia rasa nak makan tomyam.
Seronok juga dia duduk kampung ni. Tak lah rasa stress. Pagi-pagi je bunyi ayam berkokok, sejuk, suasana tenang. Rindu pulak dia dekat KL. Rindu Kl ke rindu suami tu.
Bila teringatkan suami. Apa khabar suami dia ? Dah dua hari tak berjumpa. Rindu pun semakin menebal.
Marah ? Dah reda. Sekarang ni dia merajuk je. Cincin ? Saja dia nak bagi Haydar cuak. Dia tersenyum lebar.
Aisyah yang sedari Raisya dari tadi tersengeh menegurnya.
"Amboi cik kak oii. Senyum sorang, teringat dekat cik abang ke ?"
"Mana adalah. Aku teringat dekat Ibu aku ja." tipu Raisya. Padahal betul la tu dia teringat suami. Tangannya masih lincah memotong sayur untuk dimasukkan ke dalam masakannya.
"Ibu ? Ibu kandung kau tu ?"
"Haah. Suami aku suprise kan aku waktu kahwin haritu." jawab Raisya.
"Eh Raisya,kau ingat tak Mat Pian ?"
"Mat Pian ? Yang mana eh ?" soal Raisya. Dia dah lupa siapa Mat Pian. Almaklumlah dah lama tinggalkan zaman sekolah. Apa yang ingat dia ingat lah.
"Ala,yang dulu suka dekat kau tu."
Raisya cuba untuk mengingati semula siapakah Mat Pian.
"Ouhhh... Ha ingat. Kenapa dengan dia ?"
"Sekarang ni dia dah jadi jutawan terkaya dalam Malaysia. Kahwin pun dengan anak dato'. Cantik pulak tu."
"Kiranya dia setara suami aku lah."
"Ye la. Tapi suami kau kaya lagi. Top one in Malaysia." sambung Aisyah.
"Untung dia. Tapi baru-baru ni, dia bercerai kes isteri dia kena tangkap ada skandal." sambung Aisyah lagi.
"Lah. Kesiannya... Nak buat macam mana jodoh tak panjang." Raisya turut kesian dengan apa yang berlaku. Bertabahlah bro.
"Ni kau duk sibuk dengan rumah tangga orang. Meh sini potong bawang tu." Ha ambik dah kena setepek. Aisyah tersengeh kambing. Dia mengambil beberapa biji bawak untuk dikupas.
******
Pada petang itu, Haydar bersama Kyle dan Rayzman ke Taman Dahlia seperti yang dikatakan oleh Kyle pagi tadi. Mereka berhenti di sebuah rumah.
Haydar melihat alamat rumah ini. Sama dengan apa yang ada pada datanya tadi. Dia keluar dari perut kereta.
Salam diberikan. Namun salamnya tidak dijawab. Seorang lelaki berbangsa cina keluar untuk melihat siapa yang berdiri di luar rumah.
"Mau apa ?"
"Sorry kacau. Saya mau tanya. Dekat sini ada orang nama Aisyah ?" soal Haydar.
"Aisyah. Tak ada dekat sini tak ada olang nama aisyah." balas lelaki tersebut.
Seorang wanita keluar dari rumah. Mungkin dia isteri kepada lelaki ini. Dia melihat wajah Haydar lalu bertanya.
"You cali siapa?"
"Aisyah."jawab Haydar.
"Ouh Aisyah. Dia dulu sewa rumah ini. Sekalang ni dia sudah pindah." beritahu wanita ini kepada Haydar.
"Boleh saya tahu dia pindah dekat mana ?"soal Haydar lagi.
"Kalau tak silap, dia pindah Kampung Semalak Permai." Senyuman mula terukir di bibir Haydar. Ada peluang ni nak korek rahsia.
"Ok ok. Thank you aaa. Sorry kacau you. Have a nice day." Haydar pun masuk ke dalam kereta semula.
Haydar menyuruh Kyle untuk mencari lokasi Kampung yang disebutkan oleh wanita berbangsa cina itu tadi. Dapat sahaja lokasi, mereka terus bergegas ke sana.
Dalam hati Haydar, dia berdoa. Agar dia dapat berjumpa dengan isterinya semula.
Raisya I'm coming !
******
YOU ARE READING
MY MR. MAFIA
Action[ First book ] [ Pembaharuan sedang dijalankan ] Cerita ini datang dari imaginasi. Warning ⚠️ Raisya Husna seorang gadis kampung yang selalu dipukul oleh bapanya kerana duit. Begitu juga dengan adiknya Rayzman. Hidup mereka bagaikan di dalam neraka...