This is the last for today. So vote tau. Atas request hamba Allah nak update so sis update. Terimalah !
******
"Lepaslah!" Husna bergelut dengan seseorang ketika hendak pulang ke rumah.
"Aku tak kan lepaskan kau selagi kau tak bagi duit. Aku nak duit. Aku hutang dengan Ah long ni. Aku nak duit! "
"Yang ayah pergi hutang dengan Ah long dah kenapa? " Tangan dia masih lagi cuba untuk dilepaskan. Tetapi digenggam ketat oleh Encik Rashdan.
"Aku nak duit lah! " Encik Rashdan mengacu pisau lipat ke arah Husna.
"Tak ada! "
Lagi dekat pisau itu diacukan hampir sahaja Encik Rashdan ingin menikam perut Husna.
Tetiba tangan yang besar menahan perbuatan Encik Rashdan.
"Apa ni main acu pisau."
Encik Rashdan cuba mengacukan pisau itu kepada jejaka tersebut.
Jejaka itu menyepak kaki Encik Rashdan dan lelaki tua itu rebah ke atas jalan tar yang panas.Jejaka itu berpusing ke belakang melihat ke arah Husna sambil tersenyum. Husna melihat Encik Rashdan bangun dan cuba untuk menyerang jejaka itu dari belakang.
Tanpa membuang masa Husna memeluk jejaka itu dan memusingkan badan mereka. Secara langsung pisau itu tersusuk masuk ke dalam perut Husna.
"Arghh! " Husna menjerit kesakitan. Mulutnya mengeluarkan darah yang sangat banyak.
Jejaka itu terkejut dengan tindakan Husna.
Encik Rashdan menarik semula pisau itu. Pisau itu dilepaskan ke atas jalan. Tangan menyeluk poket mencari kunci.
Husna sudah rebah. Dia melihat ke arah Encik Rashdan yang menaiki motorsikal semakin menjauh dari kedudukan mereka. Jejaka itu membiarkan sahaja Encik Rashdan pergi. Nyawa gadis ini lebih penting berbanding orang tua itu.
Mata Husna sedikit mengecil membuatkan jejaka itu cepat menelefon ambulance.
"Encik okay? " soal Husna perlahan.
"Aku okay. Kau tu boleh tahan tak? " soal Rell.
Muka Husna sudah bertukar biru. Husna mengangguk kecil. Lalu matanya dipejam rapat.
"Jangan pejam mata." arah Rell.
Ambulance datang dan membawa Husna dan Ashrell ke Hospital yang berdekatan.
******
"Ni semua salah Jah." Puan Khadijah menangis teresak esak menunggu kehadiran doktor.
"Sabar Jah. Benda nak jadi. "
Disebelahnya Encik Abdullah yang setia menenangkan isterinya.
"Ini semua salah Jah, abang. Kalau Jah tak suruh dia pergi pasar beli ikan tak akan jadi benda macam ni. " semakin rancak pula mata Puan Khadijah menangis. Man sedang kehulur kehilir. Dia sungguh takut untuk kehilangan kakaknya itu.
Keluar seorang doktor. Mereka semua berdiri
"Ni suami Puan Raisya ke?" soal Doktor itu kepada Ashrell.
YOU ARE READING
MY MR. MAFIA
Action[ First book ] [ Pembaharuan sedang dijalankan ] Cerita ini datang dari imaginasi. Warning ⚠️ Raisya Husna seorang gadis kampung yang selalu dipukul oleh bapanya kerana duit. Begitu juga dengan adiknya Rayzman. Hidup mereka bagaikan di dalam neraka...