MMM 19

8.2K 389 14
                                    

******

Hari ini Raisya akan memindahkan kesemua bajunya ke bilik yang di tingkat empat. Raisya mengemas semua bajunya untuk dibawa naik ke atas. Sedang dia sibuk mengemas dia terjumpa sepucuk surat disebalik

Dia mengerutkan dahi. Dia cuba untuk mengingati semula dari mana dia dapat surat ini. Surat ini ialah daripada orang yang melanggarnya tempoh hari.

Surat itu dibuka. Tidak sempat membuka isi surat itu satu suara menyapa.

"Raisya ?"

Dia melihat ke arah pintu yang disitu berdirinya seorang lelaki bernama Haydar.

"Ada apa-apa nak tolong ?"

Raisya menggeleng laju. Haydar menapak masuk ke dalam. Terus Raisya menyorokkan surat itu.

"Sikit lagi " kata Raisya sedikit kekok.

Haydar terus mengambil baju-baju yang sudah dilipat tanpa banyak cakap. Raisya sudah tak senang duduk.

"Eh, encik, jangan. Biar saya buat. "

Raisya ingin mengambil semula bajunya tetapi Haydar terlalu tinggi untuknya.

"Kau lambat. Biar aku tolong "

Haydar mengambil lagi baju Raisya. Sedang Haydar mengangkat bajunya 'barang' Raisya jatuh ke atas lantai.

Terbuntang mata Raisya sebelum Raisya menjerit. Haydar juga terkejut dengan 'barang' yang jatuh itu.

"Encik !"

Raisya mengutip semula 'barang' yang terletak elok pada lantai. Mukanya membahang dengan perasaan malu. Mana dia hendak letak mukanya lepas ini. Malu menyelubungi diri.

Bayangkan barangan yang sangat privasi jatuh ke atas lantai di hadapan lelaki. Tambahan lelaki itu pula belum kita kenali dengan lebih rapat.

Raisya terus mengambil dan menyorokkan 'barang' itu disebalik tudungnya. Terus badan Haydar ditolak keluar dari bilik. Pintu ditutup rapat.

Raisya terjun ke atas katil. Mukanya disebamkan ke dalam bantal.

"Ya Allah. Malunya..."

Lama kelamaan dia memejamkan matanya dan dia tertidur dibuai mimpi.

******

Lauk sudah dihidangkan, cuma hanya mahu memanggil orang sahaja untuk makan. Kylie dan Indra yang menjadi tukang masak. Sejak Puan Khadijah tinggal bersama mereka banyak yang mereka belajar. Cara memasak, cara itu cara ini semuanya telah diajar. Harini mereka berjaya memasak tanpa bantuan sesiapa.

"Yeay ! Akhirnya..."

"Sedapnya bau..." Suara Karl menyampuk membuatkan mereka memandang kearah lelaki itu.

"Tengok la tukang masak dia siapa " Kylie sedang menyusun pinggan di atas meja.

"Dah pandai masak sekarang boleh masak tiap-tiap hari" usik Karl.

"Boleh. Lima puluh ringgit satu lauk" Indra pula bersuara.

"Mahalnya. Baik aku makan dekat kedai tak sampai dua puluh ringgit."

"Dekat kedai belum jamin lagi sedap. Ni aku ikut resepi umi tau." kata Indra dengan nada bangga.

"Eleh. Tunggu kejap aku nak panggil semua orang." kata Karl sebelum dia naik ke atas untuk memanggil semua orang turun untuk makan.

MY MR. MAFIA Where stories live. Discover now