******
Jam menunjukkan sudah pukul 3 pagi. Kelihatan Raisya sedang menadahkan tangan di atas sejadah dan memohon petunjuk dari-Nya.
"Ya Allah jika dia benar-benar imam dalam solatku kau dekatkanlah kami. Aku terima dia dengan seikhlas hati ku ya Allah. Aamiin ya rabbalalaminn. " Selepas membaca doa dia akan membaca Al-quran. Tetapi disebabkan dia masih lagi bersama kantuknya. Dia memutuskan untuk tidur sebentar sehingga subuh.
Raisya membuka telekung dan meletakkan ke tempatnya semula. Dia bergerak ke arah katil dan berbaring. Lama kelamaan matanya terpejam dan Raisya tidur dengan lena.
******
"Assalamualaikum warahmatullah " kepalanya ke arah kanan.
"Assalamualaikum warahmatullah" kepalanya berpaling ke arah kiri pula. Dia mengangkat tangannya menyapu mukanya.
Dia menadahkan tangan untuk memohon kemaafan kepada yang maha Esa.
"Ya Allah ya tuhanku. Ampunkanlah dosa-dosa ku, dosa ibu bapaku, doa saudara saudaraku muslimin dan muslimat sama yang ada yang masih hidup ataupun telah meninggal."
"Terima kasih ya Allah kerana memberikan aku peluang untuk bernafas di muka bumi ini. Terima kasih ya Allah kerana memberikanku rezeki.
"Terima kasih ya Allah, kerana memberikan aku peluang untuk bersujud kepadamu. Ya Allah rahmatilah hidupku. Ya Allah permudahkanlah urusanku didunia dan diakhirat. "
"Aamiin ya Rabbalalamin"
Dia meletakkan kedua tangannya ke muka.
TOK ! TOK !
Pintu dikuak dari luar. Kepala Kyle masuk ke dalam tetapi badannya masih lagi diluar.
"Kau nak apa ?" Soal Haydar dingin.
"Baru lepas sembahyang ke ?"
"Tak lah baru lepas berak ni " balas Haydar. Tangannya lincah melipat sejadah.
"Ouh"
Kyle masuk ke dalam bilik Haydar.
"Awal kau bangun. Selalunya kau orang paling lewat" perli Haydar.
"Aku bangun solat la " kata Kyle. Haydar tergelak apabila mendengar rakannya bangun untuk solat.
"Sejak bila kau bertaubat ni ?" Soal Haydar. Setahunya Kyle orang yang susah untuk menjadi alim.
"Sejak aku nampak bidadari syurga ada dalam rumah ni "kata Kyle, Haydar diam. Dia memandang ke arah Kyle.
"Betul lah dia bidadari" sambungnya lagi.
KTANG ! KTANG !
Bunyi sesuatu dari arah dapur menyentakkan mereka yang ada di dalam bilik.
Kyle pandang ke arah Haydar.
"Pencuri ke ?" Soal Kyle. Haydar hanya mengangkat bahu tanda 'entah' . Haydar terus mengambil pistol yang ada di dalam laci meja lampunya. Kyle juga masuk ke dalam bilik untuk mengambil pistol.
YOU ARE READING
MY MR. MAFIA
Action[ First book ] [ Pembaharuan sedang dijalankan ] Cerita ini datang dari imaginasi. Warning ⚠️ Raisya Husna seorang gadis kampung yang selalu dipukul oleh bapanya kerana duit. Begitu juga dengan adiknya Rayzman. Hidup mereka bagaikan di dalam neraka...