"kau bagi dia anak."Ayat itu sedang tergiang di fikirannya sehingga dia tidak dapat menutup mata.
"Patut ke aku jalankan tanggungjawab aku sebagai isteri. Dah sebulan aku kahwin dengan dia. Tak ada pun tanda-tanda dia nak." Raisya berdialog sendiri. Nasib Haydar sudah tidur. Heysha dan lain sudah pulang ke rumah. Jam di dinding juga sudah menunjukkan pukul satu pagi. Matanya masih lagi tidak mahu tertutup.
"Raisya. Kau jalankan je lah tanggungjawab kau sebagai isteri. Itukan satu kewajiban."
"Tak payah. Lagipun dia tak kisah kan. Kau cakap je dekat dia yang kau belum bersedia."
Raisya menggelengkan kepala cuba menghilangkan suara-suara di kotak pemikirannya. Dia memejamkan matanya.
"Ya allah. Aku takut. Aku takut aku dikecewakan lagi. "
Ya, dia takut dikecewakan sepertimana dia dikecewakan oleh bekas tunang yang bermulut manis. Lelaki itu sangat mudah memberikan kata-kata yang manis sehingga mampu membuatkan gadis lain cair dengannya. Namun, disebalik kemanisan yang diberi terdapat racun yang sangat berbisa. Seperti ular, cantik dengan corak-corak pada kulitnya, namun dia berbisa.
"Bila aku nak balik Malaysia ni. Haih.. aku rindu ibu, umi, dengan walid."
Raisya teringat tentang ibu bapanya yang berada di Malaysia. Ayah ? Entah di mana dia sekarang. Mati atau hidup dia sendiri tidak tahu. Rindu ? Siapa je yang tak rindu ayah sendiri.
Keluhan kecil dilepaskan. Bila teringatkan balik semuanya, entah mengapa dia berasa kecewa. Dipukul hampir setiap hari sehingga lebam seluruh badan. Dia sakit. Bila teringatkan bagaimana adiknya dipukul lagi bertambah sakit. Rayzman, hanya pada dia sahaja tempat Raisya mengadu. Gembira mahupun duka dan lara semuanya antara dia dan adiknya.
Ditambahkan pula dengan peristiwa semasa hari pernikahannya bersama Haydar. Sangat memedihkan. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hancur hatinya sehingga dia tidak redha dengan segalanya. Namun dia tahu, pasti ada hikmah disebalik kejadian ini.
******
Dia lari dengan sekuat hati. Perasaan takut semakin bertambah di dalam diri. Dia dikejar oleh seorang lelaki yang bertopeng dan membawa pisau. Barangkali tujuan lelaki itu untuk membunuhnya. Dengan segala kudrat yang ada dia gagahkan diri untuk berlari. Semasa dia berlari, kakinya tersangkut dengan batu dan dia terjatuh."Arghhh ! " dia menjerit kesakitan. Dia melihat darah keluar mengalir dari bahagian bawah. Perutnya berasa sakit. Matanya memandang ke hadapan di mana lelaki yang mengejarnya tadi semakin mendekat.
"Kau nak lari mana ? Kau dah ganggu kebahagiaan orang lepastu kau mengharapkan kebahagiaan ? Kau silap."
"Tolong... Lepaskan saya.." semakin deras air mata mengalir. Sakit di bahagian perutnya tersangatlah menyiksa dirinya.
"Kau lupa yang karma itu ada. Selamat tinggal pemusnah."
Pisau yang dipegang oleh lelaki itu ditusuk masuk ke dalam bahagian dadanya.
"Tolong !" Qarisha terbangun dari lena.
"Qarisha. Awak okay ke ni ?" Dayyan masuk ke dalam bilik Qarisha setelah mendengar jeritan.
"Awak. Saya takut." Qarisha memeluk Dayyan. Badannya terketar-ketar menahan perasaan takut.
"Mimpi lagi ?"
YOU ARE READING
MY MR. MAFIA
Action[ First book ] [ Pembaharuan sedang dijalankan ] Cerita ini datang dari imaginasi. Warning ⚠️ Raisya Husna seorang gadis kampung yang selalu dipukul oleh bapanya kerana duit. Begitu juga dengan adiknya Rayzman. Hidup mereka bagaikan di dalam neraka...