MMM 14

6.9K 323 8
                                    

******

Raisya sedang duduk dihadapan televisyen sambil mengunyah makanan ringan yang ada dihadapannya. Satu siaran berita dibuka.

"Berita terkini, sebanyak tiga puluh dua orang mayat ditemui mati oleh seorang pekerja warga asing pada jam tujuh tiga puluh pagi tadi. "

"Salah satu dari mayat itu dijumpai tanpa kepala. Punca kematian masih lagi dalam siasatan"

"Huish, ramainya..."

"Apa yang ramai ?" soal umi.

"Ni ha umi. Mati tiga puluh dua orang. Ramai tu ..."

"Allahuakbar" ayat itu sahaja yang keluar dari mulut umi.

Raid yang di dapur mendengar sahaja apa yang dibual Raisya dengan Puan Khadijah. Raisya berjalan ke arah Raid.

"Raid, Rayzman mana ? " soal Raisya.

"Tidur lagi kot"

"Tolong kejutkan dia boleh ?" pinta Raisya. Raid mengangguk sebelum dia berkata.

"Boleh, nanti aku kejutkan"

Raisya memberikan senyuman kepada Raid. Raid terus naik ke atas. Bilik Rayzman dituju. Betul jangkaan dia. Rayzman masih lagi tidur.

Sedang nyenyak dia tidur dia terasa seperti ada tangan melingkar ke pinggang.

"Abang Rayzman. "

Suara perempuan.

"Abang Rayzman..." bahagian belakang Rayzman digosok.

"Ye, sayang. "

Raid hanya gelak mendengar balasan Rayzman. Tangannya masih lagi menggosok bahagian belakang Rayzman.

"Woi bangun nak tidur sampai kau mati ke. "

Suara lelaki.

Terus Rayzman melompat bangun daripada katil apabila mendengar suara lelaki.

"Hoi kau buat apa ni sial ! "

Raid sudah ketawa melihat muka terkejut Rayzman.

"Raba... " Tidak sembat Raid menghabiskan ayat.

"Babi"

Rayzman memegang rambutnya yang agak kusut.

"Akak kau suruh aku kejut kau. "

"Nak kejut, kejut elok-elok bukan macam tu. Bodoh ! "

"Ala... Lagipun kau siap bersayang-sayang lagi tadi. Hahahaha. "

PUK !

Bantal melayang mengenai muka Raid.

"Hahahah ! " Giliran Rayzman pula mentertawakan Raid.

"Korang buat maksiat apa ni ?" soal Karl.

Sebenarnya dia ingin turun ke dapur tetapi dia mendengar bunyi orang ketawa dari bilik Rayzman. Jadi secara automatiknya kaki dia melangkah ke bilik Rayzman.

"Tolong Karl dia cuba rogol aku" Raid mula berlakon. Dia menarik selimut menutupi badannya.

"Tak kuasa aku nak buat hubungan songsang dengan kau. Aku tengok kau pun tak ada selera." kata Rayzman.

"HAHAHAHAH! " Ketawa mereka bertiga pecah. Sehinggakan boleh didengari sampai ke bawah.

"Tu diorang gelak apa tu ?" soal Hayden kepada Zayn.

Zayn mengangkat bahu tanda tidak tahu. Dia tidak kisah yang dia hanya kisah perutnya lapar dan perlukan isi bagi anak-anak cacing di dalam perutnya itu.

MY MR. MAFIA Where stories live. Discover now