Mata dicelik perlahan. Mengantuknya masih lagi berbaki namun dia gagahkan diri untuk bangun. Dia mendepakan tangannya bagi meregangkan otot-otot.
"Morning sayang. Seronok tidur ?"
"Morning, abang... " Raisya turun ke katil, lalu pelukan pagi diberikan kepada Haydar.
Tangan laju mencapai tuala, lalu dia masuk ke dalam bilik air. Dia perlukan air segarkan badannya.
Selepas mandi Raisya mengenakan baju blouse berwarna biru laut. Sempat dia menjeling kotak berwarna merah yang diberikan kepada Haydar semalam. Dia tersenyum.
"Sayang abang nak tanya ni." Beritahu Raisya.
"Tanya apa ?" Soal Raisya.
"Macam mana sayang tahu sayang pregnant ?"
"Period dah lewat 4 hari... Abang tak sihat tapi tak tau punca... Sayang ada beli pregnancy test incase... Hehe." Raisya tersenyum comel ke arah Haydar.
"Ohh... Jadi semua ni sayang dah plan la tanpa bagitau abang ?" Kata Haydar.
"Plan apa ? Abang yang buat saya yang kena pulak ?" Balas Raisya.
"Abang nak twin la sayang. Jom malam ni kita buat lagi." Selamba Haydar. Dah dapat betis, nak peha.
"Eh eh dia. Letih tahu tak ?"
"Ala sayang rilek je la, abang yang buat kerja."
"Banyak cekadak dia." Raisya menjeling. Haydar berjalan ke arahnya dan dagunya dipegang. Mata mereka saling bertentangan lalu Haydar berkata.
"Sayang. Terima kasih, sebab sudi buat semuanya ni. Terima kasih sebab sudi kandungkan benih abang."
"Tak la... Sayang yang sepatutnya berterima kasih dekat abang sebab selamatkan sayang dari ayah dulu. Kalau bukan sebab abang, mungkin kitaorang adik beradik masih duduk kat sana." Balas Raisya. Benar. Tanpa Haydar mungkin dia dan adiknya masih di rumah dan menjadi mangsa penderaan ayah mereka.
Haydar yang sudi mengambil mereka berdua. Sudi untuk berkahwin dengannya tanpa mengenal hati budi masing-masing.
"But part yang sayang terbaring dekat laman belakang tu abang tak boleh terima. You're too much." hidung Raisya dipicit lembut.
"Sorry lah. Tak sengaja..." ucap Raisya sambil tersenyum.
Mereka sempat berpelukan sebelum turun ke bawah. Raisya juga membawa kotak berwarna merah bersama mereka juga.
Bunyi ketawa dan riuh membuatkan mereka tertanya-tanya. Alunan muzik tersangatlah kuat.
Haydar dan Raisya segera masuk ke dalam lift. Mereka perlu melihat apa yang telah terjadi.
Mereka ke arah luar rumah dan berjalan ke laman belakang.
"Kuat lagi Karl !"
Karl memutarkan volume speaker sehingga maximum. Lagu yang rancak kini bergema dengan kuat.
Raisya menutup telinganya. Muzik yang masuk ke dalam telinga dan diperbesarkan lagi oleh osikel telinganya dan menghasilkan getaran bunyi yang sangat besar sehingga membuatkan Raisya sendiri menutup telinga.
Haydar menepuk dahi. Dia melihat Karl dan Raid sedang kusyuk menggoyangkan badan mereka mengikut rentak lagu. Sekali tengok macam tempat clubbing pula. Rayzman dan Zayn pula duduk di tepi kolam. Penat mereka dibuatnya.Puas mereka membersihkan kolam yang luas itu. Haydar memperlahankan muzik tadi.
"Woi ! Kau ingat rumah aku ni pub? Memekak pagi-pagi."
"Alah kau, pub haram nak masuk tak boleh. Ini halal punya." kata Karl.
YOU ARE READING
MY MR. MAFIA
Action[ First book ] [ Pembaharuan sedang dijalankan ] Cerita ini datang dari imaginasi. Warning ⚠️ Raisya Husna seorang gadis kampung yang selalu dipukul oleh bapanya kerana duit. Begitu juga dengan adiknya Rayzman. Hidup mereka bagaikan di dalam neraka...