MMM 40

5.3K 293 18
                                    

Setelah menunggu menahan sakit selama beberapa jam, Qarisha sekarang sedang berada di dalam bilik bersalin. Dia masih lagi tidak percaya bahawa masa untuk dia bergelar seorang ibu sudah dekat dan dia perlu sedaya upaya berjuang dengan kekuatan yang dia ada.

Dayyan setia berada di samping Qarisha kerana rasa tanggungjawab yang ada dalam diri membuatkan dia masih berdiri disitu.

"Puan dah ready ke nak jadi seorang mama?" Soal Doktor. Qarisha mengangguk dengan yakin. Qarisha mengeratkan pegangan dia bersama Dayyan.

"Puan tarik nafas dan hembus... Bila rasa sakit tu datang Puan teran terus okay."

*******

Raisya senyum ke arah Puan Suhaymah dan Puan Khadijah.

"Belum rezeki lagi ibu, umi... Tak apa lagipun Hus dengan abang tak kisah, kan bang ?" Raisya melirik ke arah Haydar lalu Haydar mengangguk setuju.

"Haah, kitaorang okay je.. lagipun nak nikmati zaman hidup berdua dulu." Balas Haydar.

"Jangan lambat sangat, takut nanti ibu tak sempat nak tengok cucu je." Kata Puan Suhaymah.

"Eh apa ibu ni. Insyaallah kalau ada rezeki ada la.."

Tiba-tiba seseorang menjerit dari luar.

"Assalamualaikum everyone ! Harini I bawak balik KFC !" Terkunci mulutnya apabila melihat ramai orang di dalam rumah.

"Ayok, tak tayok... Jerit lagi, ada orang dalam rumah." Indra yang dibelakangnya ketawa kecil.

Dia melangkah masuk dengan kaki kanan dan memberi salam semula dengan sopan. Puan Khadijah menggelengkan kepalanya lalu berkata.

"Raid. Kalau tak menjerit tak sah ye kamu..."

"Maaf umi... Ni saya ada bawak balik KFC boleh lah kita makan sama-sama." Kata Raid sambil menunjukkan bungkusan plastik KFC itu. Dia memberikan bungkusan tersebut kepada Indra untuk dihidangkan.

******

Setelah beberapa minit mengatur nafas, mengumpulkan semula kekuatan. Teranan yang terakhir membuatkan air mata Qarisha jatuh mengalir. Genggaman tangan yang bertaut pada Dayyan semakin dieratkan.

"Arghhh!"

"Werk... Werk..."

Pada ketika itu, bermulalah episod dan kehidupan Qarisha yang baru.
Salah seorang jururawat berjalan ke arahnya sambil mengendong zuriatnya lalu diberikan kepadanya.

Qarisha tersenyum gembira apabila melihat wajah anaknya. Bayi itu sangat nyaman berada di dalam dakapannya.

"Anak mama..." Sekilas dia mencium dahi anaknya.

******

Setelah makanan dihidangkan, mereka semua duduk beramai-ramai untuk menyantap makanan itu.

"Bau apa ni ?" Soal Haydar.

"Bau KFC la." Balas Karl.

"Busuknya.." Haydar mula mual dia bergegas ke tandas. Semua orang yang di situ menjadi gusar gelisah gundah gulana.

MY MR. MAFIA Where stories live. Discover now