******"Nama siapa ?" Soal Kylie.
"Raisya Husna." Balas Husna.
"Can I call you Raisya? "
"Ha? Awak nak telefon siapa?" Soal Husna. Tahulah dia belajar tak pandai tapi dia tahu maksud call tu apa.
Indra sudah menggaru kepala.
"Err. Dia tanya kalau dia nak panggil awak Raisya boleh?" Indra menolong Kylie untuk menterjemahkan ayat yang ditanya tadi.
"Ouh boleh. Siapa nama awak ? Apa tu Keli ? Keli kan nama awak unik sangat." Puji Raisya.
"Hahahahaha" Indra sudah menghamburkam tawanya. Dia sudah mulai menyukai gadis ini. Masuk air !
"Kylie. K. Y. L. I. E. Bukan keli" Kylie sudah naik bengang. Pertama kali namanya diperlekehkan. Baginya nama adalah simbol keperibadian seseorang.
"Awak dengan mamat tadi tu adik beradik ke ? Saya tengok muka nak sama nama pun nak sama. "
"Ye Kyle abang si Keli ni" balas Indra.
"Indra!" Tangan Kylie sudah ingin menarik isi lengan Indra namun sempat Indra mengelak.
Sampai sahaja di tingkat dua. Mereka ke arah bilik pintu kayu yang berukir bentuk bunga ditengahnya.
"Ni bilik awak. Sebelah tu bilik saya depan tu bilik Kylie" terang Indra.
Indra membuka pintu bilik tersebut. Terpegun Raisya melihat biliknya kalah bilik dikampung.
Bilik berwarna kelabu itu sangat cantik.
"Awak boleh masuk mandi apa semua nanti turun makan malam. Apa-apa panggil kitaorang." Kata Kylie.
Dua orang gadis itu sudah pergi. Tinggal lah Raisya seorang diri. Dia masuk ke dalam. Pintu dikunci dengan rapat. Raisya ke arah katil, tangannya lincah membuka pin-pin tudung. Tudung bawal hitam itu diletakkan ke atas katil dengan cermat.
"Alhamdulillah ya Allah. Orang disekeliling aku adalah orang yang baik-baik belaka" ucap Raisya dengan perasaan yang tidak dapat dijelaskan.
Selepas mandi dan solat Asar. Raisya memutuskan untuk turun ke bawah. Dia mengenakan baju muslimah yang diberikan oleh Puan Khadijah tempoh hari. Dia memakai handsocks hitam bagi menjaga aurat kerana lelaki di dalam rumah ini bukan mahram buatnya. Tudung bawal hitam tadi disauk. Ditiup sedikit bagi membentuk awning yang cantik. Dia mencalit sedikit lipbalm.
"Cantik dah aku" sempat Raisya berposing sedikit gaya model musimah yang terkenal.
Terus dia turun ke bawah. Diturun tangga dengan perlahan-lahan.
Sampai sahaja di bawah. Adik kesayangan menengurnya.
"Akak kenapa turun pakai tangga? Kang jatuh nanti terbukak balik jahitan dekat belakang tu." Marah Rayzman dengan nada risau.
"Lift kan ada ? Kenapa tak guna lift?" Soal Raid sambil memegang mug air.
"Saya tak biasa naik lift" balas Raisya.
"Tak biasa kena la biasakan" pesan Raid. Lalu dia pergi ke arah luar.
Hidung Raisya menangkap satu bau yang hangit.
Dia terus ke arah dapur. Dia melihat Kylie dan Indra di dapur sedang menggoreng sesuatu. Raisya tergelak sendiri melihat gelagat dua gadis itu. Kylie mengambil penutup periuk bagi menghalang mukanya manakala Indra mengambil kuali. Seperti orang hendak berperang pula.
Tapi matanya melihat ke arah apa yang digoreng. Hangit !
"Ya Allah ayam tu sampai hangit dah Kylie,Indra. " Giliran Raisya pula mengambil alih dapur. Dia mengangkat ayam-ayam yang hangit itu.
YOU ARE READING
MY MR. MAFIA
Action[ First book ] [ Pembaharuan sedang dijalankan ] Cerita ini datang dari imaginasi. Warning ⚠️ Raisya Husna seorang gadis kampung yang selalu dipukul oleh bapanya kerana duit. Begitu juga dengan adiknya Rayzman. Hidup mereka bagaikan di dalam neraka...