Kamera ditekan berkali-kali. Sebagai jurukamera yang profesional dia perlu mementingkan aspek dari segi pencahayaan, lampu, sudut yang digunakan, latar belakang dan props yang betul.
Sudah banyak foto yang diambil oleh Aisyah. Raisya dan Haydar juga turut berpuas hati. Sebelum beredar mereka duduk di sebuah pondok kayu yang tersedia disitu. Raisya menghelakan nafas penat.
"Aduh penatnya... Kau tak penat ke Aisyah ?" soal Raisya.
"Lah tanya Aisyah.Ingatkan nak tanya cik suami yang ada dekat sebelah sini..." Haydar mula membuat muka sebek.
"Awak saya tak payah tanya, semua benda awak buat penat. Buat kerja rumah sikit dah penat."
Haydar menekup mulut Raisya.
"Shhh. Sayang jangan mula membebel. Naik menanah telinga abang ni.." Haydar melepaskan Raisya.
"Aisyah if you want to know Raisya ni, every day dia membebel macam nenek." Raisya menjeling Haydar sekilas.
"Perempuan mengandung memang macam ni ke ?" bisik Haydar kepada Aisyah. Raisya sudah membahang marah. Aisyah ketawa melihat wajah Raisya.
"Pembawakan budak ni."
"Hey you all, nah air kelapa untuk korang." Jiji datang memberikan air kelapa kepada semua.Lalu dia melabuhkan punggungnya di sebelah Aisyah.
Mereka bertiga menikmati kesejukan air kelapa yang masuk ke tekak mereka. Tengahari beginilah masa yang sesuai untuk menikmati air kelapa. Raisya hanya memandang sepi. Dia melihat air kelapa yang dibeli oleh Jiji .
"Raisya kenapa tak minum ? Setahu aku kau lah yang paling suka air kelapa, tambah-tambah lagi isi kelapa tu."soal Aisyah yang sedari Raisya termenung ke arah air tadi.
Raisya menggelengkan kepalanya. Dia tidak rasa mahu minum air kelapa itu tapi dia rasa dia mahu makan aiskrim.
"Abang nak aiskrim." pinta Raisya kepada Haydar. Haydar berhenti dari meneguk air kelapa.
"Ada orang jual ke ?"
"Ada. Tu ha... Bolehlah... " pujuk Raisya sambil menunjukkan kedai yang menjual aiskrim.
"Sayang nak aiskrim apa meh abang belikan."
"Tak nak. Nak beli sendiri..." pinta Raisya lagi. Haydar mengeluarkan dompetnya lalu sekeping not berwarna hijau dikeluarkan lalu diberikan kepada Raisya.
"Jalan elok-elok."
Raisya mengangguk. Dia berdiri lalu memulakan langkah untuk berjalan ke arah kedai tersebut. Haydar hanya melihat Raisya dari jauh.
"Raisya tu semakin lama semakin manja. Dia dulu tak macam sekarang. Kalau awak tengok dia yang dulu mesti awak terkejut." kata Aisyah sambil dia melihat ke arah sahabatnya,Raisya. Jiji yang disitu hanya memasangkan telinga. Malas dia menyampuk nanti kena sound dengan Aisyah.
"Dulu ?"
"Haah dulu. Muka pucat, badan lebam-lebam, kurus,senyum dia yang dulu pun lain."
"Sekarang ni saya dah nampak senyuman sebenar dia. Haydar tolong janji dengan saya, jaga Raisya baik-baik. Cukuplah dia terseksa dengan apa yang dah berlaku dalam hidup dia sebelum ini." Ucap Aisyah.
Haydar mengangguk. Dia akan menjaga isterinya, dia tidak akan membiarkan air mata gadis itu jatuh walaupun sekali.Raisya datang dengan membawa aiskrim berbentuk kon ditangannya.
"Dah beli ? Sedap ?" soal Haydar. Raisya mengangguk laju. Aiskrim memang sedap.
"Dah. Awak nak ? Saya ada banyak ni." Raisya menunjuk bungkusan plastik yang terdapat aiskrim lagi di dalamnya.
YOU ARE READING
MY MR. MAFIA
Action[ First book ] [ Pembaharuan sedang dijalankan ] Cerita ini datang dari imaginasi. Warning ⚠️ Raisya Husna seorang gadis kampung yang selalu dipukul oleh bapanya kerana duit. Begitu juga dengan adiknya Rayzman. Hidup mereka bagaikan di dalam neraka...