******
"Kyle, esok kau pergi ambil orang dekat kampung" kata Haydar yang sedang berbaring di atas sofa. Penat dia drive dari kampung masih tidak hilang.
"Siapa? Umi dengan walid ke? " soal Kyle.
"Bukan. Anak Rashdan" balas Haydar. Semua yang disitu melihat ke arah Haydar.
"Anak Rashdan kau jumpa mana? " soal Raid.
"Aku tak tau pun yang si Rashdan duduk sekampung dengan umi walid. Umi ada la cerita dekat aku pasal budak dua orang tu. Kesian juga la dekat budak tu. " kata Haydar.
"Asal? " sampuk Karl. Pakcik bawang betul.
"Aku balik haritu aku tengok dia dengan adik dia tu muka tangan lebam. Aku tanya umi, Rashdan pukul diorang tu sebab minta duit nak bayar hutang."
"Untuk langsaikan hutang tu aku minta Rashdan bagi anak dia. Sebab aku tau dia mesti nak punya" sambungnya lagi.
"Ish sampai macam tu sekali. Bapak sendiri buat dekat anak macam tu. Kejam! " omel Karl sendiri.
"Macam kau la kejam. " kata Raid, rambut Karl direntap. Terus lelaki itu memegang rambutnya.
"Sial la. Nak gurau pun tak payah main rambut setan" carut Karl. Selepas rambutnya diperbetulkan rambut Raid menjadi sasaran.
"Babi tul" carut Raid.
"Ha macam tu la aku rasa kau tarik rambut aku macam tu "
Mereka sudah berguling. Sama-sama menindih antara satu sama lain.
"Mula dah." Kyle menggaru kepala sambil melihat ke arah dua anjing yang tak akan berhenti bergaduh.
"Tu la perang kali ke berapa entah ni" Hayden menggeleng kepala. Entah macam mana nak berhentikan kawannya ini.
"Kau la sial. Dari dulu lagi kau tu memang sial!" Raid sudah bengang dengan perangai Karl.
"Kau la cilaka!" Karl mengangjing Raid semula. Zayn hanya melihat sahaja sebelum dia mengamuk. Haydar sudah naik ke atas. Letih dia hendak melayan perangai setan ni sekor-sekor. Baik dia layan perasaan sendiri.
"Nampaknya benda ni tak kan berhenti. " kata Kyle. Zayn sudah menahan geram melihat Raid dan Karl sudah mula bertumbuk.
"Hoi! Korang dah kenapa ha?! Nak merasa kepala bersepai?! " naik seoktaf Zayn dibuatnya. Sudah tak tahan dengar mereka bertengkar. Bingit sahaja telinga ini.
Raid dan Karl berhenti dari bergelut.
"Kau jangan masuk campur boleh tak? Sibuk ja" Karl menjeling Zayn.
"Ha jeling. Aku korek biji mata kau tu baru kau tahu langit dengan bumi rendah macam mana. "
"Macam lah berani" jawapan dari Raid sudah membuatkan Zayn bertambah bengang.
Zayn tanpa membuang masa mengambil pistol yang di sebelahnya. Muncung pistol itu diacukan kearah Raid. Satu tembakan dilepaskan.
BANG!
ZASS!
Raid sudah mengelak sedikit apabila merasakan peluru betul-betul melayang di sebelah telinganya.
PRAKK!
Peluru itu mengenai televisyen.
"Kau nak cabar aku? Huh? Aku tak takut lah. Bunuh kau pun aku sanggup." Kata Zayn serius.
TET ! TET! TET!
Haydar turun apabila mendengar alarm yang berbunyi. Kakinya laju turun ke bawah.
YOU ARE READING
MY MR. MAFIA
Action[ First book ] [ Pembaharuan sedang dijalankan ] Cerita ini datang dari imaginasi. Warning ⚠️ Raisya Husna seorang gadis kampung yang selalu dipukul oleh bapanya kerana duit. Begitu juga dengan adiknya Rayzman. Hidup mereka bagaikan di dalam neraka...