Bab 1

193 6 0
                                    

Tujuh belas tahun kemudian.

"Morning, Paksu." Sapa Airis Nawra sambil tersenyum kepada Nayyad. Kini usia Nayyad sudah mencecah angka empat puluh enam tahun. Airis Nawra memandang lelaki itu.

"Morning, Ara. Want to have some bread?" Nayyad membalas sambil menghulurkan roti bakar kepada gadis itu. Senyuman terukir di bibir lelaki separuh abad itu.

Wajah Airis Nawra dipandangnya. Gadis itu telah membesar dengan baik. Cantik dan berpelajaran. Itulah janjinya dengan Kak Na dulu. Akan menjaga gadis itu sebaik mungkin.

"Sure." Airis Nawra mengambil huluran roti itu lalu dijamahnya sedikit.

Sedap! Eleh roti bakar je pun. Tapi Nayyad memang pandai memasak. Bayangkan roti bakar pun dah sedap, tambah kalau paksunya itu memasak makanan lain. Superb!

"Ara. Betul ke ni Ara dah tekad dengan keputusan Ara?" soal Nayyad tiba-tiba. Kunyahan Airis Nawra terhenti. Dia merenung Nayyad dengan dahi yang berkerut.

Airis Nawra yang baru pulang ke tanah air setahun yang lepas kini tinggal bersama Nayyad di Malaysia. Sejak peristiwa hitam yang menimpa hidup Airis Nawra dan mamanya tujuh belas tahun lepas, mereka tinggal bersama Dato' Nicholas di Jerman. Namun Dato' Nicholas dan Datin Sherry sudah pun meninggal dunia.

Airis Nawra mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia setahun selepas kematian Dada dan Nannynya itu. Dan dia tinggal bersama Nayyad sebelum berpindah ke rumahnya sendiri enam bulan yang lepas.

"Yes, Paksu. Ara dah tekad. Ara dah bersedia untuk berhadapan dengan mereka." Balas Airis Nawra. Lebihan roti diletakkan kembali di atas pinggan.
Nayyad menghela nafas berat. Dia risau dengan keadaan anak saudaranya itu. Dia tak mahu Airis Nawra berasa sakit sekali lagi.

"Tapi Paksu takut nanti Ara....." terhenti ayat Nayyad apabila Airis Nawra mencelah.

"Paksu. You don't have to worry. I'm fine. Ara dah bersedia mental and physical."

Lagi berat nafas Nayyad. Dia memandang wajah Airis Nawra.

"I know you are. But you need to know that he is an influential person. I don't want you to risk your life." Ujar lelaki itu lagi.

Airis Nawra sekadar tersenyum nipis.

"Then you just want me to keep quiet after what he has done? To me and mama?" soal Airis Nawra sedikit keras.

Nayyad terdiam seketika.


"Have you forgotten who we are? I am the granddaughter of Nicholas Hynes. And you are their son. We are The Hynes. We are powerful."

"I won't let him be happy." Sambung gadis itu lagi. Penumbuknya dikepal. Sepuluh tahun dia membuat persediaan untuk melunaskan dendam kepada orang tua itu.

Sepuluh tahun dia siapkan mental dan fizikal dia. Dia belajar seni mempertahankan diri untuk melindungi dirinya sendiri. Dia takkan menyerah begitu saja. Orang tua itu patut di ajar.

Selama beberapa tahun juga dia telah belajar mengenai selok belok syarikat yang ditinggalkan oleh mamanya, Nayna. Ya. Nayna mempunyai resort tersendiri. Dan yang menguruskan resort itu ada lah Nayyad, paksunya.

Dia sudah dilantik menjadi CEO di syarikat The Hynes Group setahun yang lepas. Paksunya juga telah bersara daripada dunia perniagaan. Katanya ingin berehat. Kini dia mengambil alih semua urusan perniagaan The Hynes Group. Termasuklah syarikat di Jerman.

Bahagia Yang Dicari (Ongoing)Where stories live. Discover now