Bab 32

156 4 0
                                    

Airis Nawra merenung ke luar jendela. Nafas ditarik dan dilepaskan secara perlahan. Seketika bibirnya melorek senyuman nipis. Sudah seminggu dia berada di dalam rumah agam ini. Hubungan dia bersama mereka juga turut bertambah baik.

Keluhan berat dilepaskan pulak.

"Mama..... Ara dah maafkan mereka. Betulkan apa yang Ara buat ni? Ara dah tak nak berdendam, ma. Ara sakit. Ara nak lepaskan semua sakit Ara...."

Mata dipejam rapat. Bibirnya bergetar kecil. Menahan diri supaya tidak mengalirkan air mata. Dia rindukan arwah mamanya.

"....Paksu, mesti Paksu bangga dengan Ara kan? Ara minta maaf sebab ambil masa yang lama untuk lepaskan rasa dendam di hati Ara. Ara nak bahagia. Dah lama Ara tak rasa bahagia sama macam mana arwah mama dan Paksu ada dengan Ara dulu."

Tangannya memegang dada. Bibir makin kuat getarannya.

"Ara rindukan mama dan Paksu..." Rintih Airis Nawra perlahan. Air mata mengalir jua. Tidak tertahan rasa di hatinya tika ini.

Rindu yang tiada penghujungnya. Rindu yang tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata. Hanya doa yang mampu dikirimkan.

Airis Nawra termenung lama. Fikirannya entah melayang ke mana.

Tunku Riyadh yang sedari tadi memerhati tingkah laku Airis Nawra menarik nafas sebelum dilepaskan perlahan. Hatinya turut terkesan dengan kesedihan yang dirasai oleh isterinya itu.

Tunku Riyadh mengatur langkah mendekati Airis Nawra dari belakang. Melihatkan Airis Nawra yang tidak menyedari akan kehadirannya, tahulah dia bahawa isterinya sudah termenung jauh.

"Nawra..." Panggil Tunku Riyadh perlahan. Namun tiada sahutan daripada Airis Nawra. Tunku Riyadh menghela nafas. Tangannya naik menyentuh bahu Airis Nawra.

"Nawra..." Airis Nawra tersentak apabila bahunya disentuh seseorang. Wajahnya dipusing untuk melihat empunya tanya.

Anak mata Airis Nawra bersabung dengan anak mata Tunku Riyadh. Lelaki itu mengukir senyuman nipis.

"Bila awak masuk?" Soal Airis Nawra. Jarinya dilarikan untuk mengelap air mata yang mengalir. Kepalanya kembali memandang ke luar tingkap. Panggilannya terhadap Tunku Riyadh juga sudah berubah. Tiada lagi 'aku-kau' seperti selalu.

"Tadi. Nawra yang tak perasan abang masuk. Termenung jauh sangat. Fikirkan apa?"

Tunku Riyadh juga sudah menukar panggilannya. Tetapi sedikit klise kerana lelaki itu bahasakan dirinya sebagai 'abang.'

Airis Nawra diam seketika.

"Saya rindukan mereka..."

Jeda.

Tunku Riyadh diam. Tahulah siapa yang sedang dirindui oleh isterinya.

"Berdoalah untuk mereka di sana. Berdoa semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Nawra perlu redha dengan semua yang terjadi." Tunku Riyadh bersuara perlahan. Belakang isterinya dipandang sayu. Sungguh hebat dugaan yang dihadapi oleh isterinya itu. Kuatnya seorang wanita bernama Airis Nawra.

"Saya dah redha dengan semua benda. Ini takdir saya. Setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya. Siapalah saya untuk mempertikai segala benda yang dah diatur oleh-Nya." Balas Airis Nawra. Benar. Hatinya berasa lapang tika ini. Lapang selapangnya. Sudah lama dia tidak berasa tenang seperti ini. Percayalah, takdir Allah selalu indah.

Tunku Riyadh mengukir senyuman lebar. Senang hatinya melihat perubahan yang dilakukan oleh Airis Nawra. Dia berjalan sedikit ke hadapan untuk berdiri di sebelah Airis Nawra. Tangannya menyilang dada. Pandangan lelaki itu menghala ke arah luar tingkap.

Bahagia Yang Dicari (Ongoing)Where stories live. Discover now