Bab 16

145 6 0
                                    

"Betul ke apa yang Ri nak buat ni?" Tan Sri Iskandar bersuara. Dia tidak setuju dengan cadangan itu.

Tunku Riyadh mengangguk. Dia terpaksa.

"Papa taknak disebabkan amanat Paksu Yad tu, Ri nak korbankan kebahagiaan Ri sendiri. Papa tahu Ri tak cintakan Ara. Jangan paksa diri Ri kalau Ri sendiri tak boleh."

Tan Sri Iskandar cuba untuk membantah. Bukannya dia tidak suka tetapi dia tak nak anak tirinya mengorbankan kebahagiaannya demi menunaikan amanat yang diberi.

Tunku Riyadh melepaskan keluhan berat.

"Brother. Kau yakin ke kau boleh ni? Jangan buat aniaya anak orang." Tunku Rayyadh pula bersuara. Dia memandang abangnya sedikit sayu. Risau jika keputusan yang dibuat bakal memakan diri abangnya sendiri.

"Paksu percayakan Ri, pa. Ri tak sanggup nak tolak permintaan Paksu Yad." Ujar Tunku Riyadh. Dia menggigit bibir.

Betul ke apa yang dia lakukan ini? Tak akan menyesal ke nanti?

"Ara tu anak papa. Papa tak sanggup nak tengok dia sakit lagi, Ri. Cukup la dengan apa yang dia hadapi selama ni." Tan Sri Iskandar menghela nafas. Berat.

"Trust me, papa. I know what I'm doing. Just trust me." Pujuk Tunku Riyadh. Dia memegang erat tangan papa tirinya.

Keluhan berat dilepaskan oleh Tan Sri Iskandar.

"So my step sister is going to be my sister in law, huh? Wow that's amazing!" ujar Tunku Rayyadh teruja. Jarang-jarang berlaku. Tunku Riyadh menjeling tajam ke arah adiknya itu. Rasa nak baling dengan pasu bunga Cik Puan Leana je ni.

Alanna Nadrah yang berada di sebelah Tunku Rayyadh mencubit lengan abangnya. Geram dengan perangai abang kandungnya yang tak pernah nak serius.

"Sowrry. I'm way too excited." Tunku Rayyadh menyengih. Puan Sri Leana sekadar mendiamkan diri. Dia takut dengan penerimaan gadis itu terhadap dirinya.

Tunku Riyadh yang perasan akan kegelisahan Puan Sri Leana itu, terus melutut di hadapan wanita itu.

"Mummy. Ri perlukan restu dan doa daripada mummy. Ri jugak perlukan sokongan daripada mummy. You know I won't do something if I'm not sure about that, right?"

Puan Sri Leana mengangguk perlahan. Tunku Riyadh seorang lelaki yang yakin dengan keputusannya sendiri. Dia tahu anak sulungnya itu tahu mana yang terbaik buat dirinya.

Tangan Tunku Riyadh digenggam erat.

"Mummy restu Ri dengan Ara. Ri jaga Ara dengan baik. Bila dia dah jadi isteri Ri nanti, Ri kena utamakan dia. Utamakan perasaan dia. Jangan ikutkan sangat perasaan Ri yang kadang kala baran tu. Ara perlukan kasih sayang dan perhatian. Mummy tak nak tengok Ara menderita lagi. Jaga Ara macam mana Ri jaga diri Ri sendiri, macam mana Ri jaga keluarga kita. Mummy sentiasa doakan kebahagian Ri dan Ara." Tepat Puan Sri Leana memandang anak mata Tunku Riyadh. Dia tahu anaknya seorang yang bertanggungjawab.

Tunku Riyadh mengangguk. "Terima kasih mummy."

Puan Sri Leana mengukir senyuman.

*****

Airis Nawra tersenyum memandang Nayyad, paksu kesayangannya. Tubuh Nayyad masih lagi lemah namun tidak selemah hari itu. Syadrina yang berada di sebelahnya dikerling sekilas.

Gadis ini beria nak teman dia menjaga paksunya. Habis urusan dekat syarikat siapa nak uruskan? Makcik senah? Cleaner dekat office tu?

Kononnya Syadrina risau jika perkara buruk terjadi kepada dirinya. Padahal nak ponteng kerja. Cuih.

Bahagia Yang Dicari (Ongoing)Where stories live. Discover now