Bab 13

133 5 0
                                    

Airis Nawra membawa bungkusan makanan dengan tangan kanannya. Pintu bilik Nayyad dibuka perlahan. Dia menukar bilik biasa kepada bilik VVIP untuk lelaki itu. Mahukan lebih privacy.

Dia meletakkan bungkusan yang dibelinya tadi di atas meja. Wajah paksunya dipandang. Lelaki itu sedang nyenyak tidur.

‘Jangan tinggalkan Ara, paksu.’

Dia menyeka air mata yang hampir menitis. Tidak mahu lelaki itu melihat dia menangis. Dia harus kuat.

Airis Nawra menuju ke pintu bilik air. Wuduk diambil lalu dia menyarungkan telekung miliknya. Semasa membeli makanan, sempat dia menuju ke keretanya untuk mengambil telekung yang memang diletakkan khas di dalam kereta.

Dia menunaikan solat asar di dalam bilik itu. Selesai solat, tangan ditadah lalu dia doa dibaca. Kedengaran sayup di cuping telinga. Bahunya sudah terhinjut-hinjut. Dia sedang menangis.

Nayyad memerhati saja tingkah laku anak saudaranya itu. Sayu hatinya mendengar esakan gadis itu. Dia sudah lama terjaga. Semasa gadis itu hendak menunaikan solat lagi.

Usai saja berdoa, Airis Nawra bingkas bangun sambil membuka telekung lalu digantung di dalam almari yang disediakan. Airis Nawra masih tidak perasan bahawa dia sedang diperhatikan.

Airis Nawra memusingkan tubuhnya mengadap Nayyad.

“Eh paksu.” Dia terkejut melihat lelaki itu sedang memandang ke arahnya.

“Dah lama ke paksu bangun?” Soal gadis itu cuba mengawal suaranya.

“Baru je bangun. Ara dah habis solat?” Padahal Nayyad sudah lama terjaga. Sengaja dia tidak mahu gadis itu berasa bersalah kerana dia telah mendengar rintihan gadis itu sebentar tadi.

“Dah paksu. Paksu nak makan? Ara ada belikan nasi goreng kampung. Favourite paksu kan.” Ujar Airis Nawra sambil membuka bungkusan nasi yang dibelinya tadi.

Nayyad mengangguk lemah. Dia berasa lapar. Kali terakhir dia makan pukul sepuluh pagi tadi.

“Meh Ara suapkan paksu.” Airis Nawra membetulkan kedudukan Nayyad. Lelaki itu hanya mengikut. Airis Nawra memang seorang anak yang baik. Entah di mana silapnya sehingga gadis itu menjadi seorang yang berhati keras.

“Aaaaaaa.....” Airis Nawra melayang-layangkan sudu di hadapan Nayyad. Macam nak bagi makan budak kecik! Nayyad tersenyum. Dia membuka mulut menunggu suapan itu sampai ke mulut.

“Sedap tak paksu?” Tanya Airis Nawra.

Nayyad mengangguk. Mulutnya mengunyah nasi tersebut. Airis Nawra tersenyum senang.

Dia meneruskan suapannya kepada lelaki itu. Suka dia melihat Nayyad berselera makan nasi goreng kampung itu.

Habis satu polisterin.

“Paksu dah kenyang.” Nayyad menggosok perutnya. Sudah buncit. Airis Nawra ketawa kecil.

“Alaa. Buncit sikit je tu.” Usik Airis Nawra. Terhibur dengan sikap Nayyad yang menepuk-nepuk perutnya.

“Bila paksu boleh keluar?” Soal lelaki itu tiba-tiba. Tidak betah duduk di hospital lama-lama.

Senyuman Airis Nawra sedikit pudar. Dia mengetap bibir

“Nanti paksu dah sihat, kita keluar dari hospital.” Balas Airis Nawra. Dia mengukir senyuman nipis.

Hatinya tiba-tiba bertukar menjadi hiba.

"Paksu nak rehat?" Soal Airis Nawra sambil mengemas meja. Nayyad dikerling sekilas.

"Paksu nak tengok tv." Balas Nayyad. Dia mencapai remote yang berada di atas meja sebelah katilnya. Butang 'on' ditekan.

Terpampang luas skrin besar yang berada di dalam bilik tersebut.

"Paksu tengoklah tv dulu. Ara nak keluar kejap. Ada hal." Pinta Airis Nawra. Nayyad sekadar mengangguk. Dia memerhati langkah Airis Nawra yang menuju ke arah pintu.

Nafasnya dihela perlahan. 'Kesian Ara.'


*****

Tan Sri Iskandar memandang Tunku Harraz yang berada di hadapannya. Berita yang disampaikan oleh Tunku Harraz sedikit sebanyak membuat dia berasa lega.

‘Nayyad masih hidup. Selama ini Nayyad yang menjaga anaknya.’

“Mana Raz tahu semua ni?”

“Hud yang beritahu Raz. Hari tu dia nampak Airis dekat hospital. Dia nak beritahu Ri tapi Papa Is tahu la kan perangai Ri tu macam mana.” Ujar Tunku Harraz. Sia-sia kalau beritahu Tunku Riyadh mengenai Nayyad. Bukannya dia ambik kisah pun. Dasar hati beku.

“Raz. Teman Papa Is jumpa dia. Papa Is nak jumpa Nayyad.” Pinta lelaki tua itu.

“Papa Is betul ke nak jumpa dengan dia? Kalau Airis tahu macam mana?” Risau dia jika gadis itu mengamuk di hospital. Bukannya dia tidak tahu ketegangan antara dua beranak ini.

Tan Sri Iskandar mengangguk laju. Menandakan dia serius dengan permintaannya.

“Tak apa, Raz. Papa Is akan betulkan keadaan. Semua ni terjadi sebab Papa Is jugak. Papa Is kena betulkan keadaan.” Tunku Harraz memandang wajah Tan Sri Iskandar. Lama. Nampak wajah Tan Sri Iskandar penuh dengan penyesalan.

Tunku Harraz menarik nafas perlahan.

“Nanti kita pergi melawat Paksu Nayyad.” Tunku Harraz akhirnya bersetuju dengan Tan Sri Iskandar.

Dia mahukan kebahagiaan. Kebahagian buat kedua belah pihak. Namun perkara seperti itu bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba. Susah!

Airis Nawra dengan sikap degilnya. Tunku Riyadh dengan sikap dinginnya dan Tan Sri Iskandar.....

..... Tiada sedikit pun ruang buat Tan Sri Iskandar untuk menceritakan hal yang sebenar kepada Airis Nawra.















It is useless to explain to a person who is already holding a conclusion.

Bahagia Yang Dicari (Ongoing)Where stories live. Discover now