Bab 28

157 9 0
                                    

"Ri..."

Tunku Riyadh yang sedang duduk di atas kerusi menoleh ke arah empunya suara.

"Macam mana dengan Ara? Dia okay ke? Keadaan dia macam mana?" Soal Puan Sri Leana bimbang. Dia risaukan keadaan gadis itu. Meskipun Airis Nawra membenci dirinya, namun itu tidak menghalang dia untuk terus menyayangi gadis itu.

"Dia masih dekat dalam, mummy." Balas Tunku Riyadh.

"Apa yang dah jadi ni, Ri? Macam mana Ara boleh pengsan?" Soal Tan Sri Iskandar pula. Wajah Tunku Riyadh sedikit berubah.

"Ara baru balik kerja malam tadi, papa. Mungkin dia terlampau letih sampai boleh pengsan." Ujar Tunku Riyadh cuba untuk berselindung. Tan Sri Iskandar menggelengkan kepalanya.

"Jangan bagi Ara kerja kuat sangat, Ri. Kesian dekat Ara. Dia perempuan. Dia tak patut kerja kuat." Tan Sri Iskandar menepuk bahu anak tirinya itu. Wajahnya juga penuh dengan kerisauan.

"Ara yang nak kerja, papa. Lagipun dia kan ada company dia sendiri. Ri tak halang dia nak kerja. Itu hak dia, papa. Tapi Ri tak sangka sampai boleh jadi teruk macam ni." Balas Tunku Riyadh. Sesekali matanya memandang ke arah wad kecemasan itu.

"Ara tu masih lemah. Dia perlukan sokongan. Maaf mummy nak tanya. Hubungan Ri dengan Ara masih tak baik lagi ke?" Puan Sri Leana menatap mata anak sulungnya. Tunku Riyadh serba salah. Dia hanyak mampu mendiamkan diri.

Puan Sri Leana menggosok perlahan lengan Tunku Riyadh.

"She's your wife, Ri. Treat her better. Be with her anytime she needs you. She's fragile. I can see it in her eyes." Nasihat Puan Sri Leana lembut.

Tunku Riyadh menunduk. Adakah dia terlalu berkeras dengan gadis itu? Namun sikap keras kepala Airis Nawra benar-benar menguji kesabarannya.

Kelihatan doktor yang merawat Airis Nawra sudah keluar. Mereka yang berada di situ terus meluru ke arah doktor tersebut.

"Macam mana dengan keadaan isteri saya, doktor?" Tunku Riyadh bersuara. Dia menanti jawapan daripada doktor perempuan yang merawat keadaan Airis Nawra.

"Buat masa sekarang, Puan Airis masih lagi lemah. Dia perlukan rehat yang secukupnya. Boleh saya tau, Puan Airis pernah terima apa-apa rawatan ke sebelum ini?"

Terdiam semua yang ada. Tidak tahu hendak menjawab apa. Sungguh mereka tidak tahu tentang kesihatan gadis itu sebelum ini. Masing-masing membalas pandangan.

"Ada doktor." Ujar satu suara yang baru muncul.

"She's having anxiety and mental illness. Dia pernah mendapatkan rawatan sebelum ini." Sambung Syadrina. Dia berdiri di hadapan doktor tersebut.

"I see. Nasihat saya, jangan bagi tekanan kepada Puan Airis. Dia perlukan sokongan dan dorongan daripada ahli keluarganya. Dan saya jugak dapati tubuh Puan Airis lemah disebabkan dia tidak menjamah apa-apa makanan langsung hari ini." Jelas Doktor Aida, doktor yang merawat Airis Nawra.

Mata Tunku Riyadh sedikit membuntang. Patutlah gadis itu kelihatan lemah selepas pulang. Rupanya tak makan. Sibuk dengan kerja sangatkah?

"Boleh ke saya masuk melawat dia?" Soal Syadrina. Dia risau akan Airis Nawra.

Doktor Aida mengangguk sambil tersenyum.

"Lepas ini, sila pastikan Puan Airis makan ikut waktu yang ditetapkan. Dan sila pastikan Puan Airis makan ubat tepat pada waktunya. Saya minta diri dulu." Pamit Doktor Aida.

Mereka memberi laluan kepada Doktor Aida.

"Saya nak masuk tengok Airis dulu. You nak ikut ke, Riyadh?" tanya Syadrina sambil memandang wajah lelaki itu.

Bahagia Yang Dicari (Ongoing)Where stories live. Discover now