Bab 14

147 7 0
                                    

Sudah empat hari Nayyad berada di hospital. Dia sudah bosan. Dia paling tidak suka dengan hospital. Nayyad sudah jemu duduk di hospital tidak berbuat apa-apa.

Kelibat Airis Nawra masih tidak kelihatan. Katanya ada urusan penting di pejabat. Sampai sekarang batang hidung gadis itu masih belum kelihatan.

Tiba-tiba pintu dikuak dari arah luar. Kelihatan Tan Sri Iskandar dan Puan Sri Leana bersama tiga orang lelaki dan seorang gadis muda sedang menghampiri dirinya.

Dia masih ingat akan wajah abang iparnya itu. Masih sama seperti dulu. Wajah yang tidak dimamah usia.

"Yad." Panggil lelaki itu perlahan. Nayyad membatu di atas katil. Tidak percaya Tan Sri Iskandar sudi melawat dirinya.

"Yad. Abang Is minta maaf. Abang Is tau abang Is salah. Abang Is minta maaf." Tan Sri Iskandar mengalirkan air matanya. Nayyad memandang ke arah pintu. Risau jika Airis Nawra muncul di situ.

Pandangan Nayyad kembali terarah ke abang iparnya itu. Tipulah kalau dia kata hati dia tidak sakit dengan keputusan yang dibuat oleh abangnya dulu. Dia sebagai adik, dia turut terasa. Dia sendiri melihat betapa seksanya hidup kakaknya dulu. Kehilangan seorang suami yang dicintai dengan sepenuh hati.

"Yad. Abang Is akan terangkan segalanya. Abang Is cari Yad dan Ara selama ni tapi tak jumpa. Mana Yad pergi?"

Nayyad memejamkan mata mendengar soalan itu. Ya. Selepas peristiwa hitam tu, dia membawa Nayna dan Airis Nawra jauh daripada lelaki itu. Dia menukarkan nombor telefonnya supaya lelaki itu tidak dapat menghubunginya. Atas arahan Dato' Nicholas jugalah dia memutuskan segala benda yang membolehkan Tan Sri Iskandar berhubung dengan kakaknya, Nayna.

Walaupun Airis Nawra sudah berjaya dan mempunyai segalanya di dalam hidup namun gadis itu kekurangan satu perkara. Kasih sayang daripada seorang ayah. Dan dia juga mahukan sesuatu daripada Tan Sri Iskandar. Sesuatu yang pernah menjadi milik Nayna. Kini Airis Nawra mahukan hak itu kembali. Dia akan tuntut sampai dapat. Itulah Airis Nawra.

"Abang Is baliklah. Nanti Ara muncul, lain pulak jadinya." Lemah suara lelaki itu. Tan Sri Iskandar mencapai lembut tangan adik iparnya.

"Abang Is dah lama nak jumpa Yad. Abang Is minta maaf atas semua yang terjadi. Ni semua salah abang Is tapi Abang Is terpaksa. Abang Is cintakan Kak Na tapi Abang Is sendiri tak mampu nak melindungi orang yang Abang Is sayang." Rintih lelaki itu. Tersentuh jiwa Nayyad mendengarnya.

"Ara pergi jumpa abang Is hari tu kan?" soal Nayyad. Dia mengerling sekilas ke arah Tunku Riyadh. Bukannya dia tak tahu apa yang lelaki itu dah buat pada anak saudaranya.

Tan Sri Iskandar menganggukkan kepalanya. Tunku Riyadh hanya menunduk.

"Ara tu sebenarnya terlalu memikirkan soal dendam. Hati dia sakit bila orang yang dia paling sayang dan percaya, mengkhianati dia dan pergi tinggalkan dia macam tu saja. Lagi sakit bila Ara tengok mamanya menderita. Tujuh belas tahun dia menderita, bang. Yad tak sanggup tengok keadaan dia macam tu. Malam-malam dia menangis. Hati Yad jadi sakit. Dia murung, tak nak makan, kurung diri dia sendiri dalam bilik lepas Kak Na meninggal. Dia jadi pendiam dan pendendam. Yad susah hati tengok dia macam tu. Ara dah macam bukan diri dia. Dia dah berubah banyak sangat." Panjang lebar Nayyad bercerita. Matanya berair.

Tan Sri Iskandar turut mengalirkan air mata.

Allah! Apa yang dia dah lakukan kepada anak gadisnya itu.

"Abang Is minta maaf, Yad. Abang Is berdosa." Air mata mengalir lagi laju.

Nayyad memegang tangan Tan Sri Iskandar.

"Jauh di sudut hati Ara, dia sebenarnya seorang yang sangat manja. Dia perlukan kasih sayang daripada seorang ayah. Hati dia sebenarnya sangat lembut. Tapi bila dendam menguasai diri, Ara seakan-akan menjadi seperti orang lain. Dia bersikap kasar, angkuh dan dingin. Dia tak kisah pasal orang lain. Asalkan dia dapat apa yang dia nak."

Puan Sri Leana menyeka air matanya. Sungguh hatinya menjadi hiba mendengar luahan Nayyad. Ya. Dia dapat melihat dari dalam anak mata gadis itu. Mata penuh kesedihan yang cuba disembunyikan.

"Yad. Sebenarnya masa tu Abang Is dipaksa berkahwin dengan Lea dulu. Sumpah. Abang Is diugut oleh Tuan Isma supaya mengahwini Lea. Kalau tak, syarikat Abang Is akan dimusnahkan oleh Tuan Isma, daddy Lea. Syarikat Abang Is masa tu tengah ada krisis. Abang Is tak ada pilihan. Abang Is jugak nak selamatkan keluarga Abang Is. Abang Is taknak disebabkan Abang Is, Kak Na dan Ara jadi mangsa. Tuan Isma ugut Abang Is. Kalau tak tinggalkan mereka berdua, mereka akan mati. Abang Is tak sanggup. Abang Is nak mereka hidup dengan aman." Sayu sekali kedengaran suara lelaki tua itu.

Tiga orang lelaki yang berada di situ terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Iskandar. Tidak menyangka begitu besar dugaan yang dihadapi oleh mereka berdua.

Nayyad menyeka air mata yang mengalir. Selama ini dia ingatkan yang abang iparnya sengaja meninggalkan anak beranak itu.

"Kenapa Abang Is tak pernah terangkan dekat Kak Na? Kesian Kak Na, bang." Soal Nayyad. Tan Sri Iskandar masih dengan tangisannya. Dia menyesal.

"Abang Is tak boleh, Yad. Abang Is dihalang untuk berhubung dengan Kak Na. Abang Is dikawal ketat oleh Tuan Isma." Puan Sri Leana mengelus lembut bahu suaminya. Dia menjadi saksi penyesalan suaminya dahulu. Jika bukan sebab daddynya yang memaksa, dia tidak akan sanggup mengahwini Tan Sri Iskandar. Dia tidak sanggup merampas kebahagiaan orang lain.

Nayyad menarik nafas. Wajah semua yang berada di dalam bilik itu diperhatikannya.

"Adha." Panggil Nayyad secara tiba. Riyadh Adha mengangkat wajahnya.

"Ya paksu."

"Adha ingatkan apa yang paksu pesan hari tu? Boleh Adha tunaikan bila paksu dah tak ada satu hari nanti?" soal Nayyad. Dia mengukir senyuman kepada lelaki muda itu. Riyadh Adha tidak tahu mahu menjawab apa. Bersediakah dia?

"In Sha Allah, paksu." Balas Tunku Riyadh perlahan. Dia menggigit bibir. Mereka yang lain sudah terpinga-pinga. Tidak faham dengan isi perbualan lelaki berdua tersebut.

"Pesanan apa, Yad?" soal Tan Sri Iskandar bingung. Dia memandang anak sulungnya bersilih ganti.

Nayyad hanya tersenyum sambil memandang Tunku Riyadh. Tunku Riyadh menelan liur. Sukar untuk dia menunaikan amanat yang diberikan kepadanya tempoh hari.

"Yad...." Panggilan itu terhenti apabila mendengar pintu bilik dibuka. Terpancul wajah Airis Nawra.

Tegang wajah gadis itu melihat manusia yang berada di dalam bilik Nayyad.

Tetamu yang tidak diundang.

"What a suprise. I rasa I tak terima any visitors." Sinis sekali nada Airis Nawra. Dia memandang penuh kebencian wajah-wajah itu semua.

"Ara."

"Get out." Arah gadis itu. Tegas.

Tan Sri Iskandar tersentak.

"Ara. Listen to me, please."

"I said get out!" Tempik Airis Nawra.

Tersentak semua yang ada.

Wajah tegang Airis Nawra dipandang bagai tidak percaya. Tiada senyuman yang terukir di bibir mungil itu. Yang ada cumalah seraut wajah yang dingin.

Tiba-tiba Nayyad berasa seperti sesak nafas. Airis Nawra yang perasan akan perubahan Nayyad terus  menerpa ke arah lelaki itu.

"Paksu.... Paksu. Kenapa ni?" Soal gadis itu kalut. Nayyad sudah memegang dadanya yang sakit. Airis Nawra sudah mengalirkan air mata.

"Paksu! Nurse! Nurse!" Panggil Airis Nawra kuat. Sempat dia menjeling tajam ke arah mereka.

"Kalau jadi apa-apa dekat paksu aku, aku takkan maafkan korang semua! Pembunuh!" Jerit gadis itu.

"Paksu!!!"

"Minta encik dan cik sila keluar. Kami nak buat pemeriksaan ke atas pesakit." Arah jujurawat itu. Airis Nawra sudah menangis tidak dapat mengawal dirinya. Perlahan-lahan kakinya melangkah menjauhi katil itu.

Mereka semua melangkah keluar dari bilik tersebut memberi ruang kepada doktor untuk menjalankam tugas.

Airis Nawra melangkah longlai menuju ke arah pintu. Air mata mula mengalir di pipi mulusnya.













After loss, you have to learn to believe the dead one is dead. It doesn't come naturally.

Bahagia Yang Dicari (Ongoing)Where stories live. Discover now