Bab 12

151 5 0
                                    

Sudah tiga minggu berlalu sejak peristiwa tegang yang berlaku di Mansion Tan Sri Iskandar. Tunku Riyadh masih lagi dengan rasa bersalahnya. Dia tahu dia tidak patut bertindak bodoh seperti itu. Dia tidak patut menjadi lelaki dayus yang menyakiti wanita.

Berbakul makian dia terima daripada Tunku Harraz. Tiga hari tiga malam lelaki itu memarahinya kerana menampar seorang gadis.

"Hai. Duk termenung ni, ingatkan kekasih hati ke?" Tegur Megat Amsyar. Entah bila dia sampai pun tak tahu. Tiba-tiba saja muncul.

"Itu la kau. Buat kerja tak fikir kesan dia. Anak orang kot yang kau tampar tu. Tak pasal-pasal rosak muka cantik dia tu." Sambung lelaki itu lagi.

Dia telah melihat gambar adik tiri lelaki itu. Cantik. Sungguh cantik. Seorang gadis yang mampu menarik perhatian semua jejaka. Ditambah dengan body langsing Airis Nawra yang mampu menggoyahkan lelaki-lelaki buaya di luar sana.

Nasib baik la dia tidak termasuk di dalam golongan lelaki buaya. Alhamdulillah imannya masih teguh. Dia bukan Lacoste.

"Kau tak jumpa dia minta maaf ke?" Kali ini Raja Izdiyad pula bersuara. Megat Amsyar agak tersentak dengan soalan yang keluar daripada mulut lelaki itu.

"Siapa nak minta maaf? Dia ni? Dia???" Jarinya ditunding ke arah Tunku Riyadh. Dunia terbalik pun belum tentu lelaki ini akan minta maaf.

Tunku Riyadh mencebik. Perli ke?

"Dayus do kau ni, Ri. Serius talk." Megat Amsyar menyimbah minyak ke dalam api.

"Dia ego. Mana mahu minta maaf. Lagi-lagi dengan perempuan. Telan la ego tu sampai mampus." Giliran Tunku Harraz pula membidas Tunku Riyadh. Memang dia geram dengan lelaki itu. Dia sudah berpesan beberapa kali jangan menyakiti wanita.

"Dia yang dah melampau. I can't stand it anymore when I heard she insulted my mom."

Yang lain terdiam. Ada benarnya juga.

Suasana sunyi seketika.

Burung-burung berterbangan di tepi tingkap. Awan yang mendung berarak kelabu.

"Cantik kan burung tu, Hud. Elok je diorang berpasangan." Megat Amsyar memecahkan kesunyian. Raja Izdiyad yang berada di hadapannya dipandang sekilas.

"Burung pun ada pasangan. Kau bila lagi?" soal Megat Amsyar kepada Raja Izdiyad.

Raja Izdiyad yang mendengar soalan itu mengerutkan dahinya. Dah kenapa lelaki gila ni?

"Orang yang tanya tu pun sama la. Sampai bila nak single package gila macam ni? Patutlah tak ada perempuan nak melekat. Muka dengan perangai tak seiring langsung." Kutuk Raja Izdiyad. Matanya mengerling ke arah Megat Amsyar. Lelaki itu mencebik.

"Aku muda lagi. Kau tu. Asyik kerja je, makin tua aku tengok muka tu." Balas Megat Amsyar.

Bukannya dia tidak tahu lelaki itu sekarang sedang menguruskan hospitalnya itu seratus peratus. Dengan syarikatnya sendiri lagi. R.I.H security. Raja Izdihar telah pun bersara dan telah menyerahkan hospital itu kepada anak sulungnya, Raja Izdiyad Hud.

"Kau lupa ke yang kau tu sama umur dengan aku?"

"Eh aku tak apa. Awet muda. Masih bergaya." Megat Amsyar tidak mahu kalah. Dia tersenyum sungging.

I'm still young okay.

Tunku Harraz hanya menggelengkan kepala. Malas hendak layan dua ekor beruk ini.

"Kau nak buat apa lepas ni?" Soalnya kepada lelaki itu.

"Aku buntu. Keadaan papa tak berapa okay sekarang." Otak Tunku Riyadh menjadi semakin serabut mengenangkan kesihatam Tan Sri Iskandar.

Bahagia Yang Dicari (Ongoing)Where stories live. Discover now